Ibu, insan yang paling banyak bekorban untuk anak-anak. Kadang-kadang dia korbankan perasaan hanya untuk melihat anak gembira dan bahagia.

Kadang-kadang dia korbankan keinginan hanya untuk memenuhi keinginan anak-anak walaupun dia sendiri tak mampu. Begitulah hebatnya insan bernama “Ibu”.

“Mak kenyang Lagi” Lepas Masak, Mak Lah Orang Terakhir Yang Akan Makan. Asalkan Anak Kenyang

Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!

Geram betul saya. Dah lama saya perhatikan mak saya ni kalau tengah sahur mesti dia akan paling terakhir makan.

Tadi pun sama, mula mula dia akan kira semua anak anak dia dah cukup korum ke belum. Kalau belum dia akan teriak teriak panggil nama anak anak dia sampai semua anak anak dia ada di meja makan.

Lepastu dia akan tengok wajah anak dia satu persatu. Dia akan ‘paksa’ kami adik beradik cedok nasi masing masing dulu. Lepastu dia akan ‘paksa’ pula kami ambil lauk pauk yang terhidang di meja.

Ads

Bila saya minta mak makan dulu, dia akan tolak dengan tegas. Katanya “mak makan kejap lagi lah” ataupun “mak kenyang lagi ni”

Memang jawapan klise sungguh. Saya paksa makan dulu pun dia tak mahu. Nak berkeras sangat pun tak boleh kalau dengan mak sendiri ni. Adeh!

Rupanya bila perhati baik baik. Lepas je anak anaknya dah makan dan nampak masing masing dah mula khusyuk makan baru la mak akan perlahan lahan duduk di kerusinya sambil menjamah nasi kosong di pinggan tanpa lauk.

Tanpa kita sedar nanti mak akan cari lauk yang dah disentuh oleh anaknya. Dibelek belek lauk yang masih ada. Dicubit sedikit demi sedikit lauk yang ada dengan perlahan lahan.

Ads

Sebenarnya saya faham apa yang mak saya sedang lakukan. Inilah namanya pengorbanan perasaan. Ya, mak sedang korbankan perasaannya sendiri demi melihat anak anaknya gembira. Selama ni kita ingat seorang ibu ni hanya korbankan duit, harta dan material semata mata.

Rupa-rupanya pengorbanan perasaan terlebih la besar. Bayangkan daripada kecil lagi mak kita korbankan perasaannya demi kita semua.

Tak sedikit ibu kita korbankan perasaan ingin bebas berjalan ke sana sini, perasaan ingin bersendiri, perasaan ingin meluangkan masa dengan suami sendiri hinggalah kepada perasaan ingin merehatkan emosi dan diri sendiri. Semuanya hanya demi menjaga kita semua anak anaknya.

Ads

Patutlah ada Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah SAW menjawab

Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu.

3 kali nama ibu disebut, baru lah 1 kali ada nama si bapa.

Rupanya kerana pengorban ibu terhadap anak anaknya bukan cuma sebatas pengorbanan fizikal, harta dan dunia semata mata tetapi bab jiwa dan perasaan tu yang paling dasyat pengorbannya. Sebak la pula.

Tiba tiba saya teringat kisah Uwais Al Qarani. Beliau ni seorang tabiin tapi Nabi Muhammad SAW sendiri minta Umar Al Khattab yang bertaraf Sahabat untuk minta doa daripada Uwais yang bertaraf Tabiin ini.

Kenapa? Kerana terlalu taatnya Uwais ni pada ibunya! 2 kelebihan yang dia dapat hanya dengan mentaati ibunya. Pertama, namanya menjadi harum dan mulia. Kedua, doanya menjadi sangat mustajab! Rupanya mungkin mulianya diri kita dan mustajabnya doa kita selama ni hanya kerana adanya ibu kita.

Baca: Nasi Goreng Isi Ketam, Resipi Padu. Terasa Lemak Isi Ketam, Makan Pun Bertambah!

Sumber: Taufiq Razif
Sebak teringatkan pengorbanan emak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI