
Pasti ramai ibu bapa mengalami keadaan di mana anak kecil menangis apabila ditinggalkan sekejap. Tapi terus terdiam apabila ibu ayah muncul di depan mereka. Magis kan? Sebenarnya situasi ini ada kaitan dengan ‘Separation Anxiety’.
Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.
Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:
1. Crying (menangis)
2. Cranky (merengek)
3. Clingy (nak berdukung atau melkat je)
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.
Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.
Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.
Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.
Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.
Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.
Kredit: Dr Redzal Zainol
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“You’re the best, Bonda Ayah!”, Cuba Luangkan Masa Bersama Untuk Anak-Anak Lebih Hargai kita

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, lebih-lebih lagi untuk merasai kasih sayang sepenuhnya dari mereka.
Sibuk manapun ibu dan ayah, penting untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka tidak rasa terkongkong di rumah dan dapat menikmati keseronokan luar!
Itulah yang dipraktikkan oleh pelakon Faralyna Idris, yang akan meluangkan masa bersama keluarga kecilnya jika ada waktu yang terluang. Baginya, penting untuk anak-anak merasa cuti hujung minggu itu adalah masa bersama keluarga supaya mereka faham perasaan seronok rakan lain bila cuti hujung minggu.
Dalam perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Faralyna turut menceritakan kembali bagaimana ibu bapanya tetap akan mencari masa terluang untuk bersama-sama mereka adik beradik meskipun sibuk kerana bekerja sendiri.
As usual, on Saturday & Sunday Bonda akan cuba cari/selit masa utk bawa Kakak buat activity yang dia suka.
Bonda membesar dgn parents yang bekerja sendiri. Kadang tu Sabtu & Ahad mommy/papa tak dpt nak spend time sgt dgn Bonda Achik Along.
Bukan setiap kali cufi sekolah kami dpt really spend time together. And selalu kene buat cuti sendiri ?
Sekarang, Bonda & Ayah bekerja sendiri. Baru Bonda faham kenape dulu mommy & papa is super busyyy.
Tapi, dlm busy busy dorang, they still try to find the time for us.
Thats what both of us, Bonda & Ayah wants to do for our babies. And to be better.. nak lah rasa “you’re the best, BondAyah!”. Ah gittew ☺️ Walaupun tak kira hari ape, sabtu ke Khamis ke Selasa ke Ahad ke utk luangkan masa bersama, tapi nak juga mereka faham erti “luangkan hujung mingu bersama family” tu.. so that bila dah sekolah, ada kwn kwn, takde lah rasa mcm pelik or tak faham perasan seronok kwn yang ckp “eh Sabtu ni Papa kita nak bawa pergi Sunway lagooooooon.” .
Im sure they will understand mcm mana Bonda & Ayah bekerja, tapi in the same time mereka merasa juga yang sama dgn org lain.
They will appreciate more. Hopefully ??
In Shaa Allah…
View this post on InstagramA post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on
Cukup 20 Minit Setiap Hari Luangkan Masa Dengan Anak, Anak Boleh Jadi Bijak & Hebat
Kadangkala, anda tak perlu bersusah payah untuk membawa anak-anak keluar, cukup dengan meluangkan masa bersama di rumah! Kesannya, anak anda boleh jadi bijak dan hebat! Pa&Ma kongsikan caranya:-
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
SUMBER: Faralyna Idris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selagi Tak Tepuk Masih Tak Lelap, Jangan Biasakan, Latih Bayi Tidur Sendiri Lebih Awal!

Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.
Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.
Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.
Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Jangan lepaskan peluang ini!
Artikel berkaitan: Niat Nak Tidurkan Anak, Sudahnya Mak Pun Tertidur Sekali, Ada Bahayanya!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masa Mandi, Anak Belajar Banyak Benda. Rugi Kalau Ibu Ayah Abaikan Waktu Ni!

Ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ketika mandi adalah bonding time terbaik dengan anak. Banyak manfaat bila mama papa mandikan mereka. Salah satunya boleh merangsang komunikasi yang baik sebab kita akan bersembang dengan anak.

MAIN DENGAN ANAK, RANGSANG SENSORI
Ketika mandikan anak pun boleh bermain tau! Isikan tab mandi dengan air bersama sabun dan letakkan mainan. Bila bermain buih, sensori anak menjadi lebih baik. paling best, emosi anak pun steady saja.
AJAR ANAK NILAI MURNI WAKTU MANDI
Nak ajar anak waktu mandi pun bagus. Mama papa boleh ajarkan tentang anggota badan serta kepentingan menjaga kebersihan kepada anak-anak. Bukan itu saja, mama papa juga boleh ajar anak tentang nilai-nilai murni ketika mandi seperti jangan membazir air dan sebagainya.

GUNA PRODUK MANDIAN BERKUALITI
Nak bersih, kenalah pilih produk berkualiti dan diyakini. Barulah kita rasa lebih segar kan? Tidak kiralah sama ada mama papa mencari pembersih badan yang menyegarkan dan melembapkan badan atau dengan formula anti-bakteria yang diperbuat daripada bahan tumbuhan semula jadi, inovasi terkini daripada Shokubutsu pasti dapat melindungi kulit anda sekeluarga!
SHOKUBUTSU TINGKATKAN KUALITI
Shokubutsu kini berada di pasaran dengan reka bentuk botol baharu yang unik dan terdiri daripada bahan-bahan dan kelikatan yang dipertingkatkan. Jenama ini turut memperkenalkan rangkaian produk anti-bakteria baharu untuk individu dan keluarga yang mahukan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan.
Varian Clean Fresh kini diperkaya dengan 100% ekstrak protein beras organik, serta asid-asid amino dan vitamin E untuk menyerlahkan semula keserian kulit secara semula jadi. Haruman cecair pembersih badan yang menyegarkan serta tahan lama dapat menenangkan anda dan menghilangkan rasa keletihan setiap kali anda mandi.
Varian Moisture Fresh mengandungi bahan yang sama dan ditambah dengan minyak zaitun bagi memberikan khasiat tambahan dan memberi kelembapan untuk kulit yang berseri. Haruman bunga varian ini menenangkan badan dan minda untuk pengalaman mandi yang mewah.
Rangkaian Shokubutsu Fresh Body Wash boleh didapati dalam 5 varian dengan ekstrak tumbuhan yang unik: Orange Zest, Sakura Whitening, Green Fresh, Floral Bloom dan Iris Bliss.
SHOKUBUTSU KELUARKAN PRODUK BAHARU
Shokubutsu memperkenalkan rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu dalam reka bentuk botol yang terkini. Dirumuskan untuk melindungi anda daripada 99.9% kuman dengan bahan anti-bakteria semula jadi, cecair pembersih badan yang diuji secara dermatologi ini sesuai untuk semua jenis kulit berupaya menghapuskan kuman secara berkesan.
Rangkaian ini diperkaya dengan 100% minyak shiso organik, prebiotik tumbuhan serta gliserin tumbuhan yang membantu melindungi serta melembapkan kulit. Rangkaian Shokubutsu Natural Protection Body Wash didapati dalam empat variasi, Complete Care (dengan Eucalyptus), Refresh & Go (dengan Tea Tree), Energize (dengan Yuzu) dan Aqua Cool (dengan Peppermint & Menthol).
Jom, segera dapatkan produk mandian Shokubutsu di pasaran sekarang!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI