“Mak kerja, babah tidur.” Itu jawapan yang diberikan anak kecil ini semasa ditemui merayau tidak jauh dari rumahnya. Apa yang merisaukan netizen, anak kecil ini nyaris dilanggar lori!
Semalam tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan ditemui merayau di kawasan perumahan hingga hampir dilanggar lori. Bagaimana pun, tindakan mulia seorang lelaki sanggup menghentikan kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menyelamatkannya daripada kemalangan dan menghantarnya semula ke rumah.
Dalam rakaman video yang dirakam lelaki tersebut, kanak-kanak yang memakai pakaian seragam tadika tersebut dianggarkan dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun tersebut telah keluar daripada rumahnya dan berjalan seorang diri. Dia dikatakan hampir terjun daripada tempat tinggi dan nyaris dilanggar kenderaan termasuk lori. Apabila ditanya, katanya dia hendak pulang ke rumah.
Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam ini menjadi tular. Pada awalnya lelaki berkenaan cuba bertanya kepada jiran berdekatan namun tiada siapa yang mengetahui kedudukan rumah kanak-kanak terbabit.
Namun akhirnya si kecil yang menyatakan namanya sebagai Anita sendiri menunjukkan jalan ke rumahnya yang sedang dalam proses ubah suai. Pintu pagar rumah kelihatan terbuka mungkin menjadi sebab si kecil ini keluar senyap-senyap tanpa disedari bapanya. Setibanya di rumah pekerja pengubahsuaian memberitahu mereka ada nampak kanak-kanak berkenaan keluar dari pagar kediaman itu tetapi tiada siapa yang menyekatnya.
Antara reaksi warganet rata-rata memuji tindakan lelaki terbabit dan berharap kejadian seperti ini dijadikan pengajaran.
TERBAYANG ANAK-ANAK
TERBAIK BRO
SEMOGA SEMUA AMBIL IKTIBAR
SYUKUR JUMPA LELAKI PRIHATIN
Sumber: Mstar& FB Sultan Melaka
Artikel berkaitan:[ “Ya Allah, Kaki Anakku!” Setengah Jam Mencemaskan, Kaki Kanak-Kanak 6 Tahun Tersepit Eskalator]
[Kes Bayi Jatuh Dari Stroller Ketika Guna Eskalator Buka Mata Ramai. Ibu Ini Ambil Tindakan Awal]