Semuanya bermula dari rumah. Bukan hanya ilmu keagamaan, adab dan sivik, bahkan soal kebersihan dan kesihatan diri pun penting untuk kita terapkan pada anak kita diusianya ketika masih bayi.
Mak ayahnya segala input ini diperolehi. Maka jangan lokek untuk berkongsi segala ilmu kebaikan buat anak kita. Pentingnya untuk kita beritahu anak bahawa mengambil makanan manis atau membuang sampah misalnya adalah tidak wajar dan patut dielakkan. Barulah anak faham dan apabila dia besar kelak, ilmu ini dibawanya bersama.
Jangan lokek mendidik anak sejak anak lahir. Inilah tanggungjawab kita, barulah ia mampu menjadi pelindung bila anak berdepan dengan dunia luar kelak. Inilah yang dikongsikan oleh Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan.
Waktu melipat kain dalam bilik tadi, saya perasan pintu rumah dibuka tutup berkali-kali. Anak-anak berlari keluar dan masuk.
Telinga saya menangkap bunyi yang suspicious. Macam bunyi bekas gula-gula dibuka dan ditutup berkali-kali.
“Tak boleh makan banyak. 3 je cukup. Nanti gigi rosak.”
Sah! Diorang dah jumpa bekas gula-gula yang saya sorok kat atas almari. Terus saya berlari keluar bilik. Mencicit anak-anak lari ke luar rumah.
Ads
Tapi Aqlan tak sempat. Dia dah tersadung depan pintu. Dengan senyuman kantoi, dia cakap kat saya,
Kata saya. Geram juga rasa. Mana pulak dia tau tempat simpan gula-gula!
Ads
Tapi yang leganya, diorang berpegang pada 2 peraturan : 1) Anak-anak tau peraturan max gula-gula hanya 3 biji sehari (tanpa tambahan makanan ringan lain).
2) Diorang tak buang sampah merata-rata. Sanggup balik semula ke rumah semata-mata nak buang sampah plastik gula-gula.
Alhamdulillah tak sia-sia saya pesan berkali-kali dari kecil tentang bahaya makan benda manis belebih-lebihan. Dan betapa buruknya sikap buang sampah merata-rata ni.
Ammar pernah sound seorang kakak sebab buang sampah dalam longkang. “Inilah penyebab nyamuk eades!” kata dia. Sebijik ikut cara mak dia cakap.
Ads
Saya sangat percaya pada peranan mak ayah sebagai guru pertama anak-anak. Sebab tulah kita kena sentiasa pesan pada anak.
Ajar anak tentang : – ilmu agama – adab – sivik – penjagaan kesihatan (bahaya gajet, junkfood) – penjagaan maruah diri (untuk elak jadi mangsa seksualiti) – and anything that can and cannot do
Pesanan-pesanan macam nilah yang sedikit sebanyak jadi filter bila anak berdepan dengan dunia luar. Kita pernah jadi kanak-kanak. Kita tau betapa kuatnya pengaruh rakan-rakan, kan.
Tapi ingat. Makin banyak kita pesan, makin banyak kita tunjuk teladan, makin tebal filter untuk lindung anak-anak dari ikut pengaruh yang bukan-bukan.
Iya anak-anak ini kuat dengan sifat suka meneroka. Terlalu banyak melarang pun boleh buat mereka hilang keberanian. Tapi, kalau kita biarkan mereka meneroka tanpa hala tuju dan tanpa sempadan, bimbang juga tersontot di tempat yang salah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem, kita gemar mengunyah bertih jagung. bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak-anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini.
Tahukah anda, tabiat itu sebenarnya bahaya apatah lagi jika bertih jagung diberikan kepada anak yang berusia lima tahun ke bawah?
Satu insiden buruk telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang diberikan bertih jagung oleh ibunya didapati tercekik makanan ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Nicole Johnson Goddard melalui statusnya di laman Facebook.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang membuka mata kerana tidak ramai yang tahu bahaya bertih jagung terhadap anak kecil. Kami menonton filem pada Sabtu lepas dan makan bertih jagung seperti yang selalu kami lakukan. Saya tidak berfikir dua kali ketika memberi bertih jagung kepada Nash. Nash ada tercekik sedikit ketika makan tapi dia nampak baik saja. Kami tak nampak apa-apa yang keluar dari mulutnya, jadi kami fikir semuanya elok. Apa yang kami perhatikan, dia sering terbatuk selepas itu.
Esoknya, dia masih elok saja tetapi saya perasan bunyi batuknya agak pelik. Itu yang membimbangkan saya. kemudian Nash nampak seperti kepanasan dan mula meragam. Saya dapati dia demam dan saya berikan dia ubat. Selepas itu, saya tidurkan dia. ketika tidur, saya dapati nafasnya lain macam.
Saya terus hubungi pakar kanak-kanak yang kami biasa dan beritahu padanya yang Nash harus diperiksa segera. Kami bawa Nash ke hospital dan doktor menjalankan ujian X-ray terhadapnya. Dia nampak seperti tidak suka dengan apa yang dia lihat, jadi dia jadualkan untuk buat pembedahan Bronchoscopy. Kami terus diterbangkan ke Denver untuk menjalankan prosedur itu. Saya menangis sepanjang dia dibedah.
Kata doktor, dia tercekik bertih jagung dan ia tersekat di paru-parunya. Hal ini menyebabkan Nash mengalami pneumonia pada paru-paru kiri. Doktor juga memberitahu mereka dapat mengeluarkan enam ketul bertih jagung ketika pembedahan. untuk memastikan mereka berjaya mengeluarkan kesemua bertih jagung itu, doktor terpaksa menjalankan prosedur yang sama selama dua hari.
Apabila para doktor sudah yakin Nash pulih, kami dibenarkan untuk membawanya pulang. Sememangnya pengalaman ini umpama menaiki roller coaster. Nash sememangnya anak yang kuat dan dia pulih dengan cepat.
Kalaulah saya tidak mempercayai naluri keibuan saya, dah tentu penyudahnya lebih teruk. Saya juga diberitahu bahawa bertih jagung tidak sesuai diberikan kepada anak kecil berumur lima tahun ke bawah. Saya benci untuk menggunakan alasan yang dia merupakan anak ketiga kami jadi saya terlepas pandang dan tidak peka dengannya.”
Ada masanya, perkara remeh boleh menjadi pengajaran kepada kita. Setiap hari kita mencuba yang terbaik untuk berikan keselesaan kepada anak-anak. Tidak pernah kita sangka, bertih jagung boleh mendatangkan kemudaratan seperti itu sekali kepada anak kecil. Maka, beringatlah dan pastikan anda pilih snek lain yang lebih sihat ketika menonton filem bersama yang tersayang.
Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini. Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki.
Hubungan seorang ayah dengan anak perempuan memainkan peranan penting kepada perkembangan anak sehingga dewasa.
Biasanya anak perempuan juga menjadikan ayah adalah hero pertama yang mereka cintai dan kagumi sejak kecil lagi. Maka pentingnya ayah memainkan peranan penting mempamerkan imej dan karektor yang positif di mata anak.
Perkenalkan Allah Dan Rasul Pada Anak
Menyedari berat tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan,33, turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau pada masa depan anak perempuannya.
Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.
Menurut Saharul, sebagai seorang ayah, tanggungjawabnya bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan untuk anak tapi penting untuk perkenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.
Tapi usahakanlah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw,” demikian tulis Saharul dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini pernah berkongsi kisah penghijrahannya mendalami ajaran Islam sehingga ramai terinspirasi untuk mencontohi beliau.
Justeru tidak hairanlah banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya termasuk aspek pendidikan anak-anak, pemilik nama sebenar Muhammad Saharul Ridzwan ini memilih pendekatan memahami Islam sebenar sebagai asas mendidik akhlak dan iman kedua cahaya matanya.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah.”
Bapa kepada Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra ini menyerahkan hanya kepada Allah SWT untuk menjaga dan melindungi anak perempuannya di masa depan selepas segala usahanya memberikan didikan agama berjaya dilaksanakan.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed pada 16 September 2016.
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pula masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Bagaimanapun menurut Dr Suhazeli Abdullah, sebagai masyarakat dan ibu bapa, anda kena bertenang dan ikut langkah pencegahan ini.
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza.
1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga.
2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini.
3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam.
4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada:
1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun.
2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak.
3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya.
4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza.
5. Bakal haji/umrah.
6. Ibu Hamil.
7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita sentiasa bersih.
Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai.
Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk.
Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...