Tempoh proses kelahiran dikatakan lebih panjang bagi anak pertama dan makin pendek untuk anak berikutnya. Namun hal ini bergantung kepada tuah and ajuga. Realitinya, proses kelahiran anak bagi setiap wanita untuk setiap anak adalah berbeza antara satu sama lain.
Puratanya, ibu akan mengalami proses kelahiran sekitar lima jam. Namun dalam keadaan tertentu, proses kelahiran anak sulung bolehmengambil masa lebih daripada 18 jam.
Ada beberapa fakta yang perlu diketahui mengapa proses kelahiran bayi menjadi lambat sehingga menyebabkan anda merasai sakit bersalin dalam tempoh yang lama. Antaranya, ia disebabkan oleh perasaan tertekan dan takut sehingga mengganggu perjalananan tugas hormon kelahiran.
Terdapat enam teknik semula jadi yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan rasa sakit yang secara tidak langsung boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.
2. Seboleh-bolehnya kerapkan membuang air kecil kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang penurunan kepala bayi sekali gus melambatkan proses kelahiran.
3. Apabila sakit kontraksi datang, gunakan teknik pernafasan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Caranya ialah dengan menarik nafas dalam melalui hidung dan hembuskannya melalui mulut. Jika boleh ketika hembus buat bunyi “huuuhhh” atau “fuuhhh”. Ia sangat membantu memberikan rasa tenang dalam masa yang sama mengurangkan rasa sakit.
4. Jika dibenarkan oleh doktor, anda bolehlah mandi menggunakan air suam. Air suam akan mencetuskan rasa tenang sekali gus mengurangkan keperluan untuk mengambil ubat dan mempercepatkan proses kelahiran.
6. Semasa berlakunya sensasi kontraksi, gerakkan punggung dan membongkok ke hadapan bagi membantu rahim menolak bayi ke saluran peranakan dengan betul.