Banyak cara untuk menarik perhatian anak-anak kecil untuk makan. Salah satunya adalah menyediakan nasi dalam bentuk bebola yang dikepal kemas dengan salutan telur. Menariknya bukan hanya kepalan nasi biasa bahkan disalut dengan telur dan oat yang tinggi khasiat ditambah pula dengan campuran lobak merah yang menyihatkan.
Resipi ringkas tetapi berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini boleh dijadikan menu sarapan buat anak-anak. Jom cuba!
Petang semalam sempat goreng bagi anak-anak makan. Yang paling selera si Humaira lah. Dia ni bab makan agak cerewet juga, tak mau pedas. Yang jenis nuget chicken ball ni dia layan. Tu yang meqza buat ni.
Meqza check peti ais ada ayam, ada carrot. So, apa lagi teruih buat lahhh. Serbuk roti takda, meqza salut saja dengan rolled oat. Dari tak makan berbulan-bulan bagus juga bagi depa ni merasa. Kan jimat! Ok, moh kita tengok resipi mudah ni.
Bahan-bahan:
½ pot beras (ini meqza guna tin sardin)
3 ketul ayam (bahagian dada)
2 biji carrot
Ads
Meqza masak ½ pot beras. Kiranya masak bagi nasi tu lembik. Senang nak kepai buat bulat-bulat. Ayam dalam 3 ketoi isi. Ambik bahagian dada lah part ni. Meqza potong kecik-kecik.
Takde tumis-tumis atau goreng-goreng bagai okeh. Ayam mentah bodo gitu ja. Sebab, satgi nak goreng juga. Carrot meqza parut halus dalam 2 biji.
Bila dah sedia semuanya, kita gaul saja dalam satu bekas. Jangan lupa letak garam sikit, bagi ada rasa orang kata (tapi anak dua tahun ke bawah jangan letak garam). Then, buat kepal bulat-bulat macam fish@chicken ball tu. Kemain pakai plastik, tak mau tangan belemoih satgi cepat basi nasi tu. Depa kata lah.
Telor ni saiz C, dalam 3 biji gitu. Doh yang dah siap kepal, celup letak dalam ni. Salut bagi elok na. Satgi bila goreng dia tak pecah.
Ads
Lepas tu, masuk dalam serbuk oat pulak. Kalau tak mau blend oat tu kena cari serbuk roti. Golek golek doh tu sampai tertutup habis. Then letak dalam bekas lain.
Dah siap. Tadaaaa! Banyak juga bila kira. Ni Meqza buat banyak sebab nak frozen. Bila bila boleh goreng. Sat saja habis sekali makan.
Haaaa, tengok Humaira makan. Walaupun rasa plain, dia tetap makan sampai tinggal separuh. Sedap katanya. Kanak-kanak tak pandai menipu kan?
Ads
Kongsi Tip Masak Kalau orang dewasa nak makan, boleh tambah spices dan daun bawang bagi wangi dan beraroma. Nak lagi umphhh letak la cheese. Perghhh! Bila makan tu cheese meleleh-leleh keluaq.
Kalau nak kata sedap macam juai di supermarket nu, idok lah. Tapi sangat sihat untuk anak-anak. Sebab takda tambahan gula atau perisa lain.
Memasak gaya meqza yang ada 2 anak kecik menyusu ni perlukan ketangkasan, kerajinan dan timing yang tepat. Kalau anak ni teriak ka apa, kena layan depa dulu. Habih layan depa sambung pulak. Ohhh terasa macam #supermommy. Power kan! 🤣
Sesambil masak tu Ustaz Abdullah Khairi pesan baca ayat 4 surah Yusuf, hembus lah kat makanan hat kita sediakan ni. Doalah moga anak-anak sayang kita lebey dan suami pulak puji inilah masakan paling sedap di abad ini.
Chill.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Panna Cotta merupakan hidang tradisi rakyat Itali. Ianya merupakan krip yang dipekatkan dilengkapkan bersama topping. Ada pelbagai topping buat panna cotta, antaranya adalah variasi beri seperti bluberi dan strawberi serta mangga.
Resepi ini dikongsikan oleh Azina Ina Fans dan mendapat banyak perkongsian dan likes di media sosial. Apa tunggu lagi, jom cuba!
Memandangkan desert ni yang paling laju cepat habis dan mugkin boleh korang buat sendiri.
Panna cotta mangga
Bahan-bahan:
500 ml susu full cream
700g whipping cream
150g gula castor
180g yogurt asli
1 +1/2 sb gelatin+1/2 cawan air panas larut kan
1 sb creamy vanila
secubit garam
Cara penyediaan:
Masak atas dapur susu dan gula.Bila gula larut matikan. Masukkan whipping,esen, garam kacau sebati. Masukkan larutan gelatin kacau lagi. Tuang yogurt kedalam dan kacau guna whisk sampai sebati.
Tuang dalam bekas sesuai..sejukkan 2 jam. Manggo filling letak air suam sampai cair tambah 1/2 sb gelatin dan air panas larut kan. Masukkan dan kacau sebati. Tuang atas panna cotta tadi dan boleh letak buah mangga kiub juga.
Anak-anak kalau ibu buat je spageti atau makaroni, pastinya makan cukup berselera. Tambah pula bila ada cheese, lagilah mereka suka. Bagi ibu yang nak sedikit kelainan, boleh sediakan Makaroni Cheese Baked.
Bestnya makaroni ni, ia digoreng dengan semua campuran beberapa sos dan selepas itu ditabur cheese sebelum dibakar.
Resipi ni simple je tapi nikmatnya bila makan tu memang terbaik. Tak rugi cuba kerana pastinya jadi rebutan anak-anak.
Bahan untuk makaroni goreng
– 1 bungkus pasta makaroni (rebus hingga lembut )
– Isi ayam
– 4 batang sosej
– 1 batang karot
– Sedikit capsicum hijau dan merah
– Bawang holland (dadu)
– Bawang putih (dadu)
– Sos prego
– Cili flakes/serbuk cili kasar
– Sedikit sos tiram
– Sedikit sos cili
– Garam dan perasa secukup rasa
Untuk white sos
1 cawan susu segar / 1 kotak kecil (300ml)
2 keping cheese slice
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum (buh air sikit )
Garam dann gula ( jika suka )
Keju mozarella/parmesan secukupnya
Cara-cara
– Panaskan minyak tumis bawang, masukkan isi ayam dan sosej
– Masukkan sos prego n cili flakes
– Masukkan sos tiram, sos cili dan garam
– Masukkan makaroni dan capsicum
– Kacau sebati perasakan dan tutup api
– Untuk white sos pula panaskan butter hingga cair, masukkan susu dan cheese
– Kacau sebati dan masukkn tepung gandum untuk bagi dia pekat
– Perasakan dengan garam dan gula
– Dah mendidih tutup api dan ketepikan
– Sediakan loyang masukkan makaroni dulu, ratakan dan tuangkan white sos hingga rata dan taburkan cheese.
Ulang hingga habis. Saya buat 3 layer. Dah siap bakar dalam oven suhu 170 selama 30 minit. Selamat mencuba.
**Teringin nak dapatkan kelengkapan pada harga berpatutan, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.