Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya.
Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Ads
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Ertinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Ads
Kredit foto: Munirah W A Rahman
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunyai sikap pilih kasih kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Ingat, walaupun anak masih kecil mereka juga mempunyai perasaan. Hormatilah perasaan anak dan tunjukkan penghargaan anda terhadap mereka.
Saat lafaz aku terima nikahnya bermakna hubungan sah dimeterai dengan ikatan sehidup semati dan kesetiaan. Dapat pasangan dari latar belakang berbeza mungkin satu cabaran untuk mengenali sikap yang sebenar.
Namun setelah hidup bersama, barulah masing-masing akan belajar memahami antara satu sama lain dan mula menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan. Dapat pasangan yang serius, suka bergurau, rajin, suka bertolak ansur dan sebagainya adalah rahsia Allah.
Jika dapat yang suka menyakat, orang kata tak kering gusi dengan gurauan pasangan. Sama juga seperti Puan Junariah Ab Rahman yang berkongsi mengenai sikap suaminya yang menyakat dengan memberi kiub ayam dalam kotak barang kemas.
Menurut Puan Junariah, dari awal perkahwinan lagi suami suka menyakat. Sikapnya itu memang dah diketahui oleh ahli keluarga kami. Gurauannya cukup bersahaja tetapi boleh buatkan orang tergelak.
Sama juga situasi, kononnya dia menghadiahkan gold bar dan disusun dalam kotak barang kemas. Tak sangka pula perkongsian ini viral sedangkan saya hanya berkongsi pada kenalan sahaja.
Idea spontan
Bercerita lanjut, Puan Junariah berkata, pada waktu itu, suami tengah mengemas barang dapur yang dibelinya. Tiba-tiba ketika waktu mengemas di dapur datang idea secara spontan.
Suami teringat bekas barang kemas saya yang masih disimpan dan terus mengambilnya dan menyusun elok kiub ayam tersebut. Kononnya kiub itu adalah gold bar. Pada mulanya agak terkejut juga bila dihulurkan, namun selepas membuka tergelak besar kami anak beranak.
Saya tak perasan waktu bila dia susun semua tu, tahu-tahu dia hulurkan kotak merah tanpa saya syak apa-apa pun.
Ada je idea suami kerana dia memang tahu saya suka memasak dan tak rugilah kalau berikan hadiah ini.
Saya anggap gurauan suami ini menghiburkan hati saya. Walaupun bukan betul-betul dapat barang kemas, saya tetap berterima kasih kerana suami tahu minat saya yang suka menyediakan pelbagai menu untuk keluarga.
Terima kasih encik suami. Saya sangat sayangkan awak selama-lamanya!
Kredit: Junariah Ab Rahman
** Dapatkan keperluan anak pada harga yang istimewa. Nak tahu lanjut, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi mendapatkan pendidikan dan persekitaran yang terbaik buat anaknya, Muhammad Bilal, pengacara dan usahawan, Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab.
Lebih kuat lagi kata Neelofa menerusi perkongsiannya menerusi program Nona semalam, hasrat itu dibuat kerana mahu mengikuti suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang mahu menyambung pelajaran di sana kelak.
Menurut kata Neelofa dalam satu laporan akhbar, dia dan suami amat mengimpikan untuk berhijrah ke tanah Arab demi memperbanyakkan ilmu serta mendedahkan Bilal dengan persekitaran, selaras perkembangannya untuk membesar kelak.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.
“Dalam masa yang sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana.
“Dalam masa yang sama, saya sendiri boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab di sana,” kongsinya lagi.
Malah menurut kata isteri kesayangan Haris ini lagi, dia sendiri mahu mendalami al-Quran sebaiknya dan berharap ianya dapat dijadikan bekalan saham akkhiratnya kelak.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami Al-Quran. Kalau boleh nak turunkan ilmu itu sebagai saham akhirat kelak.
Dalam pada itu, menjawab mengenai anaknya Bilal, ibu cantik jelita ini turut sama memberi gambaran wajah anak kesayangannya itu yang sehingga kini masih belum dikongsikan wajahnya.
“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini selama menimang cahaya mata sulung mereka pada 21 Januari tahun ini.
Wayar penyambung antara keperluan utama dalam rumah untuk keperluan barangan elektrik. Bagaimanapun, anda tahu tak, ada plug atau wayar penyambung ini boleh menyebabkan litar pintas dan mungkin menjadi punca kebakaran dalam rumah.
Lagi satu penggunaan wayar penyambung yang berselerak di lantai juga boleh memberi risiko pada ibu bapa yang ada anak kecil kerana jika tak dipantau risau berlaku kejutan elektrik.
Bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan wayar yang sesuai dan penyambung yang selamat, James Hukala terangkan secara terperinci.
Saya nak kongsikan tentang peralatan (wayar penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian. Boleh share info ini untuk manfaat bersama.
Gambar A (extension wire) wayar penyambung. Benda ni sangat praktikal digunakan di rumah. Mudah, senang dan murah akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dengan alat elektrik yang anda pakai. Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.
Penting:
1. Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven, microwave, water heater.
2. Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya. Ini untuk mengelakkan rintangan (resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit)
Gambar B : 3pin soket tambahan (3pin Adaptor)
Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk TV, radio, komputer, peti sejuk dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital. Kalau boleh beli Adaport. Ia seakan-akan sama cuma dikawal oleh fuse & cip elektronik di dalamnya.
Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik.
Gambar C: Wayar cord tidak kemas. Pastikan wayar anda tidak seperti dalam gambar ini. Ini adalah kerana wayar anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ia ditarik. Pastikan cuma salutan luar.
Terakhir jangan beli barangan elektik yang murah di kedai discount. Ini kerana mungkin tidak diuji, tidak diluluskan dan tidak mengikut ISO.
Oh ya…vakum kalau guna kena tarik habis wayarnya. Kalau tak vakum mudah panas dan rosak. Akhir sekali. UTAMAKAN KESELAMATAN.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi...