“Anak hampir sawan. Mak beritahu badan Mateen keras kaku,” kata pelakon Yana Samsudin mengenai situasi yang berlaku kepada anaknya, Aisy Mateen sebelum dimasukkan ke hospital di Batu Pahat, Johor semalam.
Yana menerusi akaun Instagram berkongsi detik cemas yang berlaku terhadap anaknya ketika dia dan suami Fadzil Zahari keluar atas urusan kerja.
“Rabu lalu sekitar jam 3.30 pagi kami masih lagi gigih nak habiskan satu perjumpaan di Johor Bahru. Namun, tiba-tiba dapat satu panggilan dari rumah di Yong Peng. Memang pelik kalau dapat panggilan awal pagi. Mesti ada kecemasan.
“Rupanya betul, Mateen demam panas. Ketika itu, kami terus minta Mateen dibawa ke klinik 24 jam sementara kami dalam perjalanan bertemu Mateen.
Ads
“Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat. Kami sampai sana jam 5 pagi dan Mateen sudah diberikan ubat,” katanya.
Menurut Yana, memandangkan Mateen hampir terkena sawan dia kini perlu lebih berhati-hati.
Ads
“Saya ingin nasihatkan pada semua, tak kiralah sudah ada anak, bercucu ataupun tak kahwin lagi. Mereka yang mahu berjalan jauh atau nak tinggalkan anak dengan penjaga, bawa ubat serta tolonglah bagi ubat ikut masa.
Ads
“Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan tapi beri ruang udara panas untuk keluar. Kalau ada anak anak yang pernah kena sawan pertama kali, peluang untuk kena kali kedua sangat tinggi.
“Kalau terkena juga sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Takut tak bernafas. Allahuakbar sedihnya kalau berlaku.
“Apa yang berlaku kelmarin buat kami panik,” tulisnya lagi.
Sumber: ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs (7.31malam).
“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor-doktor dan nurse-nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta.
“Saya amat menghargainya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin,” kongsinya.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.
Sebelum itu Sheera berkongsi pada Nona patutnya due date awal bulan 6, tapi bila pergi hospital untuk check up doktor kata kandungan dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Disebabkan itu doktor buat keputusan untuk induce dan bersalin awal.
Sheera dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.
Terdahulu dalam satu perkongsian Sheera, anak kepada aktres Aznah Hamid ini dilihat berkongsi foto terlibat dengan penggambaran drama Gerak Khas Undercover ketika sedang sarat hamil. Nampak semangatnya cukup luar biasa!
Untuk rekod Sheera dan suami mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021. Tahniah untuk Sheera dan suami. Tak sabar nak tengok muka baby H. Mesti cantik macam mommynya.
Pelbagai perkara yang perlu bakal ibu bapa ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir kerana ianya sangat penting bagi memastikan proses menjaga bayi dalam pantang lebih mudah.
Ikuti perkongsian dalam e-Workshop Urus Newborn Baby A-Z dengan tajuk: Newborn Baby, Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu oleh Dr Roliza binti Ibrahim (Pakar Perunding Kanak-Kanak dari Avisena Women’s and Children’s Specialists Hospital)
Corak Tidur
Bayi memerlukan tidur yang secukupnya untuk memastikan tumbesaran yang sihat. Bayi memerlukan sebanyak 15-17 jam tidur dalam masa 24 jam, 8-9 jam siang dan 7-8 jam malam
Jangkamasa tidur adalah 1-2 jam setiap waktu tidur. Namun begitu, ada bayi yang lebih tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam
Penyusuan bayi
Ini juga penting untuk memastikan bayi membesar pada kadar yang optimum. Bayi baru lahir seharusnya diberikan susus secara “on demand” iaitu mengikut permintaan bayi
Bagi susu badan : 1.5-2 jam
Bagi susu formula : 2-3 jam
Jumlah susu – juga mengikuti demand bayi
Gejala yang mungkin ada pada bayi
Ada beberapa gejala yang kerap berlaku pada bayi. Gejala-gejala ini mungkin normal dan ada juga yang menandakan bayi sedang mengalami masalah.
Nafas berbunyi, normal atau tidak?
Selalunya normal:
Disebabkan oleh cecair yang dihasilkan oleh mukosa hidung
Hidung tersumbat dan menyebabkan nafas berbunyi
Snuffles:
Disebabkan laluan hidung yang kecil dan tidak matang – cecair susah dikeluarkan
Rawatan -ubat titis hidung/sedut cecair hidung
Muntah/muak
Kerap berlaku di kalangan bayi. Kebanyakan waktu, ia adalah suatu yang normal. Muntah atau muak ini akan mula berkurangan apabila bayi mencecah umur 6 bulan. Selalunya bayi akan mengeluarkan sedikit susu semasa atau selepas minum. Kadang-kadang ada sedikit susu keluar melalui hidung.
Bagaimana muak atau muntah berlaku?
Susu masuk dari esophagus ke perut
Terdapat injap/sphincter di antara esophagus dan perut
Sphincter akan tertutup sejurus selepas makanan atau minuman masuk ke dalam perut
Otot membentuk sphinter belum matang – longgar
Susu tertolak semula ke dalam esophagus dan seterusnya keluar melalui mulut dan kadang kadang hidung
MUNTAH Lebih kerap berlaku jika disusukan dengan botol:
Bayi telan banyak angin
Bayi yang kerap menangis akan menelan banyak angin
Angin akan menolak susu keluar
Namun begitu, muntah boleh juga tanda-tanda bayi mengalami masalah usus, alahan susu, jangkitan kuman
Kembung perut/colic
Selalunya bayi akan menangis keterlaluan tanpa henti, gelisah dan tidak tidur lena serta muntah-muntah.
Cara hilangkan kembung anak:
Cara 1:
Pegang bayi dalam posisi duduk
Tapak tangan diletak di bahagian dada
Ibu jari dan jari telunjuk di letakkan di bawah dagu dan bahagian belakang di gosok
Cara 2:
Bayi didukung dan di letak di bahagian bahu
Gosok bahagian belakang
Cara 3:
Bayi di pegang dalam keadaan tertiarap
Dagu diletakkan di atas lengan
Gosok bahagian belakang
Jaundice/Demam Kuning
50% dari bayi akan terkena jaundice. Selalunya berlaku pada hari kedua dan disebabkan oleh liver baby yang belum matang.
Pastikan baby diberi susu yang cukup untuk mengurangkan risiko terkena kuning. Namun ada faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan bayi terkena kuning tinggi antaranya kumpulan darah yang lain dari ibu dan juga jika dilahirkan secara vaccuum.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkongsian Dr Roliza mengenai Urus Newborn Baby A-Z, saksikan video di bawah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya beberapa minggu saja lagi nak melahirkan anak, diuji pula dengan virus yang paling ramai orang takut memberi pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Kisah wanita ini yang terpaksa melahirkan anak di saat dirinya positif Covid-19 dan selepas itu terpaksa dikuarantin langsung tak disangka sama sekali.
Melalui perkongsian di Twitter, ShaaAjis, dia menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.
Disahkan positif Covid-19 semasa mengandung
Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.
13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.
14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.
Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.
Selamat lahirkan bayi walaupun ada risiko
18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyakkan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna darah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku.
Perlu czer untuk elak bayi kena jangkitan paru-paru
Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan paru-paru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.
Ibu masih positif, bayi perlu buat ujian calitan kedua
Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.