
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.
Katanya lagi, PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.
“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.
Sumber: TV3
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belanja RM400,000 Dalam Majlis Dedah Jantina Anak Di Burj Khalifa, Dubai. Pasangan YouTuber Popular Cetus Fenomena

Majlis seperti Baby Shower dan Gender Reveal kini menjadi trend kepada pasangan muda untuk meraikan sebuah kelahiran baru. Hinggakan ada yang sanggup membelanjakan ratusan ribu untuk majlis sebegitu seperti pasangan YouTuber popular Dari Dubai ini.
Anas dan Asala Marwah mencetus fenomena apabila menganjurkan sebuah parti mewah hanya untuk mengumumkan jantina anak mereka yang bakal lahir.
Mereka mendedahkan jantina anak kedua dengan memancarkan perkataan “It’s a boy!”, menggunakan cahaya lampu berwarna biru pada menara setinggi 828 meter itu.
Acara yang menelan belanja sebanyak AS$95,000 (RM394,772) itu bukan sahaja membuatkan ahli keluarga dan para tetamu yang hadir berasa teruja, malah ia di turut mencuri perhatian masyarakat dunia selepas mendapat lebih 10 juta tontonan di laman YouTube.
Menerusi video berdurasi 15 minit itu, Asala memberitahu, acara itu sangat bermakna buatnya berbanding hari perkahwinannya.
“Jantung saya berdegup kencang dan bagaikan ingin keluar dari dada. Ia adalah momen yang sangat mengujakan berbanding hari perkahwinan kami.
“Saya sentiasa cuba untuk memberikan kandungan yang tidak pernah diberikan oleh sesiapa di saluran (YouTube) kami,” ujar Asala ketika ditemubual di dalam video berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by Anas Marwah | انس مروة (@anasmarwah) on
Majlis berkenaan telah dirancang oleh pasangan itu secara rapi dalam tempoh sebulan setengah.
Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan menimang cahaya mata sulung, Mila pada tahun 2018.
Sumber: Astro Awani & Gempak
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Degil Keluar Rumah, Jangan Sampai ATM & PDRM Diberi Kuasa Guna Kekerasan

Isi Kandungan
ToggleJangan ambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Jangan fikir keadaan ini membenarkan anda bersuka ria berada di luar rumah mahupun pulang ke kampung. Ramai yang mengikut arahan ini dengan baik, tetapi masih ada yang berdegil dan tetap berada di luar rumah tanpa urusan penting.
Seorang peguam, Nor Zabetha, telah berkongsi tentang apa yang boleh dilakukan oleh ATM dan PDRM sekiranya diberikan kuasa di bawah Perintah Kawalan ini.
Tambah beliau, terdapat Seksyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pegawai yang dilantik menggunakan KEKERASAN.
Ikuti penerangan lebih lanjut dari peguam ini.
Apa ATM & PDRM Boleh Buat Jika Diberikan Kuasa?
Kalau ATM DAN PDRM diberikan kuasa bawah Perintah Kawalan, apa mereka boleh buat?
Dua hari lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa Perintah Kawalan tidak melibatkan mereka.
Namun demikian tengahari tadi, dilaporkan oleh Astro Awani, Menteri Pertahanan berkata kerajaan mungkin akan menggunakan khidmat ATM untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan ini.
Kata beliau, setakat hari pertama hanya 60% rakyat Malaysia sahaja yang mematuhi perintah ini.
Artikel Berkaitan: [Jika Hamil, Tolong Hati-Hati. Dijangkiti COVID-19, Kesannya Mungkin Lebih Serius]
Katanya setakat semalam telah ada 504 sekatan jalan raya oleh polis. Setakat hari ini kata beliau, pihak polis telah bertindak secara berhemah secara memberikan nasihat dan menegur dan sekiranya masih tidak patuh polis akan mengambil tindakan lebih TEGAS.
Sebenarnya terdapat Seskyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pegawai yang dilantik menggunakan KEKERASAN. Saya percaya selagi mana kita mengikut arahan, tiada keperluan bagi KEKERASAN.
Jadi saya rumuskan dalam bahasa mudah, beginilah kata Menteri Pertahanan sejak hari pertama orang kita degil, ramai yang tak patuh arahan. Kalau masih berdegil tindakan tegas akan diambil.
Kalau masih degil, perkhidmatan ATM akan digunakan seperti mana kerajaan telah melantik dan memberi kuasa kepada PDRM dan RELA selaras dengan Seksyen 3, Akta 342. Bayangkan, dah macam ‘War Zone’ nanti jadinya sebab kedegilan sesetengah pihak. Tentera di mana-mana.
Selaras dengan Seksyen 2, kebiasaannya pegawai yang diberikuasa ini adalah dari kalangan Pegawai Kesihatan, inspektor kesihatan, atau Menteri ada kuasa lantik mana-mana pegawai di bawah seksyen 3. Macam sekarang, yang telah dilantik adalah PDRM dan RELA.
Apa kuasa-kuasa dan TINDAKAN TEGAS PDRM, RELA atau ATM (kalau dilantik), selaras dengan Akta?
a) Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu pemeriksaan kenderaan itu-S.7.
b) Mengarahkan kita untuk diasingkan jika dijangkiti DAN DISYAKI dijangkiti -S.14.
c) Mengarahkan orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit menajalani pegawasan sehingga dia boleh dilepaskan Seksyen-S.15 (1).
d) Diberi kuasa untuk MENGGUNAKAN KEKERASAN yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi -S.15(2).
e) Diberi kuasa untuk menutup premis dan membasmi kuman-S.18
Jadi disebabkan kerana ketidakpatuhan segelintir orang-orang kita, bagaimana hendak kita salahkan kerajaan jika selepas ini mereka terpaksa menggunakan kekerasan. Amaran telah pun diberi, garis panduan telah pun dibagi, cuma tinggal kita hendak ikut sahaja.
Jangan Sampai Total Lockdown!
Sama-samalah kita memudahkan jalan masing-masing, jangan nanti ada perutusan yang ke-3 oleh Perdana Menteri hendak berikuasa pada ATM dan total lockdown.
Waktu kerajaan memutuskan untuk Perintah Kawalan dan bukan ‘total lockdown’, saya percaya mereka telah memberi kepercayaan yang amat tinggi bahawa kita rakyat yang bertamadun dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.
Artikel Berkaitan: [Hand Sanitizer Memang Penting, Tapi Tak Perlu Sampai ‘Ambil’ Yang Di Hospital!]
Sebarkan tulisan ini, supaya lebih ramai yang menurut perintah dan kalau mereka tak dengar kata, ada yang lain tolong melarang. Kalau ATM dilantik untuk menguruskan, ini bukan perkara main-main.
Seperti mana yang telah diterangkan, sama-samalah kita menjadi rakyat yang lebih prihatin dan mengikut setiap arahan yang dikeluarkan tanpa gagal. Apabila kita melanggar setiap arahan yang diberikan, ia memberi kesan kepada kita semua dan semakin mengeruhkan keadaan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dividen ASB 2024, Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik

Tahun kewangan 2024 dilihat memberi harapan besar kepada pelabur ASB apabila prestasi pasaran saham global dan domestik menunjukkan perkembangan positif. Dengan kenaikan dalam indeks utama seperti Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225, Hang Seng, serta Bursa Malaysia, prospek pulangan dividen yang lebih baik semakin cerah.
Memetik laporan Berita Harian, menurut Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, peningkatan harga saham di pasaran-pasaran utama dijangka memberi impak positif kepada pengumuman dividen ASB bagi tahun ini. Sentimen ini memberikan keyakinan kepada pelabur untuk terus menyokong instrumen pelaburan jangka panjang ini.
“Nasdaq, S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng, termasuk Bursa Malaysia masing-masing meningkat 32.3 peratus, 27.7 peratus, 16.8 peratus, 16.5 peratus dan 10.9 peratus. Justeru, memandangkan sebahagian besar daripada kelas aset pelaburan ASB adalah pasaran ekuiti, jangkaan terhadap dividen dilihat setidak-tidaknya sama dengan tahun lalu ataupun lebih.
“Berdasarkan laporan tahunan ASB, pendedahan pasaran ekuiti oleh ASB adalah 83.13 peratus pada 2023. Oleh itu, kenaikan harga saham seharusnya menterjemahkan dividen yang lebih baik pada 2024.”
Mohd Afzanizam berkata, pasaran menyaksikan syarikat seperti Maybank Bhd, Sime Darby Bhd (Sime) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan prestasi yang baik pada 2024, yang memberi impak positif kepada pergerakan harga saham, sekali gus mampu untuk memberikan pulangan yang baik kepada dana ASB.
“Pendedahan ASB terhadap sekuriti pendapatan tetap adalah 7.45 peratus pada 2023. Pengaruh kadar faedah secara langsung adalah tidak sebesar pasaran ekuiti, Namun, sentimen kadar faedah di luar negara terutamanya kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi kesan yang lebih besar disebabkan ia boleh memberi impak kepada pegerakaan harga saham global dan tempatan.
“Suasana kadar AS dilihat memberi kesan kepada aliran dana asing. Kita telah menyaksikan dana aliran keluar bersih oleh pelabur asing pada Oktober dan November yang berjumlah RM1.8 bilion dan RM3.1 bilion,” katanya.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham, berkata sebagai antara dana pelaburan terbesar di Malaysia, ASB yang mempunyai sebahagian besar portfolionya dalam ekuiti tempatan dan berpotensi mendapat manfaat langsung daripada prestasi pasaran saham Malaysia yang mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 15 peratus setakat suku ketiga 2024 dengan permodalan pasaran keseluruhan kini mencecah RM2.05 trilion.
Katanya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal menjadi faktor penting dalam menentukan hasil pelaburan ASB, sekali gus memberikan ruang untuk instrumen pendapatan tetap dalam portfolio terbabit mengekalkan hasil yang stabil.
“Dengan pasaran saham yang mencatatkan peningkatan nilai dan prestasi syarikat tersenarai menunjukkan pemulihan dalam sektor utama, terdapat jangkaan bahawa dividen ASB untuk 2024 berpotensi lebih tinggi berbanding tahun lalu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI