Setiap kali kita membeli makanan untuk anak-anak, adakalanya kita tak perasaan samada ayam yang digoreng di masak dengan elok atau tidak. Jika ayam tidak digoreng sepenuhnya atau ayam masih berdarah, mak ayah jangan biarkan sahaja anak makan. Cepat-cepat buang atau dimasak kembali hingga masak.
Ayam yang masih berdarah teramatlah bahaya untuk anak-anak kita. Kita sendiri pun terasa mual untuk makan, inikan pula anak-anak kita. Menurut Dr Redha Zainol, ayam yang masih berdarah mempunyai bakteria yang cukup berbahaya kepada tubuh, lebih-lebih lagi anak-anak kita.
Bukan itu sahaja, malah ada beberapa petanda ayam yang tidak sepatutnya dimakan ini mak ayah perlu tahu. Elakkan!
“Ada ke beli makanan dari luar?”
Berkali-kali saya tanya barulah ibu ni teringat.
“Ya lah, saya ada beli nasi ayam untuk anak-anak. Selalu saya masak sendiri tapi minggu ni sibuk betul.”
Sambil tu dia usap kepala anaknya yang tengah terbaring lemah. Jari tangan semuanya sejuk, mata pun cengkung. Sayu hati ibu ni tengok anak kecilnya dah muntah dan cirit birit hampir 20 kali. Yang buat dia betul-betul risau bila anak dia sendiri merayu nak pergi ke hospital.
“Adik dah tak larat maa. Tolong ma.”
“Sebenarnya anak saya ada mengadu dalam daging ayam tu ada darah tapi bayi saya menangis nak susu, terus saya terlupa.
Bila saya datang balik, dah habis dia makan semuanya,” penuh dengan nada kesal. Banyak sangat kes keracunan makanan oleh kanak-kanak disebabkan makanan yang tak dimasak dengan sempurna.
Elak Bakteria Salmonella Dan Campylobacteria Nak tahu kenapa ayam berdarah tidak boleh dimakan, ini sebabnya yang dikongsikan oleh beliau. Jadi cuba elakkan!
Salmonella dan Campylobacter antara bakteria yang akan hidup pada bahagian darah ayam yang tak dimasak sepenuhnya. Jangkitan Salmonella dan Campylobacter jika lambat dirawat, ia boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran darah anak. Bila jadi begini, anak akan demam tinggi, menggigil-gigil dan paling teruk hingga boleh menyebabkan kematian.
Ibu dan ayah kena tolong periksa setiap makanan sebelum diberi pada anak. Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
Warna : ayam berwarna kelabu dan pucat Bau : hanyir atau bau seperti telur rosak Tekstur : berlendir bila dipegang Kulat : tanda kulat warna hijau atau hitam pada permukaan ayam Darah : darah pada tulang atau sendi ayam Rasa : masam atau lain dari rasa ayam
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Menyesal betul kalau anak jadi sakit sebab kita yang tersalah bagi makanan tercemar pada anak.
Ramai sedia maklum pendedahan terhadap gajet dalam tempoh lama akan memudaratkan jika penggunaan tidak dikawal. Tambah lagi jika anak masih kecil dan tumpuan pada gajet berjam-jam dalam sehari.
Suka main game
Menerusi perkongsian ibu ini di FB Nurul Pyeza, dia berkongsi mengenai anak lelakinya, Luth Harraz yang perlu menjalani pembedahan mata selepas terdedah pada gajet dalam tempoh yang lama.
Ramai pm tanya kenapa dengan mata Luth Harraz. Kenapa kene operate? Sebenarnya mata dia juling.
Ads
Ceritanya macam ni.. Sejak PKP Luth start belajar online. Pagi-pagi bangun tidur dah start class online lepas tu mama busy niaga. Luth memang banyak masa terluang main handphone, dia bukan tengok youtube tapi dia suka main game.
Jadikan sebagai pengajaran
Dia terlampau fokus sangat sampai jadi macam ni. Ramai tak perasan sebenarnya mata dia juling tapi bukan setiap masa dia juling dia hanya juling kalau dia fokus sesuatu je. Mata dia tak rabun ye mata dia sihat-sihat je. Doktor cakap mata Luth terlalu aktif dari lahir (ada setengah budak lazy eyes) so doktor decide untuk betulkan balik mata dia ke kedudukan asal.
Ads
Mama mengaku semua ni jadi memang salah mama sampai adik jadi macam ni. Mama harap ibu kat luar sana ambil la pengajaran.
Selebriti Fizo Omar berkongsikan pengalaman detik cemas dan mendebarkan ketika menyaksikan kelahiran anak pertamanya yang selamat dilahirkan pada 29 Dec 2017 jam 4.01 petang di Hospital Pantai, Bangsar.
Semua mengetahui bagaimana perjalanan Fizo Omar dan Mawar untuk bergelar ayah dan ibu. Empat tahun menanti kelahiran anak sulung bukan satu detik yang pendek. Ia penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Alhamdulillah menjelang tahun baru 2018, Allah mengizinkan mereka untuk mempunyai seorang bayi perempuan yang comel dan sihat. Semoga Fizo dan Mawar akan menjadi ibu ayah yang dapat mendidik anak dengan sebaiknya.
Jom kita selami perasaan Fizo Omar ketika pertama kali menyaksikan kelahiran anak sulungnya.
Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.
Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yg agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami.
Percikan darah dan air ketuban yg aku tgk tu mcm tak percaya yg aku boleh masih lg berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku,dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.
Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itu lah yg bermain di kepala aku.Aku sampai xde kekuatan utk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yg nurse sedang buat kat anak aku.Dieorng tepuk tapak kaki n baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…
Kebiasaannya ibu bapa tak perasan lubang pada gigi anak-anak terutama gigi geraham. Namun selepas anak merengek sakit kerana makanan terlekat pada lubang tersebut, barulah kita akan memeriksanya.
Seperti perkongsian Dr Azila Mohd Kasim, ibu bapa kena peka perubahan pada gigi anak bagi mengelakkan anak rasa trauma yang berpanjangan.
Soalan biasa yang ditanya ibu bapa yang membawa anak yang berusia sekitar 4-5 tahun ke klinik gigi.
Doktor Azila, kenapa gigi anak saya berlubang? Padahal baru beberapa bulan lepas, saya baru bawa anak berjumpa doktor gigi di tempat lain untuk pemeriksaan. Tetapi doktor tu kata tiada lubang.
Nak tahu kenapa?
1. Ini kerana lapisan enamel gigi susu adalah lebih nipis berbanding lapisan enamel gigi kekal.
2. Kaviti “caries” cepat merebak pada gigi susu berbanding gigi kekal, ianya paling cepat merebak dan akan mengenai saraf gigi.
3. Sekiranya gigi geraham susu telah didiagnos ada karies, maka perlu membuat rawatan secepat mungkin.
4. Rawatan tampalan dibuat.
SEKIRANYA LUBANG KARIES SANGAT DALAM DAN MENGENAI PULPA, SEGERALAH MEMBUAT RAWATAN PULPOTOMI.
4. Infeksi cepat merebak dalam mulut kanak-kanak, merebak ke leher, ke otak dan seterusnya menyebabkan abses dan cellulitis ( ini situasi kecemasan).
Oleh itu, jangan ambil remeh sekiranya gigi susu anak berlubang ok!
Kebiasaannya, doktor Azila akan menyarankan ibu bapa terus membuat rawatan PULPOTOMI GIGI SUSU.
APAKAH PULPOTOMI ?
Rawatan pulpotomi adalah pembuangan sebahagian daripada saraf, termasuk kawasan yang terkena infeksi. Ini untuk mengekalkan ‘vitality’ tisu pulpa yag sedia ada.
BAGAIMANA PROSEDUR PULPOTOMI ?
1. Pastikan anak-anak di dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa duduk di ‘dental chair’. Sesetengah anak-anak berasa takut dan gelisah. Jadi ibu bapa memainkan peranan untuk memujuk dan menenangkan anak.
2. Doktor akan meletakkan gel ‘Topical Anaesthesia ’ pada bahagian gusi. Ia membuatkan gusi berasa kebas dan tidak sakit apabila doktor memberi suntikan ‘local anaesthetic’.
Gel ‘topical anaesthetic’ boleh bertahan selama 3-5 minit.
3. ‘Local anaesthetic’ diberi secara perlahan-lahan supaya pesakit tidak terasa seperti di suntik.
4. Kaviti pada gigi dibersihkan dengan ‘highspeed” dan “slowspeed handpiece”. Karies di kebuk pulpa di buang dan dibersihkan hingga ke saluran pulpa.
5. Pulpa dibersihkan di mana bahagian ini adalah tempat saraf dan salur darah terletak.
•Prosedur ini TIDAK SAMA seperti rawatan saraf untuk dewasa.
6.Doktor akan meletakkan ubat “Beechwood cresol” pada kapas pellet kecil. Kemudian kapas pellet akan di letak di dalam saluran pulpa untuk berhentikan darah.
7. Gigi di bentuk semua dengan tampalan sementara berwarna putih gigi.
RAWATAN KEDUA :
1. Buang semula tampalan sementara.
2. Jika terdapat tanda – tanda berulang, maka hendaklah di ulang semula rawatan pulpotomi pada gigi itu atau gigi perlu dicabut.
3. Jika tiada tanda – tanda seperti sebelum rawatan, ruang itu ditutup dengan ‘antiseptic paste’.
4.Jika sudah selesai, ia boleh di tutup dengan tampalan tetap berwarna gigi atau “stainless steel crown” .
INDIKASI PULPOTOMI :
1. Proksimal yang besar dgn melibatkan ruang antara gigi yang terlibat.
2. Tiada sejarah sakit yang secara tiba – tiba.
3. Tiada nanah atau fistula.
4. Cabutan adalah kontraindikasi.
5. Gigi dalam keadaan ‘peridontium’ yang sihat.
KONTRAINDIKASI PULPOTOMI :
1. Pernah sakit berulang.
2. Adanya fistula atau bengkak.
3. Sel – sel telah mati ( necrotic pulp ).
4. Pendarahan yang tidak dapat dikawal.
5. Periapical or bifurcation radiolucency.
6. Resorpsi patologi.
7. Tisu mati.
8. Lebih 1/3 akar telah hilang.
Sekian, semoga memberi manfaat. Bantu saya kongsikan ilmu rawatan saraf (pulpotomi) until kanak-kanak ini. Hakikatnya berbeza dengan rawatan saraf gigi kekal.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!