Jika tak nak anak berkelakuan buruk, anda perlu berhenti melakukan 5 perkara ini. Ramai ibu bapa mengakui kebanyakan anak-anak mereka suka buat perangai dan berkelakukan buruk tanpa menyedari apa puncanya.

Sebenarnya tanpa kita sedar sikap kita sendiri terhadap anak-anak membuatkan mereka mempunyai perangai yang negatif. Jadi ia perlu dihentikan sekarang jika tidak mahu terus berlarutan hingga anak dewasa.

Dibimbangi sekiranya anda terus bersikap sedemikian ia boleh menyebabkan berlaku akibat buruk dalam hidup mereka nanti. Ini antara perkara yang kita lakukan terhadap anak tanpa disedari.

1. Takut pada anak

Antara reaksi yang biasa kita lakukan pada anak. Contohnya jika anak merengek nak guna cawan lain dan bukan cawan yang biasa dia gunakan, ibu atau ayah akan segera menukarkan pada cawan yang dikehendaki berbanding tidak melayan kemahuan anak. Mereka takut anak akan menangis atau mengamuk tak mahu minum atau makan. Ini adalah satu kesilapan besar yang ibu ayah dah buat.

Anak sepatutnya tak boleh mengarahkan ibu bapa!

2. Pertahankan kesalahan anak

IKLAN

Jika anda pertahankan anak anda yang berkelakuan buruk di depan orang ramai dengan kata-kata menyedapkan hati “ala biarlah, dia budak lagi”, maka anda sebenarnya telah memberi galakan kepada anak untuk terus berkelakuan buruk dan tidak bertanggungjawab lagi.

 

3. Tak benarkan orang lain marah atau tegur anak

IKLAN

Rasa macam nak naik angin sahaja bila ada orang lain yang berani tegur atau marahkan kesalahan anak kita buat. Kalau anda bersikap sedemikian memang makin naik lemaklah anak untuk terus buat salah sebab mereka tahu ibu atau ayah akan lindungi jika dimarahi oleh orang lain. Ia semakin berlaku hari ini bila mana guru-guru sekolah tidak boleh menegur atau menghukum anak murid yang membuat kesalahan seperti guru-guru zaman dahulu kerana ibu bapa akan datang menyerang guru tersebut. Semuanya kerana mereka tidak boleh terima yang ada orang lain marahkan anak mereka.

Mak Ayah Tolong Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Tak Nak Anak Berkelakuan Buruk

4. Memberi terlalu banyak perhatian

IKLAN

Anak memang perlukan perhatian dari ibu bapa dan ia bagus untuk perkembangan positifnya. Namun kalau keterlaluan memberi perhatian pun akan ada kesan tak elok pada pembentukan tingkahlaku mereka juga. Sesekali anak perlu diberikan ruang untuk berdikari dan bereksplorasi secara sendirian. Bila semua ibu ayah nak kawal dan buatkan, anak akan menjadi terlalu manja dan mengada-ngada. Kadang-kala ‘over protective’ pada anak pun boleh menyebabkan mereka tak pandai berdikari dan suka buat perangai depan orang ramai.

Mak Ayah Tolong Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Tak Nak Anak Berkelakuan Buruk

5. Menawarkan jalan pintas

Ibu bapa hari ini selalu mengambil jalan pintas atau cara mudah untuk mengelakkan anak daripada bosan dan mula hendak buat kelakuan buruk. Contohnya, ibu ayah akan cepat-cepat bagi anak main handphone atau tablet ketika di tempat awam sebab tak nak anak bosan atau meragam. Sepatutnya ibu ayah kena ajar anak untuk bersabar dan bila mereka seharusnya belajar bagaimana untuk menghiburkan diri dengan usaha sendiri.

Di samping itu ajarlah anak anda untuk rajin menolong ibu bapa membuat kerja rumah yang bersesuaian mengikut usia mereka. Bukanlah kita nak suruh anak memasak di dapur tapi mereka boleh bantu mencuci sayur, cuci pinggan, susun kerusi dan macam-macam lagi kerja di dapur yang mudah. Barulah anak akan jadi ‘orang’!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI