Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Ads
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
Ads
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
Ads
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Bila mama atau papa nampak sedih atau kepenatan pulang dari kerja, ada anak yang tanpa disuruh datang dan membawa segelas minuman. Rasa sejuk hati, hilang rasa penat lelah dan tekanan seharian.
Apakah ada antara anak-anak anda yang bersikap begitu? Menurut Dr Redza Zainol, jika ada si kecil anda yang bersikap begini boleh jadi secara tidak sedar anda telah mendidik mereka dari kecil untuk jadi anak yang penyayang.
Namun untuk membuatkan sifat tersebut lebih kuat dan cepat, beliau sarankan mama papa buat 5 perkara yang dinyatakan di bawah:
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Bila dah nampak anak kita dah mula ada ciri kanak-kanak penyayang ni, sebaiknya buat 5 benda ni supaya sifat penyayang tu jadi makin kuat dengan cepat :
👉🏻 Beri contoh teladan yang baik. Bila mak ayah bercakap yang baik dan hormat pada semua orang, anak kita sedang memerhati.
👉🏻 Ajar anak tentang berkhidmat untuk orang lain. Contohnya : Menderma, volunteer untuk berkhidmat pada orang yang memerlukan.
👉🏻 Ajar anak tentang Self Care. Kita hanya boleh berikan benda yang kita ada pada orang lain. Kalau anak sayang pada diri sendiri, barulah dia boleh sebarkan rasa sayang tu pada orang lain pula.
👉🏻 Puji secara spesifik. Bila anak berbuat baik, terus puji anak. Fokuskan pujian tu pada emosi gembira anak bila dia buat perkara yang baik.
Contoh : Mama suka kakak kongsi permainan ni dengan budak perempuan tu. Seronokkan bila dapat main sama-sama. Esok kita datang, bolehlah main sama-sama lagi.
👉🏻 Biarkan anak (termasuk anak lelaki) tolong kita di rumah. Contohnya :
– sapu lantai
– masukkan baju dalam mesin basuh
– kemas permainan sendiri.
– susun pinggan dan cawan atas meja
Jom #sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain juga
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak-anak, mereka akan minta kita belikan snek atau jajan. Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu, tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter, banyak pilihan yang ‘memerangkap’ kita.
Anak-anak bila dah sampai ke kaunter mulalah minta itu ini. Sudahlah yang di kaunter semuanya harga mahal. Nak dihalang, anak mengamuk. Mahu tak mahu, terpaksalah benarkan anak beli.
Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi teknik untuk mengelak anak-anak membeli jajan di kaunter.
5 TIPS ELAK ANAK BELI JAJAN DI KAUNTER BAYARAN
===================================
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan “non-needed add-on items” di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum “check out” oleh pembeli. Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda “terpaksa” beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?
Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi…..
Alah bisa, tegal biasa. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni! (Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon……).
Anda boleh: a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja. (atau).
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu “strict” sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der… Cuba dulu.
2. MINTA ANAK TULIS SENARAI BARANG MAHU DIBELI
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
3. BINCANG SEPANJANG PERJALANAN APA YANG BOLEH DIBELI SAHAJA.
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
4. KEBALKAN DIRI: TAHAN TANGIS
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!! Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka. Tegas bukan pukul. Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling? Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap “sorry ye, tak boleh beli”. Mama, boleh buat pembayaran. Apa yang penting? Kerjasama!
5. RAJIN-RAJIN LUANGKAN MASA DENGAN ANAK.
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Semangat Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9 tahun, yang mula menjual kek batik hasil air tangannya sendiri akhirnya diuji. Dalam dunia media sosial yang bebas berkata, video review seorang pempengaruh menyatakan kek batik Hayla “tak sedap” menjadi tular. Wawa Zainal, yang selama ini diam, akhirnya tampil bersuara.
“Mama strong… tapi bila tengok Hayla nangis, mama tak kuat. Mama sanggup tebalkan muka DM orang tu untuk padam video tu.”
Wawa menjelaskan, dia tidak marah kepada si pengkritik, namun berharap semua pihak lebih berhati-hati apabila memberi teguran, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil yang masih bertatih dalam dunia perniagaan.
Menurut Wawa, Hayla sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam projek kek batiknya. Kata-kata yang pedas dan tular sebegitu boleh menjejaskan keyakinan anaknya.
Hayla sendiri dalam video sempat bertanya:
“Mama… kenapa ada yang kutuk Hayla punya kek batik?”
Dia turut berkata dengan jujur:
“Saya dan semua kawan yang rasa kek batik yang dibuat ini sedap. Tapi ada pula yang buat video dan cakap kek batik saya tak sedap di media sosial,” katanya.
Wawa cuba menenangkan Hayla yang menangis:
“Sabarlah jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya menahan air mata.”
“Selalunya mama kuat tapi bab anak ini mama tewas, mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu! Kami sayang Hayla,” ujarnya.
Reaksi netizen kebanyakannya memihak kepada Wawa. Ramai yang menyokong tindakan beliau melindungi emosi anak, malah beberapa selebriti turut memberi kata-kata semangat kepada Hayla seperti Rozita Che Wan dan Aliff Syukri.
Pa&Ma Kata:
Sebagai ibu bapa, kita memang tidak boleh mengawal semua komen dan pendapat orang lain, tetapi kita boleh mengawal cara kita melindungi anak. Kritikan membina memang perlu, tapi biarlah dengan nada yang sesuai dan penuh empati.
Anak-anak kecil seperti Hayla sedang membina keyakinan, bukan sekadar menjual produk. Kata-kata yang kasar boleh jadi luka yang mendalam.
Tip Untuk Ibu Muda:
Sama-sama kita jadi masyarakat yang menyokong, bukan menghukum. Kerana setiap anak kecil hari ini, mungkin bakal ikon besar Malaysia esok hari. 🌟
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!