Ibu bapa yang sayangkan anak akan memastikan keselamatan anak-anak walaupun perlu diganti dengan nyawa sekalipun. Wang ringgit yang dikeluarkan untuk membeli ‘car seat’ adalah terlalu kecil berbanding nilai nyawa seorang anak.
Tidak ada ibu ayah yang sanggup melihat anaknya menangis. Menangis itu hanyalah sementara sebelum anak biasa. Bila sudah biasa, dia tidak akan meragam lagi. Ibu bapa yang berjaya melatih anak supaya biasa menggunakan ‘car seat’ adalah ibu bapa yang PEDULI, PROAKTIF DAN BIJAK.
PEDULI kerana prihatin dengan keselamatan anak. PROAKTIF kerana berusaha mengambil langkah keselamatan sebelum berlaku sesuatu. BIJAK kerana menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan cara agar anak membiasakan diri.
Jangan jadi ibu bapa yang PERMISIF DAN BANYAK ALASAN.
Tiada kompromi dalam soal keselamatan. Sudah terlalu banyak kes kematian kanak-kanak di atas jalan raya disebabkan keengganan ibu bapa memastikan anak memakai tali pinggang dan memastikan anak menggunakan ‘car seat’.
Ads
Kita mungkin memberi alasan yang kita memandu dengan perlahan maka kita tidak membahayakan anak yang diriba. TETAPI bolehkah kita pastikan orang lain juga memandu dengan perlahan dan tidak merempuh kereta kita hingga anak kita tercampak keluar?
Tidak boleh bukan?
Penggunaan ‘car seat’ akan diwajibkan ke atas semua kenderaan peribadi pada tahun 2020 nanti.
Ads
Kepada suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, masukkanlah ‘car seat’ dalam bajet keluarga selain dari bajet honeymoon dan bajet Jalan-Jalan Cari Makan.
Ads
Kepada yang bakal menjadi ibu ayah tidak lama lagi, pastikan anda sudah pun bersiap sedia dengan ‘car seat’ untuk si jantung hati. Jika belum, jangan lupa ya. Saya meletakkan bayi saya yang baru lahir dan baru keluar hospital dalam ‘car seat’ dan dia sangat cepat membiasakan diri.
Kepada ibu ayah yang mempunyai ‘hati kering’ mendengar anak protes dan menangis apabila diletakkan di atas ‘car seat’, syabas diucapkan kepada anda kerana menjadi ibu bapa yang peduli, proaktif dan bijak.
PERCAYALAH, itu hanyalah sementara. Lama-kelamaan dia ok insya Allah. Saya yakin ramai yang boleh memberikan ‘testimoni’.
Ajal dan maut di tangan Allah SWT, tetapi adakah kita berusaha untuk memastikan keselamatan anak?
Kuali yang berkerak selepas memasak memang payah untuk disental. Tak perlu sental lebih kerana rupanya ada cara mudah nak tanggalkan kerak-kerak di kuali. Macam mana?
Tip dari seorang pengguna Tik Tik, @julespitch ini mak-mak kena cuba. Senang sangat sebab tak perlu sental.
“Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat. Siapa pakai nonstick tu silakan, ni untuk kuali kampung ye.
Macam mana cuci kuali dengan cara senang? Nak pakai berus dawai? Cuci macam ni je.
Rebus air panas dan tuang ke dalam kuali berkerak.
Kemudian masukkan sabun baju. Ikutlah nak letak banyak mana, satu sudu dah cukup.
Lepas tu didihkan sekejap atas dapur.
Tapiskan kotoran keluar dan cucilah macam biasa. Dah kilat.
Bila sudah bergelar ibu kepada empat orang anak termasuk pasangan bayi kembar barulah Datin Zizie Izette faham cabaran ibu yang uruskan anak kembar Aadam dan Aaleph dan anak kecil yang berderet.
Sebagai ibu anak kembar, Zizie Izette akui tak mudah menguruskan keperluan anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu. Walaubagaimanapun Zizie mengakui biarpun ada ramai pembantu namun jika anak kembarnya menangis nak susu serentak dia akan kelam kabut juga.
Justeru dia sangat memahami perasaan ibu-ibu yang menguruskan anak kembar dan anak-anak yang masih kecil usianya serentak.
Menariknya dalam posting baru-baru ini di instagram beliau, Zizie sangat memahami luahan hati pengikutnya yang juga seorang ibu kepada anak kembar.
Ibu cantik ini mengakui tugas ibu kepada anak kembar memang sangat mencabar bila anak-anak menangis serentak hendak susu.
Sebagai tanda sokongan, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini memberikan kata-kata semangat kepada semua ibu anak kembar supaya bertahan menghadapi situasi sukar menguruskan mereka kerana bila semakin besar semuanaya akan menjadi satu kenangan yang indah.
Majikan Yang Penyayang
Kakak kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini dikenali sebagai seorang majikan yang sangat penyayang dan menghargai setiap pembantu dan staf yang menguruskan anak-anaknya.
Alahai seronok betul tengok gelagat anak-anak pelakon cantik Zizie Izette. Setiap kali keluar pasti ibu mereka akan memakaikan pakaian yang sedondon untuk empat orang anaknya termasuk pasangan kembar.
Bahkan setiap kali keluar juga dia akan membawa pembantu dan stafnya bersama dan menariknya semua turut memakai pakaian dalam tema pakaian yang sama dengannya dan anak-anak.
Ramai netizen menyatakan kekaguman mereka dan memuji tindakan Zizie yang sangat menghargai pembantu dan staf yang banyak meringankan bebannya menguruskan anak-anak.
Selain baru melahirkan bayi kembar, Zizie sebelum ini menjaga dua orang anak angkat Naila Nur Jenna dan Aaric Zayn.
Sumber: Instagram Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gajet dengan anak-anak memang tak dapat dipisahkan. Cuma sebagai ibu bapa kita kena bijak buat perancangan atau jadual agar anak-anak lebih berdisiplin dan tidak menghabiskan masa mereka begitu saja.
Biasanya tiap kali musim cuti persekolahan jadual anak tak terlalu padat. Dalam tempoh ini ibu bapa boleh memanfaatkan dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakkan anak terlampau fokus dengan gajet atau televisyen.
Bagi memberi penyelesaian untuk ibu bapa yang anak suka tengok youtube, apa kata cuba buat setting ini. Perkongsian Dr Anayasmin boleh dijadikan panduan.
CARA SET ‘RESTRICTION MODE’ DI YOUTUBE..
Cuti sekolah dah mula ni, kemungkinan mak ayah dah mula risau anak-anak akan guna gadget lebih lama.
Antara apps yang paling banyak kanak-kanak guna antaranya adalah youtube kan. Kalau ada yang belum buat setting ni, boleh cuba set setting paling basic ni di youtube (Rujuk Gambar)👇🏻
Kalau nak lebih baik, tambah lagi parental control app. Banyak sebenarnya, ada yang berbayar dan ada yang free. Nanti ada masa saya share yang free punya. Cuba komen apa parental apps yang mak ayah guna?
Bantu share post ni ya agar mak ayah at least boleh cuba adjust setting basic ni di youtube mereka. Paling penting on kan ‘restricted mode’ tu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.