Tular di media sosial mengenai ketidakpuasan hati ibubapa mengenai prestasi anak mereka yang tidak dinilai sebaiknya menerusi markah Tahap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Malah dianggap tidak telus oleh segelintir ibubapa. Soalnya bagaimana pengiraan ini bagi melayakkan anak dinilai sebaiknya?

Sesetengah berpendapat bahawa markah yang diberikan tersebut tidak sesuai untuk diberikan. Walau bagaimanapun, markah tahap pentaksiran bilik darjah ini bukan hanya melibatkan gred peperiksaan tetapi ia juga melibatkan beberapa perkara lain.

Menurut perkongsian seorang pengguna facebook, Nor Akasyah, markah TP1 hingga TP6 diberikan berdasarkan sikap murid di dalam kelas.

Mak Ayah Tak Puas Hati Prestasi Anak, Pentaksiran Bilik Darjah TP1-6 Bukan Hanya Pandang Markah Exam!

“Ramai yang tak puas hati dengan sistem tahap pentaksiran bilik darjah. Katanya susah nak dapat TP6 walaupun dapat markah 90 lebih belum tentu dapat TP6.”

Hari ini saya nak kongsikan macam mana boleh kumpul TP6 selain markah peperiksaan yang baik:

Ads

1. Semua kerja sekolah dan tugasan kena hantar. Yang TP 5 tu adalah tugasan yang dia tak hantar tu.

2. Bantu rakan-rakan dalam kelas. Ustazah ada bagi tahu, budak-budak yang pandai sikit akan diberi tugasan untuk bantu rakan-rakan yang lain.

3. Masuk pertandingan. Menang kalah lain cerita. Walaupun tak terpilih, boleh sukarela untuk masuk pertandingan. Macam anak murid saya, dia masuk pertandingan ICT, Matematik, Dai, Scrabble dan lain-lain. Itu yang boleh dapat TP5.

Mak Ayah Tak Puas Hati Prestasi Anak, Pentaksiran Bilik Darjah TP1-6 Bukan Hanya Pandang Markah Exam!

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan TP6 bukan sahaja perlu fokus terhadap peperiksaan dan dapat gred A. Namun, pelajar perlu titikberatkan mengenai aktiviti lain seperti pertandingan.

Ads

“Kiranya, untuk dapatkan TP 6 bukan setakat dapat A masa exam tapi kena aktif. Kalau tak masuk pertandingan bawah sekolah pun, masuk sahaja mana-mana pertandingan anjuran badan yang boleh bagi sijil dan sijil tu diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysiaa,” ujarnya.

Semoga pencerahan ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Mak Ayah Tak Puas Hati Prestasi Anak, Pentaksiran Bilik Darjah TP1-6 Bukan Hanya Pandang Markah Exam!

Ads

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.

Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Mak Ayah Tak Puas Hati Prestasi Anak, Pentaksiran Bilik Darjah TP1-6 Bukan Hanya Pandang Markah Exam!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Sumber: Facebook Nor Akasyah, Sirap Limau

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI