Mak Ayah Pilih Makanan Antiradang, Bantu Anak Batuk & Selesema Cepat Sembuh!

Share

Kita mula buntu bila anak yang batuk berterusan semakin kurang selera untuk makan. Apa makanan sesuai untuk anak? Sebaiknya elakkan makanan yang terlampau manis kerana akan tambah memburukkan lagi kesihatan anak kita.

Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, disaat anak berdepan masalah kesihatan berpanjangan ini, pilihlah makanan yang bersifat antiradang dan mempunyai unsur penyembuhan. Sangat membantu anak!

Jadi makanan apa yang baik untuk anak kita? Ikuti perkongsian beliau.


7 makanan untuk batuk dan selsema.

Banyakkan makanan macam ni, bila anak batuk selsema. Semua makanan ni, ada unsur penyembuhan. Bersifat antiradang.

Anak batuk selesema, radang dalam diorang tinggi. Jadi kita banyakkan makanan yang boleh kurangkan radang dalam badan anak.

Boleh masuk dalam masakan, boleh jugak bagi anak makan begitu saja mana-mana yang sesuai.

1. Halia -Halia sebaiknya cari selain dari China.
2. Bawang putih -Bawang putih pun sama, selain China. 
3. Madu -pilih yang asli tanpa campuran
4. Kunyit -Kunyit antibakteria antiviral.
5. Lemon -Lemon pun bagus.
6. Nenas -Empulur nenas jangan buang, khasiat tinggi kat situ.
7. Delima -Delima bagus untuk batuk.

Halia, bawang putih, kunyit, boleh masuk dalam makanan anak.

Madu, lemon, nenas dan delima, boleh makan begitu saja.

Menarik: “Saya Teran Terus Tak Tunggu Doktor” Kongsi Pengalaman Bersalin Di Bumi Australia, Ibu Kongsi Cerita

Empulur jangan buang.

Kita cuba sama-sama ya, banyak kenalkan real food untuk anak, salah satu ikhtiar yang agak berguna bila anak tak sihat.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Published by
SRM