Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
Ads
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
Ads
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
Ads
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.
Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Sapat, di sini.
Bayi lelaki cukup sifat itu ditemui di tanah tanpa seurat benang dalam keadaan kesejukan oleh pemilik rumah yang terdengar tangisan kira-kira jam 4 pagi.
Susulan itu, pemilik rumah seorang lelaki berusia 52 tahun menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata pemilik rumah dikatakan hendak ke tandas lalu terdengar suara bayi menangis di bawah kolong.
Katanya, selepas hampir 10 minit tangisan itu tidak berhenti, dia beranikan diri turun ke bawah kolong dan mendapati ada objek yang bergerak-gerak.
“Dia mendapati ia adalah bayi yang ditinggalkan dalam keadaan tanpa seurat benang di tanah.
“Selepas itu, dia memanggil isterinya dan meminta membawa tuala untuk menyelimuti bayi terbabit kerana kesejukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, selepas itu mereka menghubungi polis dan bayi dihantar ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut.
“Bayi terbabit dalam keadaan stabil dan dimasukkan di Wad Kanak-kanak Hospital Papar,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyembunyikan kelahiran bayi yang masih hidup.
Difahamkan, ini adalah kes buang bayi yang ketiga berlaku di Sabah dalam tempoh seminggu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://wasap.my/60195440235 atau klik link di bawah
Kagum sungguh apabila melihat lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh adik Ashraf Haikal bin Hafify Zulhaimy ini. Kemas dan terperinci. Admin pun tak mampu melukis secantik begini. Ketika ditanyakan kepada ibu Haikal iaitu Pn. Adlil Rajiah Mohd Nasir, dia melihat anaknya itu memang gemar melukis sejak usianya satu tahun setengah. Dia dan suami tidak pernah mengajar Haikal melukis, tetapi mereka sediakan ruang khas untuk Haikal explore bakatnya sendiri.
Pn. Adlil turut berkongsi bagaimana dia menggalakkan Haikal untuk melukis dan menjadi lebih kreatif. Jika anda sudah nampak potensi anak dan terlihat potensi mereka ke arah lukisan, beginilah cara terbaik untuk anda tunjukkan sokongan anda.
“Kitorang tak ajar pun. Cuma kitorang SEDIAKAN SUASANA yang boleh galakkan Haikal explore bakat dia sendiri. “Saya pernah baca somewhere: “Doodling will help kids learn to express emotions. So dari dulu memang kitorang encourage Haikal explore pen, crayon, water colour, marker dan bagi je dia doodle around.”
APA YANG PN. ADLIL DAN SUAMI BUAT:
Tampal kertas mahjung banyak-banyak kat dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam (just in case anak terconteng dinding/perabot).
Kalau pergi kedai makan, bentang kertas manjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama2.
Bila balik kampung, bawak kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ. Bila nak balik, jangan lupa bukak balik. Kang menyirap pulak neneknya.
Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective jugak untuk latih anak menulis alphabet & numbers.
Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Don’t worry, simbah air je hilang la. Tak buruk pun rumah kau.
Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri nilai sentimental bila tengok balik cawan yang Haikal lukis.
Beli plain tshirt dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu. Ingat lagi tak saya dan Haikal pernah bagi papa Haikal tshirt yang kami lukis dan warna sendiri sempena birthday papa dia beberapa tahun lepas?
Bila travel dalam kereta, bawa glass marker untuk Haikal conteng pada tingkap kereta. Saya terima banyak kecaman masa share pasal benda ni dulu. Tapi ah, pedulik apa aku.
Beli drawing block atau buku lukisan khas supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia.
Beli Lookisslah Tablet. Since Haikal umur 2 tahun, sampai lah sekarang, ini lah senjata yang sentiasa ada dalam handbag dan dalam kereta saya. Senang nak bawa, mess-free dan boleh buat anak occupied dalam apa pun keadaan.
“Thank you for reading. Dan selamat meraikan kelebihan anak masing-masing. Kalau kita tak tahu apa kelebihan anak, that means kita belum beri enough exposure dan experience kepada anak. Limit their screen time, and let them explore the world!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama “Muhammad Bossku” tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu, dalam keterangan gambar, “Wife (Isteri) aku marah letak nama ni.. apa masalahnya?”
Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata
Dean menjelaskan, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.
Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka namun ia dibantah.
“Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu”
“Masa tu sana sini orang sebut “bossku” sebab tengah jadi trending. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri. Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan itu. Saya cakap pada dia, “Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil”
Telah Disunting
“Saya memang suka mengusik, isteri pun tahu perangai saya. Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.”
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.”
“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?”
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Nama Sebenar Anak
“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.”
“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!