Objek kecil yang ada pada permainan antara barang berbahaya pada anak kecil kerana berisiko tertelan hingga boleh meragut nyawa.
Biasanya barangan itu mudah dikutip oleh anak seawal usia 8 bulan hingga mencecah 5 tahun termasuk wang siling yang dibiarkan bersepah di lantai. Ini kerana anak kecil sering tertarik dengan objek berkenaan dan memasukkannya dalam mulut.
Dalam fasa ini, normal untuk anak kecil kerana sifat ingin tahu yang tinggi tanpa memahami kesan disebaliknya.
Perkongsian dari Puan Syaza Yasmin mengenai anaknya yang berusia 10 bulan hampir tertelan mainan ketika memasukkannya ke dalam mulut sehingga wajahnya bertukar kebiruan boleh dijadikan peringatan bersama.
JANGAN AMBIL MUDAH PERMAINAN ANAK-ANAK YANG ADA WARNING CHOKING HAZARD
Mama sangat memilih permainan Maryam. Setiap kali beli mama akan perhati saiz permainan satu persatu. Kadang tak tengok pun warning Chocking Hazard ni sebab tengok saiz permainan pun mama tau permainan tu sesuai atau tidak dengan Maryam.
Tapi Allah nak tegur mama. Taksemua benda boleh ambil mudah. Baru ni kami balik kampung naik bas. Disebabkan naik bas, jadi takbanyak barang yang dibawa. Permainan Maryam yang dibawa pun hanya soft toys animals yang Maryam dah bosan pun agaknya.
Di rumah maktok Maryam, Mama keluarkan permainan yang mama beli dan simpan lama dulu sebab taksesuai untuk Maryam. Mama tau permainan tu ada sign 3+ yang bermaksud, permainan tu sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas dan ofcoz Maryam taksesuai. Jadi mama asingkan bahagian2 permainan yang mama rasa berisiko untuk Maryam tercekik. Again, mama dah asingkan.
Semalam, sambil menunggu Zohor dan menunggu masa untuk balik ke KL, mama abah baring berehat2 sambil Maryam main dengan permainan dia. Maryam takjauh dari kami, betul2 sebelah kami. Tapi mungkin mama abah terleka dengan handphone masing2 ?.
Tanpa kami sedar, Maryam masukkan permainan dalam mulut dia dan permainan tu stuck dalam mulut Maryam. Maryam takboleh keluarkan sendiri permainan tu.
Mungkin Maryam rasa sukar bernafas, dia datang kat mama, exactly atas perut mama. Mama nampak permainan tu dalam mulut Maryam. Masa ni Maryam dah start muntah. Mama cungkil permainan tu keluar dan Maryam muntah lagi. Sempat lagi mama bebel, “Tula, kan mama kata jangan masukkan dalam mulut.” ?
Taklama lepas tu Maryam menangis yang tanpa suara (kami sebut selak). Kami rasa biasa sebab Maryam selalu selak. Tapi kali ni tempohnya sangat panjang, dan muka Maryam start biru, sebiru-birunya. Abah Maryam kata waktu ni mata Maryam perlahan-lahan mula tutup. Allahuuu.
Abah condongkan badan Maryam dan MakTok tepuk2 belakang Maryam, akhirnya Maryam tersedar dan menangis sekuat-kuatnya. Allahu. Syukur, alhamdulillah. Bila Maryam dah start menangis, mama tau Maryam dah mula ok.
Saat mama taip ceritakan ini semula, mama takboleh tahan air mata. Betapa Allah bagi lagi peluang ketiga untuk mama perbaiki kesilapan mama dalam jaga Maryam.
Please mommies, beware. Walaupun kita tau saiz permainan tu dah selamat. Tapi kalau dah ada warning choking hazard 3+ ni takpayah la cuba2 pandai bagi kat anak bawah 3 tahun. Lagi2 anak seusia Maryam yang berada dalam fasa masukkan semua benda dalam mulut untuk belajar.
Dan kena tahu, choking bukan hanya bermaksud tercekik yang permainan itu stuck dalam kerongkong baby saja, tapi mungkin stuck dalam mulut baby.
Allahu, syukur semuanya selamat. Taksampai 10 minit selepas kejadian tu, Maryam dah boleh bermain semula. Boleh lagi pergi ambil barang lain masuk dalam mulut. Bertuah betul anak mama sorang tu.
Sumber: Syaza Yasmin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI