Keibubapaan

Mahu Kembar Kuasai Tiga Bahasa Sebelum Usia 12 Tahun, Dr Sheikh Muszaphar Hantar Adam & Noah Ke Pra Sekolah Cina!

Share

Seronok melihat cara didikan pasangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina Yunos kepada enam orang cahaya mata mereka. Bermula dari anak sulung lagi, kedua-duanya mahu memberikan pembelajaran yang terbaik buat anak-anak mereka.

Bagi membolehkan anak kembar mereka, Adam & Noah menguasai semua pembelajaran, Dr Sheikh dan Dr Halina lebih dahulu bersedia. Kini si kembar Adam & Noah sudah pun melangkah ke alam persekolahan dan bagi menguasai pelbagai bahasa, kata Dr Sheikh, dia sepakat menghantar mereka ke Pra Sekolah Cina.

“Sesi persekolahan bermula buat Adam & Noah. Adam & Noah excited nak ke sekolah hari ini, pukul 6 pagi dah bangun.

” Kami sepakat untuk hantar Adam & Noah ke Chinese Pre School to start their basics on Mandarin,” kongsinya.

Malah kongsinya menerusi ruangan komen, kata Dr Sheikh, dia mahu dua anak lelakinya itu dapat menguasai pelbagai bahasa sebelum usia mereka 12 tahun.

“At least 3 languages by 12 years old and another 2 when they reach adult,” kongsinya.

Malah kata Dr Sheikh lagi, selain belajar Mandarin, kedua anak lelakinya itu akan turut belajar subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Agama, Sains dan banyak lagi bagi menguatkan penguasaan mereka.

” Mereka akan turut belajar subjek lain seperti BM, Agama, Science, Maths, Music dan Arts dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

” Apa yang penting adalah untuk mencari PlaySchool yang mempunyai silibus bermain dan kaya dengan pembelajaran untuk anak-anak seusia mereka.

” Malah makanannya Halal, mereka juga bakal diajar tentang toilet trained and even take short naps in between. Siap bawak bantal sekali as ordered by the School..haha,” tulisnya lagi.

Namun apa yang menarik kata Dr Sheikh di Instagramnya, semuanya dalam keadaan baik sahaja. Malah kembarnya itu tidak menoleh ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal dek kerana terlalu gembira hendak ke sekolah.

“Semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. Malah mereka tak toleh ke belakang pun untuk cakap selamat tinggal pada saya pagi ni. Satu petanda yang baik,” kongsinya lagi.

Melalui sekeping gambar yang dikongsikan oleh Dr Sheikh di Instagramnya, ternyata Adam dan Noah begitu tekun di sekolah ketika belajar bersama guru mereka. Semoga kedua-duanya dapat menguasai pembelajaran dengan baik.

 

Terdahulu, Adam & Noah merupakan anak ketiga dan keempat bagi pasangan ini dan mereka adalah kembar pertama dalam keluarga selain pasangan kembar Eusoff dan Emelia.

Artikel berkaitan: Tak Perlu Lama 10-15 Saat, Cukup Latih Keseimbangan Tubuh Anak, Dr Sheikh Muszaphar Tunjukkan Caranya

Fokusnya Siap Senyum Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Rangsang Anak Guna Kad Imbas, Warganet Terhibur Gelagar Kembar

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM