“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang. “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama. “Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak? Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
Ads
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Ads
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, dikongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
Ads
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tatkala anak beroleh keputusan cemerlang di sekolah, ibu bapa tentunya memainkan peranan penting. Pelakon Nadia Nisaa kongsi 4 tips mendidik anaknya, Omar.
Omar, 7 tahun di katakan ibunya mempunyai personaliti yang playful, mudah terganggu tumpuan dan sebagainya. Nadia turut berkongsi tentang bagaimana dia mendidik.
#1: Mesti kena ada strategi dan taktik bagi anak yang playful, mudah distracted & banyak alasan untuk tidak belajar.
#2: Tidak boleh putus asa atau give up.
#3: Mesti disiplin untuk ulang kaji dan siapkan kerja rumah.
#4: Harus didik, kerja keras dan usaha.
#5: Ibu bapa dan anak ialah satu team, mesti saling memahami.
Para follower mengucapkan tahniah buat Umar, Nadia & suami. Mereka juga menghargai tips yang dikongsikan bekas pengacara rancangan TV Impiana ini. Malah ada yang berkongsi tip aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak extrovert seperti Omar.
Situasi usik-mengusik serta menyakat sebenarnya adalah situasi yang biasa berlaku dalam kalangan keluarga, lebih-lebih lagi bila lama tak jumpa. Ada saja yang tua nak sakat si anak muda kan?
Tapi ada juga situasi sakat-menyakat yang membuatkan seseorang itu tidak selesa malah terkesan dari segi emosi terutama kanak-kanak. Memang comel dapat menyakat anak kecil, tapi kalau gurauan yang keterlaluan boleh memberikan kesan marah dan benci dalam diri seseorang.
Sebahagian orang, buat orang lain terhibur dan ceria dengan usikannya. Nada suara, mimik muka dan bahasa tubuhnya buat orang sekeliling yang menonton atau terkena usikannya rasa senang hati dan mesra.
Sebahagian yang lain pula, melawak tak kena cara dan gaya. Jadi menyakitkan hati dan menjengkelkan pula. Sampai budak-budak kecil yang suci murni dan naif pun jadi mangsa.
Ibubapa nak tengok saja kah? Rasa serba-salah nak menegur tukang lawak yang mungkin lebih tua atau ahli keluarga sendiri? Tapi, kalau dibiar, anak sendiri pula asyik jadi bahan…macam mana ni?
Macam mana nak buat jika anak anda berada dalam situasi ‘toksik’ ini? Jom ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi.
Makanya, nak mengusik dan melawak biar ada batasnya walaupun dengan anak kecil okay!
Kredit: ✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda dan pasangan tertanya-tanya semasa awal kehamilan, nanti anak keluar ikut muka siapa ya? Jika soalan ini yang ditanya biasanya akan ada sedikit perbezaan pendapat.
Bukan apa masing-masing mestilah nak juga anak ikut muka suami atau isteri. Ada tu yang cakap, ibu dah bawa 9 bulan dalam perut mestilah muka kena ikut ibu.
Sebenarnya anda dan pasangan tak perlu pun nak tentukan anak kita tu ikut genetik siapa. Sebab kedua-dua kromosom anda dan pasangan dah bercantum semasa proses persenyawaan. Jadi adillah jika muka ikut ibu, perangai pula ikut ayah.
Apa yang penting anak yang dilahirkan itu sihat dan membesar menjadi anak yang bijak pandai. Asalkan didikan yang kita berikan pada mereka sempurna, maka itulah anak kebanggaan kedua-dua ibu bapa.
Ok nak tahu antara ibu dan ayah, siapakah yang menentukan genetik bayi ini yang perlu anda tengok. Lepas ni semua boleh faham.Ada beberapa bahagian anggota badan yang bayi kita akan mengikut genetik ibu dan ayah. Antaranya di bahagian mata, telinga,hidung, ketinggian, kecerdasan dan perangai.
Jadi kiralah adil la kan anak-anak kita ambil serba sikit genetik ibu ayah.Namun demikian ibu sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembawakan genetik kepada anak dan perkara itu dapat dilihat melalui perkembangan hubungan antara anak dan ibu itu sendiri.
Jangan risau setiap anak-anak kita memang dah ada keistimewaan dan kepandaian masing-masing. Peranan ibu ayah yang akan menentukan kejayaan anak di masa hadapan.
Perkara baik yang kita ajar, maka membesarlah anak menjadi anak penyejuk mata hati orang tua.