Tak pernah lagi ada orang mengaku yang segala makanan rapu ni bagus, tapi masih ramai yang amalkannya.

“Mak Bekalkan Anak Dengan Jajan, Bijirin Merapu Kemudian Beri Pada Anak Orang Lain” Ini Nasihat Dietitian

Ada sekali saya jumpa satu beg penuh jajan, parents bawa bekal semasa anak datang ambil rawatan di hospital. Anak pula dirujuk kerana berat lambat naik dan masalah picky eater.

Beli buat stok di rumah, banyakkkkkkk.

Beli kasi anak makan, dan anak orang makan. Apabila emaknya larang dibilang pula, “Alah, kesianlah kat depa” Dah macam maknya pula yang salah dan jahat.

Masuk dalam beg kecil, beri semasa harijadi anak-anak. Memang sekali sekala, “Alah…setahun sekali ja besday anak saya” tapi kalau sebulan 2-3 mak buat alasan begini dah tak jadi sekali sekala sedang hakikatnya mak ayah tak pernah beli pun di rumah.

Makanan rapu ini memberikan zero calories iaitu kalori tanpa nutrisi. Hanya tinggi dengan karbohidrat dan garam semata-mata. Usah terbeli dengan label “sihat” jika masih banyak garam yang dimasukkan ke dalam makanan. Sepaket sahaja sudah melebihi had maksima garam sehari orang dewasa, entah bagaimana buah pinggang seorang anak kecil mahu memprosesnya.

No body ever says it is good, but I wonder why people still give them to children.

“Mak Bekalkan Anak Dengan Jajan, Bijirin Merapu Kemudian Beri Pada Anak Orang Lain” Ini Nasihat Dietitian

Termasuklah bijirin sarapan pagi. Alah, yang katanya berkhasiat ituuuuu. Alangkan yang jenama terkenalpun kita tak berapa galakkan inikan pula yang tanpa jenama, dalam plastik besar dan beli ikut timbang beri pula kepada anak-anak kita di asrama setiap pagi. *Tepuk dahi. Kebanyakannya terpenuh dengan karbohidrat, gula, pewarna dan perasa.

IKLAN

Walaupun masalah anak kalian adalah kekurangan berat badan, coklat, gula-gula manis, keropok tak pernah berada dalam senarai untuk dijadikan makanan ruji setiap hari. Tak pernah. Kita tak suruh makan Kepsi, Mekdi segala.

Ia perlu diambil dalam porsi yang baik. Tetap berbalik kepada perancangan menu yang baik sepanjang hari, 50% karbohidrat, 20% protin dan selebihnya lemak.

“Tolonglah doktor, tolong saya. Saya dah tak tahu bagaimana nak cakap dengan keluarga sebelah bekas isteri saya. Hari-hari depa upload gambar bagi anak saya makan jajan. Buah pinggang anak saya makin rosak” saya masih ingat bening mata seorang ayah ini yang membawa anaknya yang ada masalah kebocoran buah pinggang.

Common sense pada kita, tak semestinya sampai ke pengetahuan orang lain.

IKLAN

1. Makanan rapu tak baik bukan saja untuk kanak-kanak bahkan untuk orang dewasa kerana tinggi kandungan transfat dan garamnya. Ia tinggi kalori, tidak memberikan rasa kenyang dan menyebabkan ketagihan.

2. Boleh gantikan snacking anak-anak dengan pilihan yang baik seperti ubi rebus, ubi goreng, pisang goreng, kuih-muih, kekacang dan lain-lain. Pastikan pilihan bersesuaian dengan keperluan. Dah aim nak turun berat, takyahlah makan cucoq sampai lapan pinggan. Nak aim naik beratpun bukan lesen makan cucoq lapan pinggan.

3. Jadualkan waktu makan dengan baik. Jarakkan waktu menyusu tak kiralah menyusu badan atau formula dengan waktu makan. Jarakkan snacking dengan waktu hidangan utama.

Kalau anak tak makan nasi, tak usah risau. Roti, mi, bihun, pasta, ubi dari kumpulan yang sama.

IKLAN

Tak makan ikan, makan ayam okaylah. Cuma ikan ada sumber Omega 3 yang baik untuk perkembangan otak dan kesihatan secara menyeluruh. Boleh beli telur yang diperkaya Omega 3.

4. Sentiasa offer sayur dan buah walaupun depa tak makan. Mak ayah pun makanlah depan anak-anak dua benda ni. Hampa tak makan sayur, bagaimanalah anak-anak nak makan sayur, kan?

5. Masukkan mereka dalam aktiviti sediakan makanan. As simple as hamparkan saprah untuk makan. Mesti depa gembira.

Gitulah sikit nak berleter, dah lama tak cakap bab ni.

Sekolah? Pun sedih juga. Dah macam jadi kubu makanan rapu dan terproses. Rajin sikit makcik kantinnya, silalah buat cucoq udang, buat sengkuang calit, bikin rojak, goreng cucoq. Say no to dimsum pelbagai warna, no to crab meat yang takda crab, no to nugget murah. Haih, bebel lebih kang depa kata sekat rezeki orang.

Sumber: Lily Moha
Dietitian, mak anak lima.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI