Adalah amat penting untuk kita sebagai mak ayah ada kesedaran untuk memeriksa check list perkembangan anak kita dari usianya sejak lahir hingga enam tahun. Ini bagi memastikan kita dapat menilai samada anak kita lambat perkembangannya atau berada di ‘track’ yang betul.
Public Health Malaysia turut menyenaraikan check list untuk anda semak perkembangan anak kecil anda. Penting ni!
Ibu bapa dan penjaga, tolong lihat check-list perkembangan kanak-kanak.
✔️ Ia memberi gambaran awal tentang perkembangan kanak kanak
✔️ Membantu untuk mengesan sebarang masalah perkembangan
Pengesanan awal adalah PENTING untuk membantu kanak-kanak untuk meningkatkan keupayaan mereka.
Semak carta di bawah ini.
Selepas membuat penilaian, pastikan anda meneliti semula perkembangan anak anda. Jika ada beberapa perkembangan anak tidak mencapainya, akan bolehlah merujuk kepada pengamal perubatan tidak kira samada kerajaan mahupun swasta.
Minta penerangan lanjut mengenai hal ini bagi memastikan anak tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangannya.
Ini panduan untuk anda.
Jangan terlambat, biar kita bertindak lebih awal agar anak menikmati perkembangannya yang sepatutnya.
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!
Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risiko Gusi Bernanah Boleh Berlaku Pada Anak Gigi Rongak. Jika Dibiarkan Boleh Berlaku Komplikasi
Kadang kala anda pasti pernah melihat gigi anak anda rongak di beberapa batang gigi terutama si kecil anda yang suka memakan gula gula dan minuman manis. Anda rasakan perkara ini biasa sahaja kerana anda fikirkan nanti gigi baru akan tumbuh menggantikan gigi rongak tersebut.
Tetapi tahukah anda, gigi rongak jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan terkumpulnya nanah dalam gigi tersebut. Keadaan ini disebut sebagai dental abscess.
Dental abscess boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samada kanak-kanak mahupun dewasa, dan ia adalah satu penyakit yang memerlukan bantuan dan rawatan kecemasan kerana beberapa komplikasinya yang amat serius.
JENIS-JENIS DENTAL ABSCESS
Terdapat beberapa jenis dental abscess tetapi doc tidak akan menghuraikan secara terperinci kerana doc bukanlah orang yang arif tentang gigi, tetapi cukup sekadar maklumat sahaja. (Gambar 1)
- Jenis pertama dinamakan gingival abscess. Gingival bermaksud gusi. Dalam kes ini, anda akan melihat beberapa benjolan kecil di gusi dan bewarna merah jambu kekuningan.
- Jenis kedua dinamakan periodontal abscess. Periodontal bermaksud sekeliling gigi. Pesakit sebegini nanahnya terkumpul di sekeliling gigi yang masih sihat, dan melibatkan struktur di sekeliling gigi sahaja termasuklah gusi dan kawasan sekitarnya.
- Jenis ketiga dinamakan periapical abscess. Penyakit ini biasanya dilihat apabila gigi telah rosak sepenuhnya dan akar gigi sudah mula mereput. Dalam kes ini, nanah akan keluar daripada celahan gigi yang rosak serta berbau busuk.
Ketiga-tiga jenis dental abscess ini boleh berlaku serentak mahupun satu persatu. Oleh itu, jika anda terlihat bahawa terdapat benjolan di gusi ataupon sakit pada kawasan gusi dan sekitar gigi yang sudah rosak, segeralah berjumpa doktor gigi berdekatan.
SIMPTOM DENTAL ABSCESS
- Kerap demam
- Kurang selera makan
- Rasa sakit yang mencucuk terutama apabila menggigit atau menguyah makanan.
- Gigi terasa sensitif terhadap makanan sejuk dan terlalu panas.
- Bau busuk di sekeliling gigi ataupon gusi.
- Benjolan atau bengkak di pipi disertai rasa sakit pada gusi atau gigi.
Oleh itu, untuk anak anda yang belum mampu bercakap, apabila anda melihat si kecil anda tidak ceria, sering demam dan kurang selera makan, jangan lupa untuk memeriksa keadaan gigi dan gusi mereka. Mungkin terdapat bau busuk atau benjolan pada gusi dan gigi anak anda.
PUNCA DENTAL ABSCESS
Seperti yang anda sedia maklum, dental abscess adalah disebabkan pengumpulan nanah pada kawasan gigi ataupon di sekitarnya. Nanah adalah disebabkan oleh kehadiran bacteria yang dibunuh oleh system pertahanan badan. Jika terlalu banyak nanah terkumpul dalam suatu tisu yang tertutup, maka abscess (benjolan nanah) akan terhasil.
- Menyusu botol atau susu badan sehingga lewat malam dan terbawa tidur adalah punca menyebabkan gigi rongak dan mudah haus di kalangan kanak-kanak.
- Menggosok gigi dengan kuat atau menggunakan berus gigi yang kasar dan tidak sesuai adalah salah satu punca gigi boleh rosak dan dimasuki kuman bacteria.
- Tidak menggosok gigi pula akan menyebabkan sisa makanan terlekat di celah gigi dan bercampur pula dengan kuman bacteria maka terhasilnya plak gigi ataupon taik gigi.
- Penggunaan pencungkil gigi yang tidak bersih dan sambil lewa juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan pada gusi sekaligus menyebabkan kuman mudah masuk di celah kawasan luka tersebut.
- Rawatan gigi yang tidak sempurna. Kadangkala setelah anda berjumpa doktor gigi untuk membuang plak gigi (scaling), anda merasakan bahawa gigi anda sudah bersih . Tetapi tekanan kuat sewaktu membuang plak gigi ini juga boleh menyebabkan kecederaan pada tisu gusi anda.
Oleh itu setelah selesai membuat rawatan gigi dan untuk mendapat kesihatan gigi optimum, anda harus lebih menjaga kesihatan gigi anda atau si kecil anda dengan sentiasa menggosok gigi setiap kali 30minit selepas makan.
RAWATAN DENTAL ABSCESS
Seperti yang doc katakan di atas, dental abscess adalah penyakit yang memerlukan rawatan segera, samaada terus ke jabatan kecemasan untuk dirujuk kepada doktor bedah gigi hospital atau berjumpa doktor gigi berdekatan. Doktor di klinik perubatan keluarga seperti doc tidak dapat merawat dental abscess tetapi kami dapat memberikan anda antibiotic dan ubat tahan sakit sahaja.
Bergantung dengan jenis abscess, beberapa kaedah rawatan digunakan.
- Antibiotik makan(Oral). Bergantung dengan saiz abscess dan lokasi nanah tersebut, nanah yang kecil akan kecut atau pecah sendiri setelah mendapat rawatan antibiotic ataupon ubat kumur yang dibekalkan doktor gigi. Untuk kita di Malaysia,antibiotic jenis Augmentin , Unasyn atau Flagyl digunakan.
- Pembedahan kecil (Incision and drainage). Nanah pada gusi yang lebih besar pula memerlukan gabungan antibiotic oral dan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
- Pembedahan (Surgery) Dalam kes periodontal abcess, anda perlu dirawat oleh doktor bedah gigi yang bertauliah untuk membuang nanah sahaja ataupon membuang sebahagian tisu gusi yang rosak di sekeliling gigi tersebut.
- Rawatan salur akar. Rawatan ini dilakukan untuk gigi yang mereput, seperti contoh dalam kes periapical abscess di mana akar gigi dan gigi itu sendiri sudah rongak dan haus sepenuhnya. Rawatan ini melibatkan kos yang agak tinggi dan menyakitkan tetapi kebaikannya anda masih dapat menyimpan gigi anda. Rawatan ini boleh dibuat di klinik gigi swasta atau kerajaan.
- Cabut gigi. Untuk kes dental abscess yang sangat teruk atau berulang, anda tiada pilihan selain mencabut gigi tersebut. Jika satu sahaja gigi yang rosak, anda masih boleh mencabut gigi di klinik gigi berhampiran tetapi jika banyak gigi yang rongak atau rosak, anda harus membawa anak anda berjumpa dengan doktor bedah gigi hospital untuk rawatan lanjut sebagai pesakit luar mahupun sebagai pesakit dalam.
KOMPLIKASI DENTAL ABSCESS YANG TIDAK DIRAWAT DENGAN SEMPURNA
Seperti mana abscess dan kumpulan nanah lain yang tidak dirawat dengan betul, jangkitan kuman bakteria boleh merebak ke seluruh badan.
- Dental cyst. Apabila nanah yang terbentuk sebagai abscess tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan seterusnya membentuk kantung yang boleh membesar dan amat sukar dimusnahkan hanya dengan antibiotic makan. Pembedahan major mungkin diperlukan untuk membuang cyst yang besar dan bernanah di dalamnya.
- Osteomyelitis. Jangkitan yang merebak ke seluruh badan boleh juga melibatkan tulang di sekitar gigi dan gusi seperti contoh tulang rahang(mandible), tulang pangkal hidung(nasal bone) dan tulang pipi (maxilla). Apabila ini berlaku, antibiotic harus diberikan secara dalam pembuluh darah (Intravenous).
- Cavernous sinus thrombosis. Jangkitan kuman dalam darah boleh membentuk gumpalan darah pada satu jaringan pembuluh darah yang besar di bawah otak yang dipanggil cavernous sinus thrombosis. Kawasan ini perlu dibersihkan melalui pembedahan dan antibiotic untuk mengelakkan jangkitan sampai ke otak.
- Brain abscess. Jangkitan kuman di mana-mana bahagian tisu muka dan telinga boleh menyebabkan jangkitan pada otak walaupon sangat jarang berlaku. Dalam keadaan ini, pesakit biasanya akan mula mengalami symptom seperti demam, sakit kepala dan lumpuh atau kesukaran bercakap. Pembedahan otak dan antibiotic sahaja yang dapat merawat komplikasi sebegini selain rawatan Hyperbaric oxygen therapy (HBOT) untuk mengurangkan tekanan dalam otak .
Terdapat beberapa kes yang doc sendiri saksikan di mana dental abscess ini tidak mendapat rawatan sempurna terutamanya apabila dirujuk ke bahagian pesakit luar jabatan kecemasan hospital. Hal ini mungkin kerana dental abscess ini bukan penyakit yang difahami oleh doktor biasa. Akan tetapi untuk doktor gigi, hal ini sangat dipandang serius terutama jika anda atau si kecil sudah mula menunjukkan bengkak di pipi dan kawasan mata.
Oleh itu, jika anda mengalami dental abscess dan terpaksa ke Jabatan kecemasan di hospital, pastikan anda meminta untuk dirujuk ke doktor gigi atau pakar bedah gigi yang bertugas untuk merawat anda dan si kecil.
Disclaimer : Doc bukan doktor gigi dan tujuan doc membuat hantaran ini adalah disebabkan baru-baru ini anak bongsu doc dikejarkan ke hospital disebabkan penyakit ini.
P/s : Tolong doakan juga kesembuhan anak doc yang diserang sawan beberapa kali kerana suhu badan beliau kerap naik mendadak setelah mendapat dental abscess ini.
Harap doa kalian dapat dipanjangkan dan diterima Allah SWT, mengiringi semangat kami sekeluarga dalam menempuh cabaran ini.
Sumber: Dr Muhammad Uwais Al Qorni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak Yang Cerdik
Setiap anak dilahirkan dengan memiliki sifat-sifat yang unik pada diri anak tersebut sahaja. Tidak ada dua anak yang sama dan serupa 100% walaupun seibu dan sebapa. Walau anak kembar seiras sekalipun, mereka memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang berbeza.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak remaja ataupun sudah dewasa, tentu anda perasan ada sifat anak yang dibawa dari bayi sehingga ke remaja ataupun dewasa. Sifat ini bukanlah sifat yang tidak elok tetapi ibubapa perlu memahami sifat tersebut untuk memperelokkan anak dengan sifat semulajadi yang dimilikinya itu.
Ada anak yang ketika kecilnya langsung tidak boleh berenggang dengan ibu. Pantang tidak nampak ibu ataupun tidak bau ibu, maka air mata kasih pun berlinangan kerana mencari-cari si ibu. Apabila tidur, anak ini perlu merasa disentuh dan tersentuh oleh kulit ibu. Emosi anak cepat terganggu jika tiada kelibat ibu ataupun sentuhan ibu. Anak ini bukan mengada, anak ini bukan lembik, anak ini bukannya terlalu bergantung kepada ibu tetapi anak ini lahir sebagai seorang individu yang SANGAT SENSITIF atau ‘highly sensitive child’. Tahun pertama ataupun mungkin hingga tahun kedua usia anak yang ‘highly sensitive’ ini sangat meletihkan bagi si ibu kerana perlu ‘melayan’ anak yang mahu sentiasa didampingi ataupun ‘clingy’.
Sifat sensitif yang tinggi ini tidak semestinya akan menjadi sifat yang negatif dan memudaratkan anak.
Anak-anak yang sangat sensitif ini selalunya adalah anak yang cerdik, ‘articulate’ atau bijak berkata-kata, kreatif, berprinsip, berpendapat, mempunyai kecerdasan emosi dan empati yang tinggi dan suka membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Kazimierz Dąbrowski, seorang psikologis pernah mengaitkan kanak-kanak yang pintar cerdas atau ‘gifted’ dengan sifat keterujaan melampau dari segi emosi atau ‘emotional overexcitability.’ Walaupun mereka sangat bijak dari segi intelektual, mereka memerlukan sokongan emosi yang jitu kerana mereka memiliki sifat sangat sensitif.
Semua ini boleh dibentuk sekiranya ibubapa berusaha untuk memahami sifat semulajadi anak, dan tidak membanding-bandingkan anak yang sudah tentunya berbeza-beza.
Ibubapa juga harus tahu bagaimana untuk menyesuaikan gaya keibubapaan dengan sifat yang dimiliki anak, harus tahu butang manakah pada diri anak yang perlu dipetik supaya anak dapat berfungsi dengan baik, harus tahu bagaimanakah caranya untuk berkomunikasi dan berhubung dengan anak yang sensitif ini agar anak rasa selamat, rasa diperlukan dan rasa bernilai.
Walau bagaimana sekalipun sifat anak yang mungkin memberi cabaran kepada kita, lihatlah dari sudut yang positif dan carilah yang positif agar sifat itu dapat disalurkan ke arah yang positif.
Selain menerangkan tentang ciri-ciri anak yang sangat sensitif dan bagaimana ibubapa dapat membantu anak ini, buku ini juga membincangkan tentang anak yang lebih selesa berada dalam dunianya yang tersendiri, anak yang suka melawan, anak yang tidak memberi perhatian dan anak yang aktif agresif. Anak-anak ini boleh dibantu sekiranya ibubapa berusaha untuk memahami dan membimbing dari usia bayi lagi.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy
Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.
Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.
Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
1. Exclusive Pumping
Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!
2. Kapsyen lucu
Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!
3. Suka berenang
Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.
3. Berdarah seni
Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!
4.Lahir secara caesarean
Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.
5.Roti canai telur goyang
Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.
6. Ada darah keturunan Jepun
Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.
Sumber: Instagram Syeriv Samheizy & Syatilla Melvin
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI