
Tahniah buat pasangan selebriti popular, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Rizky menerusi Instagramnya.

“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami “Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian” dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025.
“Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak.
“Mohon doanya semuanya ,” ujar Rizky Febian di dalam kapsyen Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu, Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa turut memuat naik momen manis itu ketika menyambut kelahiran bayi comel mereka.

Terdahulu, pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan beliau sedang hamil dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dah Lepas Menahan Contraction Berjam-Jam, Kena Tahan Rengat Pula” – Syafiqah Aina

Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina yang baru menimang cahaya mata kedua, 2 hari yang lalu mengakui fasa melahirkan anak memang mendebarkan.

(Nak menang buku ini, jom tonton dan komen ‘nak’ di video di atas)
Namun dia bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dan proses melahirkan bayi lelaki seberat 3.59kg lancar walaupun pada awalnya dia terpaksa menyerah diri di hospital kerana masih belum ada tanda-tanda melahirkan ketika itu.

Menurut perkongsian ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Aina berkongsi yang mana dia terpaksa pula menahan sakit rengat selepas bersalin.

“Dah lepas menahan contraction berjam-jam, kena tahan rengat pula. Malam ni dia sambung bagi kita rasa, takut agaknya kita lupa rasa contraction tu cemana”
Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sakit rengat selepas bersalin kerana situasi untuk bukan terjadi kepada semua ibu-ibu selepas bersalin.
Menurut Perkongsian Dr. Afiq dalam artikel Pa&Ma, Sakit Rengat atau bahasa Mat Don ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin.
Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.
RENGAT BERLIPAT KALI GANDA SEMASA MENYUSU
Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.
Mengapa pula?
Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.
Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH seperti yang berlaku kepada pesakit saya semasa banjir 2014 (nak tahu kisah ibu tersebut, bolehlah dapatkan senaskah buku saya “I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING”).
RENGAT BANYAK BERLAKU SELEPAS KELAHIRAN ANAK KEDUA & KE ATAS
Biasanya sakit rengat ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan.
Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.
BAGAIMANA MENGHILANGKAN KESAKITAN RENGAT?
Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin.
Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik!
#1. UBAT PENAHAN SAKIT
Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan Ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
#2. TEKNIK PERNAFASAN
Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.
#3. MENGOSONGKAN PUNDI KENCING
Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.
#4. TUNGKU ATAU LOSYEN PANAS
Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tuku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.
Paling penting si ibu dan pasangannya perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk melalui ujian ini.
Kredit: Syafiqah Aina
Kredit Info: Dr Afiq
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Bersalin Anak Kembar, Cara Normal Pun Boleh, Tapi Doktor Kata Mesti Ikut Kriteria Ini. Ketahui Risiko Masa Proses Kelahiran

Kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran. Bagaimana untuk merancang kelahiran kandungan kembar?
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau mengenai persediaan yang perlu dilakukan dan proses kelahiran bayi kembar.
“Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean,” kata Dr Sharina.
Idealnya kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan seeloknya kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal.

Sejak dulu lagi, telah menjadi praktis biasa oleh semua pakar sakit puan untuk menggalakkan kelahiran secara normal sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah
Walaubagaimanapun, pakar-pakar mempunyai pendapat yang berbeza dan pakar di luar negara mungkin mempunyai pendapat berlainan tentang cara terbaik menyambut kelahiran kembar berdasarkan kajian yang dilakukan di negara berkenaan.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;
- Kembar tidak lebih daripada dua dan bukan kembar bercantum/siam (conjoint twin).
- Kedudukan bayi yang sesuai untuk kelahiran- kembar pertama mestilah berada dalam kedudukan kepala berada di bawah(kedudukan kepala kembar kedua begitu penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama)
- Ibu tidak mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi yang berbahaya (pre eclampsia)
- Ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang lain seperti Penyakit Jantung
- berat bayi melebihi 2kg
- kandungan bukan pramatang
- tiada komplikasi ‘growth restriction’ pada bayi (bayi terlalu kecil)
- tiada growth discordant (satu bayi terlalu kecil berbanding dgn kembarnya)
- kedua dua bayi sihat ( tiada Fetal compromise or abnormal
- Sejarah kelahiran caesarean atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ini (kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture).

KELAHIRAN SECARA NORMAL BERISIKO
Kelahiran normal bagi kembar memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah.
Sekiranya kedua dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama
Sekiranya bayi kedua pula melintang ( prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breech)/ kepala dibawah(cephalic). ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang jarang dilakukan pada masa kini.
Adalah penting untuk memastikan bayi berada dlm keadaan longitudinal/memanjang dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yg berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas).

KESELAMATAN JANIN
Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin ( bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukAran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin
Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stress kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
Kadangkala adalah sukar untuk memantau (monitor) kembar kedua kerana kedudukannya yg mungkin berada dia belakang kembar pertama. Sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean
PEMILIHAN HOSPITAL MESTI MEMPUNYAI CIRI-CIRI INI
Selepas mengetahui akan risiko yang boleh berlaku dalam proses kelahiran maka, ibu bapa perlu bijak merancang lebih awal dan mempertimbangkan saranan daripada doktor. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan hospital bersalin ialah;
- Mengutamakan pemilihan hospital yang mempunyai kemudahan untuk ibu dan anak.
- Mempunyai wad penjagaan neonatal yang mencukupi untuk menempatkan bayi yang kembar yang lazimnya lahir pada usia pramatang.
- Bekalan darah yang mencukupi kerana kelahiran kembar mempunyai risiko tumpah darah sangat tinggi dimana rahim sukar untuk mengecut.
- Jumlah pakar pediatrik yang mencukupi iaitu seorang bagi setiap bayi.
- Mempunyai kemudahan teknikal yang mudah kerana kemungkinan pesakit memerlukan pembedahan caesarean secara kecemasan amat tinggi.
5 INFO MENGENAI KELAHIRAN KEMBAR
- Bagi kandungan kembar tiga ke atas, mereka hanya boleh dilahirkan secara caeserean sahaja.
- Biasanya bagi kandungan yang perlu dilahirkan secara caesarean, pembedahan akan dijadualkan pada minggu ke-3 hingga ke-37 atau lebih awal bergantung pada keadaan ibu dan janin dan juga bergantung kepada jenis kembar (monochorionic atau dichorionic)
- masa untuk kelahiran kembar bergantung pada jenis kembar; seawal 32 minggu sekiranya kembar berkongsi plasenta dan berada dalam kantung amnion yg sama (monochorionic monoamniotic)
- Kembar dua yang mempunyai dua plasenta berasingan dan berada dalam kantung amnion berbeza (selalunya boleh bersalin normal jika keadaan ibu sihat dan tiada komplikasi lain.Ini adalah jenis kembar yang paling kurang berisiko kerana kedua dua bayi mempunyai unit plasenta nya sendiri
Masalah ‘retained second twin’ boleh berlaku di mana bayi kedua terperangkap dalam rahim dengan keadaan songsang dan pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Jadi Anak Solehah & Baik” Pilih Nama Ammara Fateema, Amar Asyraf Timang Cahaya Mata Ketiga!

Tahniah diucapkan buat pelakon Amar Asyraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pada Sabtu lalu.
Amar meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Farhana Yusof selamat melahirkan cahaya mata perempuan mereka pada bulan Ramadan yang mulia ini.
“Alhamdulillah syukur pada Allah. Allah Maha Baik.
“Untuk pengetahuan rakan-rakan, 25hb Mac, bersamaan dengan 3 Ramadhan yang lepas, telah lahir nya anak perempuan saya, Ammara Fateema binti Amar Asyraf,” kongsinya.

Rupanya puteri comel itu sudah pun diberikan nama indah, pilihan ibu dan ayahnya, Ammara Fateema binti Amar Asyraf.
Menarik: “Baby Lato-Lato” Isteri Selamat Bersalin, Harris Annuar Timang Bayi Perempuan!
Malah Amar juga turut menitipkan doa agar Ammara membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyebab ibu dan ayahnya ke syurga kelak.

“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapak dan mummy masuk syurga In Shaa Allah. TQ Mummy @cik.chempaka. I Love u So Much lillahitaala,” tulisnya berkongsi.
Menerusi Instagram, Amar turut memuat naik gambarnya bersama puteri kesayangannya itu yang dipangku erat dalam dakapan.
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut pelakon berbakat ini turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



