Macam-macam gelagat anak kecil kita. Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik. Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam. Namun inilah yang dikatakan anak kecil.
Namun jangan dibiarkan anak dengan fasa individual ini lama-lama. Cepat-cepat ajar anak untuk ‘move on’ dan beritahu anak sebabnya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy mengenai masalah ini. Cepat-cepat betulkan dengan tip ini.
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama, mak ayah perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak.
Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik kalian mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tidak sebegitu.
Ads
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan. Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya. Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”) Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
Ads
3. Time out. Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan” “Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang. Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Ads
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah, kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu. Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur. Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga. Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi. Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!
Tugas menjaga bayi atau anak yang masih kecil, kebanyakan bapa surrender awal-awal lagi. Kebiasaannya golongan bapa menganggap ibu lebih sesuai memahami apa yang anak mahukan. Jadi bila si ayah ditugaskan untuk menjaga anak, jika tiba-tiba menangis, terus diserahkan tugas itu pada isteri.
Sebenarnya dalam bab keibubapaan, bonding anak bersama bapa sangat penting untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan keyakinan dalam diri anak untuk membesar. Inilah pentingnya ayah lebih rapat dengan anak.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, beliau menjelaskan jika anak-anak menangis dan tetap mahukan ibu, itu tandanya bonding dengan ayah masih lagi kurang. Bermakna satu kegagalan di pihak seorang ayah.
Bonding dengan anak-anak anda. Kalau baby menangis nak mommy, maknanya daddy tak cukup bonding. Jika anak mahukan mamanya, ia menunjukkan kegagalan dalam ilmu keibubapaan di pihak ayah.
Ikatan antara ibu dan bayi memang tak dinafikan lagi. Ia bermula sejak lahir iaitu sentuhan pertama, bau dan penyusuan. Tidak dinafikan mommy mempunyai kelebihan.
Biasanya pada waktu begini, daddy tak rapat kerana mereka tidak tahu nak buat apa. Mereka tidak pernah diajar atau diberitahu mengenai apa tugas yang sepatutnya mereka buat. Mereka hanya fokus untuk buat ibu rasa selesa.
Usia 0-3 bulan penting bonding ayah dengan anak
Kongsi Dr Sheikh Muszaphar lagi, antara waktu penting dan sesuai untuk bonding dengan anak adalah ketika umur mereka 0-3 bulan. Hal ini supaya anak-anak boleh merasai kewujudan ayah seperti yang dilakukan oleh ibu.
Masa paling kritikal untuk bonding ialah 0-3 bulan. Inilah masanya daddy harus memainkan peranan penting seperti mommy jika mereka mahu mewujudkan ikatan istimewa itu.
Apakah yang boleh ayah lakukan untuk mewujudkan ikatan yang kuat ini?
1. Mula belajar mengendalikan bayi. Jangan takut. Bila dah biasa, lama-lama akan ok. Lihat dan belajar bagaimana isteri uruskan anak.
2. Tukar lampin bayi
3. Mandikan bayi
4. Tidurkan bayi
5. Nyanyi lagu lullaby kepada bayi
6. Sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
7. Bersendirian dengan bayi di dalam bilik.
8. Cuba ambil tugas untuk beri susu pada bayi atau suapnya makan
9. Bersiar-siar di taman dengan hanya anda dan bayi
10. Luangkan seberapa banyak masa dengan bayi. Ambil dan peluk bayi selepas setiap kali menyusu.
Tetapi apabila mereka dah menginjak usia menjadi kanak-kanak kecil, mereka mula mahukan salah seorang antara ibu atau bapa dan ia adalah bersebab.
1. Apabila salah seorang (ibu atau bapa) bersikap tegas dan seorang lagi mengalah sepanjang masa.
2. Apabila salah seorang biasanya berjauhan dengan anak kerana bekerja.
Oleh itu, penting bagi kedua ibu bapa untuk meluangkan sebanyak mungkin masa bersama anak. Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak.
Jika ayah keluar bekerja, apabila pulang ke rumah, biarkan si ayah pula uruskan anak seperti memandikannya, melayan anak main atau bercerita sebelum anak tidur dan sebagainya.
Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak. Jika Mommy kata Tidak, maka Daddy patut ikut sama.
Ikatan dengan anak anda boleh memberi kesan jangka panjang yang positif. Kedua-dua ibu bapa perlu memainkan peranan untuk melahirkan anak yang lebih penyayang, yakin dan berjaya.
Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat wanita cantik ini di kaca televisyen saban hari mempromosikan pelbagai jenis produk di Go Shop memang petah. Tutur katanya lancar malah tidak tersekat-sekat. Betapa pengalaman dan ilmu yang dikautnya melalui program itu terlalu banyak.
Namun hakikatnya, pengacara Go Shop yang bersiaran di Astro ini juga merupakan seorang ibu yang mempunyai jadual rutin yang ketat dalam membesarkan jantung hatinya, Vea Khadeja yang kini sudah pun berusia 1 tahun 1 bulan.
Sekian lama menantikan cahaya mata selepas berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
“Membesarkan Vea yang kini sudahpun berusia 1 tahun 1 bulan banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi bila mana Vea terkena sawan tangis atau Colic selepas dilahirkan sehinggalah usianya tiga bulan. Pun begitu semua ini lebih mengajar saya untuk jadi ibu yang lebih sabar dalam segala hal.
Saya cemas dan stress bila mana Vea tak henti-henti menangis selepas di lahirkan. Orang kata mungkin selepas berpantang keadaannya makin reda, tapi selepas berpantang keadaannya masih sama. Bermacam-macam cara saya lakukan rupanya barulah saya tahu bahawa Vea alami sawan tangis atau colic selepas berjumpa doktor.
Perhatian padanya semakin berganda saya berikan. Allah beri kami ujian yang hebat dalam menangani masalah ini. Mujur saya dan suami tidak cepat melatah.
Alhamdulillah selepas lima bulan, keadaannya makin pulih dan sekarang Vea menjadi anak yang cukup menyenangkan. Sekarang nak dengar dia nangis pun susah. Dia paling mudah dijaga malah murah dengan senyuman”.
Puas Hati Dapat Susukan Vea
Dalam pada kesibukannya, ibu cantik ini sentiasa berusaha keras untuk memastikan bekanan susunya buat Vea mencukupi.
” Saya akui dahulu masa lepas bersalin saya stress kerana susu saya sikit. Sebenarnya ketika awal mengandung lagi saya diajar oleh kawan baik saya untuk set kan minda hendak menyusukan anak. Jadi itulah yang saya buat sepanjang tempoh sembilan bulan. Tapi bila Vea lahir susu saya sikit pada permulaannya.
Saya stress yang amat sangat ketika itu sampaikan saya jumpa doktor untuk bertanyakan hal ni. Rupanya lama-kelamaan bila sentiasa dipam barulah susu saya makin banyak. Dan kini alhamdulillah susu saya semakin banyak.
Pada saya nak menyusukan anak ni kita perlukan sistem sokongan yang betul dari semua segi. Bukan sahaja dari segi peralatan, bahkan emosi juga perlu sentiasa positif dan fikirkan banyak susu. Orang-orang sekeliling seperti suami juga kena banyak bantu dari segi pengurusan masa dan sebagainya. Insyaallah penyusuan jadi lancar.”
Kredit: @syakirinhusnal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti cantik jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya seorang yang simple dan sukakan kesederhanaan sejak dahulu. Apa jua yang digayakannya, jarang sekali dilihat berlebih-lebihan.
Begitu juga dengan sambutan hari lahir anak keduanya, Yusof Leonne atau nama manjanya, Yeop yang kini berusia lima tahun.
Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan sambutan hari lahir ke lima yang disambut cukup sederhana.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya gaya ringkas Lisa dengan hanya berbaju kelawar namun tetap cantik dan kemas. Begitu juga dengan anak-anak dan suami.
“Uncle Reza tolong buatkan reels simple celebration untuk birthday Yeop 🙂 untuk kenangan.
“Most of us dah pakai baju tidur dah. Kalau celebrate waktu siang, terliur jugak kang tengok cake ngan pulut kuning tu,” tulisnya berkongsi.
Malah menurut kata Lisa juga, anak keduanya itu begitu gemarkan haiwan dinosaur dan tidak hairanlah tema kek dipilih berdasar haiwan kegemarannya itu.
“Nanti besok-besok boleh tengok balik, haaa cam ni la Yeop punya obsessed dengan dinosaur,” tulisnya.
Menerusi satu entri, Lisa dan Yusri turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir anak kesayangan mereka.
“Kintan Mummy dah 5 tahun.
“Happy 5th birthday Yusof/Adik/Yeop/Kintan/Leo. We love you so much ❤️,” tulis Yusri pula di Instagram.
Dalam pada itu, gaya sederhana keluarga kecil ini menyambut hari penuh makna ini pastinya mendapat perhatian ramai. Hanya berbaju kelawar, begitu juga dengan anak-anak yang sudah lengkap dengan baju tidur.
“Relax je mommy pakai baju kelawor, takde nak berhias sangat. Tetap lawa & tutup aurat. ❤️ Sanah helwah Yeop, moga Yeop mmbesor dengan sihat & jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat, aaamiinn YRA.”
“Suka keluarga ni. Sederhana.”
“Alhamdulillah sejuknya mata tengok family ni. ❤️Happy birthday little boy.”
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.