Kebanyakan ibu bapa akan memilih jajan untuk diberikan kepada rakan anak-anak setiap kali ada majlis yang diraikan. Tak kiralah gula-gula, keropok, jeli atau sebagainya. Budak-budak memang suka tapi nilai khasiatnya memang tak ada.
Banyak lagi makanan berkhasiat atau cenderamata boleh digantikan untuk bagi anak-anak kecil gembira. Asalkan kita kreatif.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Ahmad kenapa makanan ringan ini tak elok untuk anak dan sebolehnya jika boleh elak, baik elakkan.
Hadiah dari jiran sempena hari jadi anaknya yang ke-2 tahun. Untuk pengetahuan semua makanan ini tiada nilai nutrisi, tinggi gula, bahan pengawet, pewarna. Jika anak-anak mengambil makanan ini secara berterusan terutama kepada kanak-kanak bawah 3 tahun ia memberi kesan kepada IQ mereka. Kesan yang ketara anak-anak akan ‘ketagih’ dan akan tantrum jika makanan ini tidak diberikan.
Tiga tahun adalah fasa perkembangan otak kanak-kanak secara progresif. Fasa ini otak mereka perlukan makanan yang berkhasiat dan padat nutrisi. Contohnya nasi bersama ikan, ayam dan sayuran.
Kesan jangka masa panjang pula jika berterusan. Boleh menyebabkan obesiti, kencing manis, masalah jantung dan juga kanser.
Jadi kepada ibu bapa berusaha untuk membesarkan anak-anak tanpa jajan, gula-gula, air gas perasa dan pewarna tiruan. Carilah kudapan yang lebih sihat tanpa gula dan garam.
Fahamkan juga kepada anak pentingnya air masak. Salah satu punca sembelit disebabkan kurangnya anak-anak minum air masak. Fahamkan anak pentingnya sayuran hijau,buahan,kekacang untuk bina imuniti (tentera untuk lawan penyakit) . Untuk bagi makanan kepada bakteria baik dalam usus. (sumber, prebiotic mineral& micronutrients)
Alhamdulillah hasil dari usaha saya. Anak tidak meminta untuk makan, dia hanya pegang dan main sahaja sehingga pulang ke rumah. Saya simpan makanan segera ini untuk kajian saya.
Saya tidak buang dalam tong sampah, ia hadiah dari jiran@sahabat kita pandai-pandailah apa yang kita boleh buat. Jangan lihat apa yang mereka beri, tapi lihatlah siapa yang memberi.
Sumber: Muhammad Ahmad