Mak ayah bagi anak main dulu sebelum usia 7 tahun, bukan paksa belajar, rugi terlepas fasa ini. Dalam dunia yang semakin kompetitif, ramai ibu bapa merasakan bahawa anak-anak perlu memulakan pembelajaran formal seawal mungkin untuk memastikan mereka berjaya di masa depan.
Fenomena ini membawa kepada kebimbangan yang semakin meningkat apabila kanak-kanak seawal usia 3 atau 4 tahun sudah dihantar ke kelas tambahan, tadika yang fokus kepada akademik, dan program-program pengayaan. Namun, pendekatan ini sebenarnya boleh merugikan anak-anak dalam jangka masa panjang jika aspek perkembangan yang lebih penting seperti bermain diabaikan sebelum usia 7 tahun.
Fasa bermain ini bukan sahaja penting dari segi keseronokan semata-mata, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif, sosial, dan emosi kanak-kanak. Oleh sebab itu ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak belajar terlalu awal dan mengapa bermain sebelum usia 7 tahun adalah fasa yang tidak boleh dilepaskan.
Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.
Berikut antara perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.
Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Jadi bagilah anak main puas-puas!
Kredit: Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)
Baca artikel lain juga: Cara Bantu Anak Tadika Menulis Cantik Dengan Bermain, Bukan Hanya Paksa Belajar!
Anak Bawah 7 Tahun Tak Perlu Di Paksa Belajar. Waktu Ini 70% Masanya Bermain, 30% Masa Belajar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my