Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.
Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Ads
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.
4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).
Ads
5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.
Ads
6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.
Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mengupas nenas, kulit nenas yang terbuang jangan dibiarkan sebegitu sahaja. Rupanya dari kulit nenas ini dapat dijadikan baja organik untuk suburkan pokok buah dan juga sayur-sayuran.
Isi kita makan, kulit kita recycle. Dari nenas dia datang, ke nenas jua ia kembali. Kulit nenas jangan dibuang ye sedare, kita buat dia jd baja organic! Caranya.
Letak air hujan/ mineral suku blender, then kulit nenas tadi lepas dipotong potong. Blend sikit demi sedikit sampaii habis!
Then campurkan jus kulit nenas tadi dengan gula merah dan jugak yakult sebotol. Nisbah dia 1:1 sekilo kulit nenas, sekilo gula merah.
Masukkan dalam bekas bertutup. Wak guna bekas sabun yang dah dicuci bersih je. Senang!!
Peram 2 minggu dekat tempat teduh, buàng gas dia setiap hari. Kalau tak buang dia boleh jadi time bomb tau. Sekali meletup, habih 1 stor dia pergi.
Lepas 2 minggu dah boleh guna dah, tapis serdak nenas tadi dan amik air dia je. Asingkan. Serdak tadi masukkan semula dalam botol, peram lagi sampi dia terhurai habis.
Air baja yang diasingkan tadi boleh la masukkan dalam botol lain. Dah jadi pati baja.
Nak guna, amik 10 ml pati baja tadi campur dengan 1 litre air, semburlah kat pokok nenas dan pokok buah buahan yang lain macam limau, jambu, durian belanda, terung, cili dan sebagainya. Sayur sayuran pun boleh! Tak ada masalah! Organic ni dia tak ada kesan buruk pada pokok.
Sembur waktu petang dengan kekerapan 3 hari sekali, tak sempat seminggu sekali pun takpe, janji ada baja!
Kalau ada pokok yang sedang berputik sembur kat putik dia lagi cantik. InsyaAllah buah akan terus lekat nanti. Contoh macam durian belanda yang payah sangat nak lekat buahnya.
Semua buah buahan yang manis boleh recycle untuk jadikan baja buah ye sedara cuma perlukan sedikit kerajinan. Sayang kalau dibuang begitu saja.
Jika bermanfaat, share la. Moga ianya menjadi asbab bertambah rezeki kita semua. Amin.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kerap batuk sudah semestinya buat kita rasa tak selesa. Tambah sayu bila mana anak terbatuk di kala tengah tidur. Malah tidurnya terganggu kerana batuk dan sesak nafas. Ibu mana yang boleh tahan bila melihat kesakitan anak.
Selain ubat yang dibekalkan oleh doktor, apa kata mama cuba empat langkah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini. Ia membantu meradakan sakit anak.
Anak batuk ketat dada berkahak banyak, selesai tak sampai seminggu. 4 step ini yang saya selalu dan suka buat bila anak dah mula batuk.
1. Sediakan air kembang semangkuk, sebagai pengganti air masak selagi mana anak masih batuk.
Rendam sebiji kembang semangkuk dalam air biasa. Tinggal je dalam jug sampai jadi berbunga. Minum sampai habis. Ganti dengan air dan kembang semangkuk baru, sampai lah anak baik.
Fungsi dia, nak kurangkan radang pada bahagian tubuh badan anak. Bila batuk, kita nak kurangkan radang pada paru-paru. Nak longgarkan kahak yang ada.
2. Mandi air suam 2 atau 3 kali sehari. Mandi berendam air suam, biar anak duduk lama sikit dalam toilet.
Upahlah 2 3 barang mainan masuk dalam toilet sekali. Anak saya dengan toilet, tak berapa ngam sangat, tak sampai 5 minit mesti akan keluar toilet biasanya. Tapi kalau masuk dengan mainan, setengah jam pun tak puas lagi dia main.
Nak longgarkan kahak jugak ni. Kalau ada magnesium flakes atau epsom salt, korang boleh letak je 1 2 genggam campur air suam dalam bath tub anak. Biar dia berendam dalam tu, dengan kahak pun boleh meleleh keluar dari hidung tau.
3. Kemudian, kita buat percussion. Tepuk depan dan belakang dada anak.
Kahak pekat yang terbenam, moga keluar akhirnya ke mulut atau sebagai najis bila anak buang air besar.
Saya ada kongsikan video, saya tepuk belakang badan anak. Buat 10 minit, baru betul-betul efisyen untuk longgarkan kahak. Buat je at anytime yang korang dan anak selesa. Lagi kerap buat, lagi banyak kahak akan keluar.
4. Yang terakhir, yang paling anak tak suka, pelbagai alasan dia akan bagi.
Sedut kahak guna nasal aspirator. Boleh guna yang manual, atau yang elektrik. Buat sampai dah takde dengar bunyi kahak bila kita sedut.
Saya suka guna yang manual. Sedut guna mulut kita, dari hidung anak. Walaupun penat nak menyedut tu, tapi puas hati bila tengok kahak pekat keluar dari hidung anak. Dan anak pun akan rasa sangat lega bila banyak kahak pekat dah keluar.
Cuba buat 4 step ni. Semua barang dalam gambar, korang boleh cari di farmasi atau kedai baby. Bila anak batuk, kita terdesak nak anak cepat sembuh. Kalau beli dari Shopee nanti lambat sampai.
Sekarang terus korang pergi cari kat kedai berdekatan rumah k. Tapi kalau nak standby sebab ada anak kecil tak pandai lagi buang kahak, korang boleh je Shopee kan semua barang tu.
Korang cuba tau. Mana tahu ikhtiar ini menjadi untuk anak korang jugak. Anak cepat sembuh, kita senang hati kan. ❤️
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.