Geramnya apabila si manja asyik merengek dan susah hendak tidur waktu malam. Sudah pelbagai cara menidurkan bayi dicuba, tapi hasilnya mengecewakan.
Zaman kini, ramai pula ibu bapa yang melaburkan duit untuk mainan gantung di katil bayi. Ramai yang berkongsi maklum balas mengenai mainan tersebut.
Namun sejauh manakah mainan gantung di katil bayi membantu si manja anda nyenyak tidur? Jom, kita kupas isu ini bersama-sama!
Apakah itu mainan gantung?
Mainan gantung mobil bayi lebih daripada sekadar benda comel yang tergantung di buaian atau katil bayi.
Mainan ini bukan sahaja dapat menenangkan si manja anda, tetapi juga merupakan salam satu cara merangsang perkembangan otak bayi anda.
Betul ke mainan gantung cara menidurkan bayi yang berkesan?
Tidak ada kajian yang menyokong atau membantah penggunaan mainan gantung untuk menidurkan bayi.
Namun, pelbagai pendapat ibu bapa boleh dilihat di laman web yang berkaitan dengan keibubapaan.
Ada yang memberi tindak balas positif di mana mereka merasakan mainan gantung yang sesuai untuk masa tidur dapat membantu si kecil tidur dengan cepat dan lena.
Sungguhpun begitu, ada juga ibu bapa dan blog keibubapaan yang beranggapan ia boleh mengganggu atau melambatkan masa tidur bayi.
Ads
Bertentangan dengan kepercayaan popular, mainan gantung mobil bayi tidak bertujuan untuk membantu bayi tidur. Tujuan utamanya adalah untuk merangsang perkembangan otak dan saraf.
Kelebihan mainan mobil bayi
1. Rangsangan visual
Apabila mata bayi mengikut pergerakan mainan gantung, ia membantu menguatkan otot yang mengawal pergerakan mata. Rangsangan yang kerap akan membantu otot-otot tersebut berkembang lebih baik.
2. Kawalan kepala yang lebih baik
Apabila bayi anda semakin membesar dan berjaya mengawal kepalanya, bayi akan mula mengikuti pergerakan mainan gantung dengan memusing atau mengangkat kepalanya.
Otot yang mengawal pergerakan kepala akan menjadi lebih kuat dengan tindakan ini.
3. Penyelarasan tangan-mata
Sekitar usia 3 bulan, bayi anda akan mula mencapai mainan gantung, dan mula belajar mengawal pergerakan tangan mereka.
Dalam tempoh tersebut, penglihatan bayi anda telah meningkat sehingga pandangan matanya dapat mengikuti objek bergerak di mainan tersebut.
4. Kesedaran ruang
Mencapai mainan gantung juga membantu mata bayi anda memahami kedalaman, manakala otak akan memahami konsep jarak. Hal ini akan membantu perkembangan bayi dari segi kesedaran ruang.
Ads
Mempunyai mainan mobil yang berlainan dan menarik perhatian lebih bagus untuk perkembangannya.
Walaupun begitu, ia sepatutnya dikeluarkan daripada buaian atau katil bayi sekitar 5 bulan, usia di mana bayi anda mula banyak bergerak.
Rahsia cara menidurkan bayi yang mujarab
Menidurkan bayi bukannya kerja yang mudah. Kajian menunjukkan sekitar 25-50% bayi akan terbangun selepas tidur beberapa jam.
Mungkin anda boleh cuba beberapa cara menidurkan bayi ini dengan si comel anda ya!
1. Ketahui tanda-tanda bayi anda mengantuk
Sebilangan bayi akan merengek atau menangis ketika mereka letih, sementara yang lain akan menggosok mata, termenung atau menarik telinga mereka.
Bayi anda akan cepat dan mudah lena sekiranya anda memahami tanda-tanda dia mengantuk dan menidurkannya selepas itu.
Ads
2. Menyediakan jadual tidur harian
Bayi akan tidur nyenyak apabila mereka mempunyai waktu tidur dan bangun yang konsisten. Selain itu, mengurangkan tidur siang tidak akan mendorong bayi anda untuk tidur lebih awal pada waktu malam.
Sebaliknya, ia akan mengakibatkan keletihan dan bayi akan lebih susah untuk lelap.
3. Menghasilkan rutin tidur
Ibu ayah, cuba untuk wujudkan rutin waktu tidur yang konsisten, merangkumi aktiviti yang tenang dan menyeronokkan untuk bayi anda.
Pastikan rutin yang anda laksanakan seiring dengan peningkatan umur bayi anda.
Sebagai contoh, membaca buku untuk bayi sebelum tidur, menyanyi atau memandikan si manja sebelum tidur.
Ingatlah, elakkan memberi makanan kepada bayi anda hampir dengan masa tidur mereka selepas berumur 6 bulan.
4. Sediakan persekitaran tidur yang sama
Pastikan persekitaran bilik tidur anak anda sama pada waktu tidur sepanjang malam. Bayi menjadi lebih selesa jikalau terdapat rutin dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, si manja anda juga akan tidur lebih nyenyak di dalam bilik yang gelap, sejuk dan tenang.
Konklusi
Belum ada kajian yang membuktikan keberkesanan mainan gantung mobil bayi dengan corak tidur mereka.
Walaupun begitu, ingatlah bahawa setiap bayi berbeza sifat dan interaksi terhadap persekitaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan orang dewasa sahaja stres tapi sebenarnya bayi juga boleh stres. Tapi kerana bayi masih belum boleh bercakap, dia akan meluahkan rasa stresnya melalui tangisan.
Sebagai ibu bapa kena tahu jenis tangisan anak agar mudah untuk mengendalikan situasi saat anak menangis. Mungkin di sebalik itu juga kita boleh cari sebab dan kemudian selesaikannya.
Cara ini bukan sahaja dapat menenangkan anak dengan cepat tetapi kita juga tidak tertekan menghadapi saat ini.
Antara tanda bayi stres yang perlu diketahui oleh ibu bapa adalah:
1) Meragam Dan Menangis
Menangis adalah isyarat paling mudah bila bayi anda rasa tidak selesa. Semakin kuat dan lama tangisannya, menandakan dia semakin stres.
2) Murung
Biasanya ceria dan lincah tetapi bila diajak main semua mainan dicampakkannya. Bab kata orang tua semua benda tak kena. Jadi ibu bapa kena faham dan layan sebaiknya bagi mengembirakan anak.
3) Tidur gelisah
Biasanya bayi sangat memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan yang baik. Tapi, ibu bapa kena perhatikan jika bayi kerap tidur dalam keadaan gelisah dan tidak nyenyak bermakna ada yang tak kena pada dirinya. Terlebih dahulu cuba periksa sama ada anak buang air besar atau pampersnya basah. Selain itu, mungkin juga kerana lapar. Jika dibiarkan ini antara punca bayi akan menangis tengah malam.
4) Tidak Mahu Makan
Stres juga boleh menyebabkan anak yang dah mula belajar makan jadi susah nak makan sehingga berat badannya berkurang. Ibu kena cepat tangani masalah ini supaya ia tidak berlarutan dan akan jadi punca anak memilih makan apabila semakin besar.
5) Tak Boleh Berenggang.
Bayi jadi sukar untuk berpisah dengan ibunya. Biasanya tak jadi masalah bila ibu tak ada di sisinya. Kini jika anda tinggal sebentar saja pun dia menangis.
Punca Yang Menyebabkan Bayi Stres:
– Keinginan anak tidak dipenuhi dengan sempurna. Mungkin ketika anak lapar atau haus anda tidak segera memberinya makanan atau minuman. Sikap tunggu sekejap perlu dielakkan kerana anak belum faham lagi situasi ibu. Jadi tolong peka mengenai hal ini.
– Sentiasa di tinggalkan sehingga anak kurang perhatian juga boleh jadi penyebabnya. Walaupun anak tak boleh meluahkan perasaan lagi tapi dia tahu mengenai ibu bapanya.
– Rasa sakit dan tidak selesa. Bayi tidak dapat menyatakan bahagian mana dia rasa sakit atau tidak selesa. Bila ibu bapa atau pengasuh tidak boleh kesan punca sakitnya, bayi boleh stres.
– Ayah dan ibu bertengkar. Bayi boleh tahu keadaan emosi ibu bapanya. Dia boleh merasakan situasi tegang dari ekspresi wajah dan nada bicara yang tinggi dan keras.
– Ibu stres menyebabkan bayi pun stres, kerana cara menangani bayi akan menjadi tidak tenang. Bayi dapat merasakan tekanan otot saat digendong, ekspresi wajah dan nada suara ibunya.
– Bertukar pengasuh dalam waktu singkat. Ini akan menyebabkan anak rasa tak selesa dan menangis sebelum dapat menyesuaikan diri dengan pengasuh baru.
Oleh itu, sebagai ibu bapa peka dengan setiap perubahan bayi anda dan tanganinya sebaik mungkin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa akui, jika anak diberikan HP, Ipad atau menonton televisyen senang kerja menguruskan anak-anak. Lagipun bila keluar pergi restoran, berjalan rumah saudara mara anak akan duduk diam. Secara tak langsung mudah untuk kawal tingkah laku anak.
Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.
Kenapa? Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek.
Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Jadi ingat ya ibu bapa ayah, apa-apa yang kita buat biarlah berpada-pada. Jika tak perlu, jangan kita pula yang galakkan anak.
Begitu juga perkongsian dari Doktor Pediatrik, Dr Anayasmin Azmi dimana depan matanya seorang ibu sanggup ‘gula-gula’ bayi baru usia 3 bulan dengan HP.
Semasa ‘morning round’, terlihat la seorang bayi 3 bulan, baring mengiring, dan diletak handphone dalam 10cm depan muka baby. Maknya berbual dengan ibu di sebelah katil.
Selepas periksa anak tu, saya terangkan pada ibu, bayi ni kecil sangat lagi, dia perlukan rangsangan dari pergerakan dan sentuhan. Kalau ibu senyum dan ‘sembang’ dengan baby lagi banyak manfaat.
Beri baby tengok HP, sebenarnya sangat tak baik untuk otak yang tengah pesat nak berkembang. Lagipun kenapa nak bagi baby tu tengok HP, meniarap pun dia belum pandai.
Dia tak menyusahkan pun, dia bukan berlari sana sini kacau orang. Dia terbaring saja pun, mak mengangguk.
Baru sekejap kami berlalu, dia sambung beri anak HP. Kami hanya boleh terangkan, selebihnya anak itu di tangan ibu ayah. Jangan biarkan bayi yang suci menjadi ‘crancky’. Kan mak ayah yang mewarnakan anak. Menyesal kemudian tidak berguna, terpulanglah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Comel sangat, Chantiq junior ni. Bam bam pulak tu!” Itu antara komen peminat yang melihat wajah anak keempat Johan dan Ozlynn yang dilahirkan 3 Syawal lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, pasangan terbabit turut memohon maaf apabila membuat ramai pihak tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Ozlynn atau nama penuhnya, Rozlinawaty Ismail sebelum ini.
Dalam kapsyen yang ditulis, pasangan ini memberitahu bayi yang dilahirkan sihat dengan berat 3.9 kilogram. Mereka juga turut berkongsi wajah puteri kedua.
Apa yang menariknya, Johan antara ayah yang cukup sempoi. Video yang dimuat naik menunjukkan Johan sedang meriba dan mendodoikan anaknya sambil bermain piano.
Pasangan ini juga memaklumkan, mereka belum bersedia menerima kunjungan tetamu kerana mahu memberi ruang kepada Ozlynn untuk berehat.
“Saya mahu Ozlynn berehat puas-puas memandangkan dia perlu menjaga sendiri bayi kami. Maklum, kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya dilakukan sendiri.
“Bukan tidak mahu terima kunjungan tetamu, tetapi berilah ruang untuk Ozlynn berehat dahulu seminggu dua. Dia perlu membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih lagi kecil. Harap semua pihak faham.
“Insya-Allah, apabila Ozlynn sudah bersedia nanti, datanglah ke rumah,” kata Johan.
Johan atau nama lengkapnya, Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq serta Cantiq.
Sumber: instagram jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...