Allah sayunya rasa hati ini di saat kita yang masih boleh makan dengan pelbagai jenis makanan sedap, tapi masih ada lagi yang terpaksa ikat perut atas kekangan tertentu.
Lagi tersentuh perasaan ini apabila perkongsian melalui Facebook Siti Fatimah Abd Hamid di mana seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya.
Minta 4 tin susu pekat untuk bancuh bagi cucu minum
Menurut Siti Fatimah, ketika menelefon nenek ini untuk bertanyakan apa barang keperluan dan jenis susu yang diperlukan, dia hanya minta 4 tin susu pekat manis dulu.
Allahuakbar rasa tak sanggup dengar permintaan nenek ini.
“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”
Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Cukuplah dulu susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya.
Kata nenek ini lagi, cucu-cucunya dah biasa minum susu cap junjung (susu pekat manis), yang penting ada warna putih-putih. Itu pun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sangat dah tu. Tambah nenek ni lagi.
Ibu & ayah kepada 7 orang cucu
Apa yang menyedihkan juga, nenek inilah ibu dan ayah kepada tujuh orang cucunya sekarang. Ibu kepada cucu-cucunya itu telah meninggal selepas 3 bulan melahirkan anak yang bongsu.
Manakala bapa anak-anak ini pula terkandas di Keningau dan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kini nenek ini hanya mengharapkan cucu sulungnya yang membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain membantu apa yang patut.
Sesungguhnya ujian setiap daripada kita tidak sama. Marilah bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi Covid-19 kepada mereka yang memerlukan.
#MyFundAction
#KisahMereka
#UntukKitaFikirDanBuatSesuatu
Sumber: Siti Fatimah Abd Hamid