Bagi menghargai kesabaran mak ayah mendidik anak-anak istimewa atau kurang upaya (OKU) atau pemilik kad OKU itu sendiri boleh memohon untuk mendapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ini merupakan salah satu kelebihan kad OKU yang masih ramai tidak tahu.

Perkongsian seorang ibu yang berkongsi mengenai hal ini dan cara-cara untuk memohonnya boleh dijadikan panduan buat semua. Jangan ketinggalan!

Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Panduannya, Rugi Tak Buat!

Untuk ibu bapa semua, ini merupakan salah satu kelebihan jika anda daftar untuk kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu boleh dapat road tax JPJ secara percuma! Pengalaman saya melalui proses buat kad OKU ini dengan JPJ Bangi hanya 15 minit sahaja, pantas!

Apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman adalah:

1. Terus saja pergi JPJ negeri/cawangan.

2. Pastikan anda tahu siapa pewaris sebenar untuk anak-anak OKU sama ada ibu atau ayah. Macam dalam situasi saya, saya adalah pewaris Dilan, ibu.

3. Muat turun aplikasi JPJeQ sebelum pergi ke cawangan JPJ. Anda memerlukan aplikasi ini untuk imbas kod QR di kaunter JPJ bagi mendapatkan nombor giliran. Untuk OKU, ibu hamil dan warga emas, akan ada laluan khas untuk proses lebih cepat.

4. Pastikan bawa siap-siap salinan IC/MyKid anak OKU walaupun tiada dalam senarai dokumen perlu dibawa.

5. Waris perlu pastikan anak-anak dah ada kad fizikal OKU sebelum mohon dengan JPJ ini. Kalau masih dalam proses atau belum dapat kad OKU secara fizikal, pihak JPJ tidak akan terima sebarang permohonon untuk dapatkan road tax percuma ini.

Ads

6. Penting untuk anda tahu bahawa kalau kereta nama waris, kena sama nama waris OKU tau. Contoh: tak diterima kalau kereta nama ayah tapi waris rasmi dalam sistem JKM ialah ibu. Boleh semak dekat JKM nama waris ini juga.

Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Panduannya, Rugi Tak Buat!

Dokumen perlu dibawa:
1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

Ads

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Syarat permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu.

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Ads

kelebihan kad oku
Foto: Harian Metro (contoh kad OKU)

*Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya!

Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: X @skinnyondinie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI