Sudah menjadi perkara biasa jika kita ke restoran atau kedai makan dan kemudian ada keluarga yang membawa anak-anak. Kita pun begitu kan? Tetapi bagaimana kita mengawasi anak-anak ketika berada di situ? Ada ketikanya mungkin kita teralpa dan tanpa sedar, mungkin apa yang anak-anak kita lakukan mengganggu kententeraman orang lain.
Begitu juga kisah ini yang berlaku di negara China, apabila seorang wanita menjadi berang kerana salah seorang pelanggan lain yang membawa anak kecilnya makan di restoran yang sama dan berbuat bising.
ZHENGZHOU: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan melecur hampir separuh badan selepas disimbah sup panas kerana bising di dalam restoran.
Dalam kejadian di Henan, ZhengZhou, China, mangsa melecur belakang badan dan punggung apabila seorang wanita hamil berang dengan bunyi bising bayi berkenaan yang mengetuk meja menggunakan sudu, lapor media tempatan Sohu.
Sebelum kejadian, wanita yang dikenali sebagai Ren, 28, dilapor menegur ibu mangsa agar mengawasi anaknya supaya tidak membuat bising, namun tidak diendahkan.
Ren turut berbalah dengan ibu mangsa yang dikenali sebagai Yang sebelum suaminya meleraikan pergaduhan dan membawa wanita itu keluar dari restoran.
Malangnya, 10 minit kemudian, Ren yang tidak berpuas hati berpatah balik memasuki restoran sebelum menyimbah semangkuk sup panas ke arah dua beranak itu menyebabkan bayi tersebut melecur teruk pada bahagian badan.
Yang kemudian membuat laporan polis menyebabkan Ren dijatuhi hukuman penjara 15 hari selain perlu membayar denda 500 yuan (kira-kira RM300).
Namun Ren bernasib baik kerana peraturan di China tidak membenarkan hukuman penjara ke atas wanita hamil.
Selain membayar denda, Ren diperintahkan polis untuk membiayai keseluruhan kos rawatan kanak-kanak itu sehingga pulih.
Bayi berkenaan difahamkan berada dalam keadaan terkejut selain mengalami kesukaran untuk makan dan minum.
Hati-Hati Kalau Anak Ada Tabiat Menggonggong Botol Susu Dan Puting, Banyak Kesannya
SUMBER: ASTRO AWANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI