Betul ke mak ayah punca anak jadi terlalu manja? Sebelum terlambat baik bertindak dari awal. Ingat jangan dibiarkan dengan harapan anak kecil belum tahu apa-apa.

Jika diikutkan secara lahiriah anak-anak kecil tidak dilahirkan dengan perangai yang manja. Jadi bagaimana mereka boleh bersikap manja dan kadang kala terlalu manja? Sebenarnya ibu bapa yang membentuk anak-anak menjadi manja.

Keletah anak-anak yang jujur dalam perlakuan dan percakapan kadang kala membuatkan kita keterlaluan menurutkan apa sahaja kehendak mereka. Merayu, memujuk dan menunjukkan wajah comel kepada ibu bapa apabila mahukan sesuatu adalah senjata ampuh kanak-kanak. Paling kronik mereka akan menangis berguling-guling kerana tahu ibu bapa akan menjadi lemah jika mereka berbuat demikian.

Semakin mereka meningkat usia, perlakuan manja yang secara tidak sengaja dibentuk daripada sikap ibu bapa sendiri yang gemar menurut kemahuan anak-anak memungkinkan mereka menjadi anak yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal perlakuannya sama ada di rumah atau di luar.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu. Contohnya, ingin barangan permainan yang mereka inginkan. Menangis dan menjerit sekuat hati hingga boleh mengganggu orang lain yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

2. Suka merajuk sambil terlentang di atas lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. Contohnya,tidak dapat menonton rancangan kegemaran kartun kegemaran mereka. Maka berguling-guling lah anak itu serba tak kena dibuatnya.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarahi. Bila mereka dimarahi, mereka akan marah kat kita balik siap pukul kita lagi tu.

Ads

Mak Ayah Punca Anak Jadi Terlalu Manja? Sebelum Menyesal Baik Bertindak Dari Awal

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa. Contohnya apabila ibu atau bapa bertanya, mereka tidak akan menjawab. Seolah-olah macam nak protes.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain. Contohnya,dari segi percakapan dan perlakuan mereka. Adakala cara percakapan mereka mengalahkan cara kita.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain. Perkara ini jangan dibiarkan. Kena ajar cara berkongsi barang.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya. Macam-macam benda la yang mereka akan cuba buat untuk tarik perhatian walaupun dia tahu benda yang mereka buat tu berbahaya pada diri dan jugak orang lain.

Ads

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula. Bila dah dapat barang kepunyaan orang lain mereka akan minta pulak barangan lain yang lebih baik daripada barangan yang sedia ada

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.Bila mak ayah minta untuk masuk tidur mereka tak jugak masuk..Walaupun hari dah tengah malam masih lagi leka untuk bermain.

Apa yang harus dilakukan?

Ads

– Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

– Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

– Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

– Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

– Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

– Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

Sumber: ragamanak.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI