Bukan mudah hendak membesarkan anak kecil. Sejak kecil lagi, sekecil-kecil perkara mengenai adab, kesopanan dalam tutur kata dan sebagainya penting ditunjukkan kepada anak agar anak menjadi seorang anak yang hebat dan baik budi pekertinya.
Jangan berkasar sebaliknya 3 ayat yang mempunyai kuasa magic ini wajib mak ayah cuba pada anak-anak. Menurut Dr Ahmad Lukman Bukhari, anak-anak belajar dan meniru semua perkataan melalui percakapan.
Jadi kitalah yang perlu menggunakan ayat terpuji ini untuk mendidik anak menjadi hebat dengan tinggi akhlaknya pada anak-anak kecil kita.
Biasakan sebut 3 ayat magic ni depan si kecil tu kalau nak dia membesar jadi anak yang hebat.
#1 – Sentiasa ucapkan “Minta Tolong” tiap kali kita nak minta si kecil tu tolong kita buat sesuatu.
Ads
#2 – Rendahkan diri kita untuk sebut “Minta Maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara tu tak disengajakan pun.
#3 – Bila si kecil tu datang bantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita ni sedap, cepat-cepat kita ucap, “Terima kasih sayang sebab tolong ibu.”
Percayalah, Mirror Neuron dalam diri anak-anak kita tu akan membuatkan mereka belajar untuk meniru semua perkataan kita ni bila dah besar nanti.
Ads
Jadi makin kerap kita amalkan 3 ayat ni, makin mudahlah kita nak install communication skills yang sangat luar biasa ke dalam minda anak kesayangan kita tu dan ubah hidupnya jadi individu yang hebat suatu hari nanti.
Lepas baca terus amalkan ye pada anak masing-masing. InsyaAllah anak tu akan membesar jadi penyejuk mata yang berharga untuk dunia dan akhirat kita.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Ads
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Wean off anak susu ibu adalah tugas paling berat dan mencabar bagi seorang wanita yang menyusukan anaknya. Ia memerlukan kerjasama daripada dua pihak iaitu ibu dan anak sendiri.
Ketika proses ini ia akan melibatkan emosi ibu dan anak saling berperang antara rasa sedih, tak sampai hati dan pelbagai lagi perasaan. Hanya kekuatan dan kekentalan hati ibu yang mampu meneruskan proses tersebut hingga berjaya.
Perkongsian melalui proses wean off oleh Puan Intan Dzulkefli diharap bermanfaat kepada ibu-ibu menyusu yang sedang dalam usaha untuk bercerai susu dengan anak yang sudah melewati usia lebih 2 tahun. Semoga berjaya, paling penting ibu kena cekalkan hati!
WEAN OFF ANAK TANDEM NURSING
Alhamdulillah, hari ini masuk minggu kedua proses wean off kakak Maira. Last two weeks birthday anak solehah yang ke-3 tahun, alhamdulillah. Maknanya genap 3 tahun ummi fully bf kakak, sekali tandem dengan adik Insyirah (1y4m).
Sehari dua minggu pertama haritu, mengamuk sakan dia waktu nak tidur bila tengok adik menyusu tapi dia tak disusukan sekali. Menangis, mengamuk, menjerit marah. Memang dia geram sangat ummi tak pedulikannya. Namun, ummi tetap keraskan hati. ‘Maaf kakak, this time, no matter what, my answer will still be NO,’
Hari kedua, ketiga, dia dah tak begitu, dia guna teknik memujuk lembut pula. Pandai dia nak tackle ummi.
Bila kakak Maira pujuk ummi, “ummi tak sayang kakak ke? Kakak kan nak susu ni?”
Ummi pujuk kakak elok-elok, “ummi sayang… tapi kakak dah besar, nak school dah, tak boleh susu ummi dah..” & distract dia dari nak susu, buatlah aktiviti yang melekakan dia.
Ini bukanlah percubaan pertama, bahkan entah berapa kali sejak Maira masuk 2y3m. Paling serius sejak awal tahun ni, bila umurnya menjengah 2y8m atas faktor ummi rasa nak surrender, tak larat dah nak tandem nursing memandangkan fizikal Maira pun dah berat. Kadang unintentionally membuatkan ummi selalu emosi (baca : stress) sebab sakit pinggang, rasa tak selesa. Allah, the struggle is real, the pain is real.
Sampai satu masa, waktu menyusukan anak-anak sambil menangis sebab stress. Terfikir, takkanlah nak sambung lagi sampai Insyirah wean off? Ya Allah… waktu tu Maira dah nak masuk 4 tahun! Allahu.. tak boleh nak imagine.
Wean off bukan untuk menzalimi anak, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sudah cukup haul. Ini pun dah extended contract selama setahun.
Satu hari, ambil masa meluahkan & terus terang dengan suami, heart to heart. Sebelum ni memang selalu bincang bersama, namun kali ni saya lebih clear, terus terang saya dah tak mampu nak continue sebagaimana yang orang luar suggest untuk ikutkan sahaja Maira sampai dia sendiri stop. You should help & support me, kata saya kepada suami. Suami bagi cadangan (ikut tip dari pembacaan & sharing kenalan) untuk letak asam jawa/nescaffe supaya Maira reject.
Saya kata, saya tak nak buat macam tu. Maira anak cerdik solehah, insyaAllah dia faham. Tak perlu gunakan taktik sebegitu, fikir saya. Tapi kita kena sabar, konsisten & be bold.
Saya minta suami tolong take over Maira bila saya tidurkan Insyirah sebab waktu nak tidurlah biasanya dia paling bersungguh request nak susu hingga kadang boleh berkecamuk mood saya kalau handle mereka seorang diri (apabila suami perlu kerja lebih masa).
Inilah 8 PERKARA yang kami buat untuk support Nur Humairah stop menyusu & minta susu;
1) SET MINDSET. Ibu perlu kuatkan tekad, semangat & fokus. Bila ibu tekad, anak pun dapat rasakannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam, anak boleh tahu bila kita tak serius. Sentiasa ulang, “kakak dah tak boleh susu dengan ummi, kakak dah besar, kakak minum guna cawan, kakak nak school. Yeay! Budak cerdik solehah dah tak susu ummi.”
2) JANGAN PROVOK. Untuk permulaan, elakkan provok dia dengan menyusukan adiknya depan dia. Cover sikit bagi dia tak nampak. Macam saya, saya menyusu waktu layan dia melukis & menulis di meja, adik terlindung di bawah meja.
3) JAGA MAKAN MINUM. Pastikan up portion makan & minumnya supaya dia tak lapar & haus. Untuk elak dia request nak susu. Sebelum tidurkannya, pastikan dia kenyang untuk elak dia terjaga malam & menangis minta susu pula. Standby siap-siap air kosong incase kalau dia bangun minta air.
4) BANYAKKAN PUJI. Puji dia bila melepasi satu-satu fasa tanpa menyusu. Contohnya dah 48 jam dia tak menyusu, pujilah, “bagusnya kakakkkk… kakak dah 2 hari tak menyusu dekat ummi pun. Haaa.. macam tulah anak cerdik solehah..” mesti dia tersipu..
5) BANYAKKAN AKTIVITI. Galakkan anak beraktiviti pada siang hari & elakkan dia tidur siang. Biar dia keletihan, supaya mudah tidur malam & nyenyak tidurnya.
6) PERANAN SUAMI. Minta suami tolong tidurkan anak yang nak wean off. Suami saya contohnya akan bawa Maira jalan-jalan naik kereta waktu saya susu & tidurkan Insyirah. Biasa bila kena aircond, kalahlah dia.
7) KAWAL EMOSI. Semasa proses wean off, jangan sesekali marah anak bila dia mengamuk. Bimbang tercedera emosinya. Fikir ummi abi dah tak sayangkan dia & sisihkan dia kerana adik. Adik susu boleh, kenapa kakak tak boleh? Tak sayang kakak ke? So jelaskan dengan lembut secara berulang-ulang. Banyakkan pujukan, pelukan, ciuman, pujian.
8) DOA & DOA. Tip paling penting, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan wean off. Kejayaan usaha hamba ialah bila dia meminta pertolongan Allah sejak dari mula, insyaAllah. Nak tidurkan anak tanpa mengempeng, banyakkanlah doa & zikir minta hati anak lembut & lapang dada.
Alhamdulillah, ummi ambil keberkatan bulan Ramadhan untuk buat solat sunat & doa minta sungguh-sungguh agar mudah Maira wean off, seolah dia lupa terus dia perlu menyusu tanpa perlu drama air mata yang tentunya akan buat ummi tersentuh.
Hanya ini sahaja yang kami praktikkan. There’s no secret tips. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Namun, saya pasti, lain anak, lainlah caranya. Harapnya perkongsian ni membantu sedikit sebanyak buat yang ‘sekapal’.
Semoga akan dipermudahkan segala urusan semua ibu yang sedang berusaha untuk wean off anak tandem nursing yang sudah cukup haul. Amiin.
Bila anak merajuk tidak semestinya setiap kali itu, kita perlu pujuk. Adakalanya kita perlu bertegas. Kerana anak-anak kecil ni bila merajuk dia hanya hendak tahu sejauh mana dia boleh ada kuasa dengan anda.
JADI TEGAS NAMUN PENUH KASIH SAYANG
Sebagai contoh, jika dia sudah berjanji dia akan mandi selepas melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi bila sudah habis aktiviti itu, dia masih tidak mahu mandi, maka anda tetap membawa dia mandi. Kemudian, dia memprotes pula, tidak perlulah ditaati kemahuannya.
DENGARI ANAK dan MENERANGKAN DENGAN BAIK
Dia hanya memprotes dan menyatakan kekecewaannya.
Kita dengar dan berusaha melayan dan memberi penerangan.
Namun, tidak perlu ‘back-off’.
Anak sedari kecil, ketika berusia 2 tahun ke atas perlu diasuh untuk memahami sesuatu tindakan anda.
IA PROSES YANG BERULANG
Dalam masa yang sama janganlah menyangka mereka boleh terus faham dan mengikut cakap.
Ia memerlukan proses yang kadang-kadang boleh menjadi lama.
Oleh kerana itulah kita perlu pengasih dan tegas dengan rules dan regulation yang kita tetapkan di rumah.
Pada musim cuti sekolah inilah masa yang sesuai bagi melakukan pelbagai aktiviti kerana anak yang bersekolah bercuti panjang. Biasanya kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan untuk sunatkan anak lelaki.
Sebelum pandemik Covid-19, ramai ibu bapa akan daftar anak lelaki dalam program sunat beramai-ramai di surau atau masjid di kawasan perumahan. Namun, kini mungkin lebih baik anak bersunat di klinik sahaja.
Apa yang menarik perhatian ramai, video dikongsikan oleh erniealwin menunjukkan abang yang bersunat itu dijaga oleh adiknya. Paling sebak apabila melihat abang menangis, adik pun turut sama menangis.
Bukan itu saja, si adik seolah-olah faham kesakitan yang dialami oleh abangnya. Siap ambil sapu tangan lap air mata abang. Nampak begitu akrab sekali mereka berdua. Kita yang tengok pun boleh menitis air mata.
“Orang kata cubit peha kanan, peha kiri terasa kan..dan bila abang yang sakit baru lepas bersunat menangis, si adik pun menangis sama. Tak nak berganjak nak jaga abang dia.”
Tips Luka Bersunat Cepat Elok
Jika anda salah seorang ibu bapa yang bakal membawa anak sunat tidak lama lagi, tips ini mungkin dapat membantu anda. Hari ini kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan anak lelaki sunat supaya cepat sembuh yang boleh diamalkan di rumah. Ada 3 tips yang anda perlu tahu iaitu:
Buka balutan selepas 2 hari- Namun, ibu bapa perlu pastikan hujung lubang zakar anak dibasuh dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil.
Cuci luka selepas 2 hari -Selepas buka balutan sunat, lukanya perlu dicuci dengan rapi. Pastikan anda mencuci luka menggunakan cecair normal saline dan cucian haruslah dibuat 3 hingga 4 kali sehari. Selepas cuci, pastikan luka dilap kering untuk kurangkan risiko jangkitan.
Jangan kopek atau tanggalkan keruping luka -Semasa mencuci luka, pastikan ia tidak digosok atau disental dengan kuat. Keruping luka akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci atau terkena air semasa mandi.
Selain itu, salah satu masalah yang sering timbul sehingga merunsingkan ibu bapa selepas anak bersunat ialah zakar anak membengkak. Selepas sunat, ia menjadi kebiasaan untuk zakar anak bengkak sedikit. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu peka dengan beberapa perkara ini untuk menilai sama ada anak alami jangkitan atau tidak iaitu:
Bengkak yang telalu besar
Ada cecair likat seperti nanah
Anak mengadu rasa sakit dan berdenyut
Terasa sakit semasa buang air kecil
Kawasan luka berdarah
Demam
Jika anak ada tanda-tanda berikut, ibu bapa perlulah bawa anak segera jumpa doktor bimbang ia adalah jangkitan.
Kredit: erniealwin via Kepala Berputar & rumahkhatan.com
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati siapa yang tak luluh bila membaca kisah seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditinggalkan di peti pelindung bayi bersama dua keping nota...