Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Essex, didapati bahawa anak perempuan yang mempunyai ibu-ibu yang selalu membebel lebih cenderung untuk berjaya daripada mereka yang mempunyai ibu yang terlalu “sporting’ ataupun terlalu terbuka.
Kadang-kadang ibu menjadi seperti singa hanya untuk mengingatkan anda tentang sesuatu. Anda terpaksa mendengar bebelan-bebelan, peringatan atas perkara yang anda telah lakukan dan dirasakan salah. Yup, Sebenarnya semua bebelan itu berbaloi buat anda.
Kajian ini dilakukan lebih daripada 15,000 gadis remaja berusia 13 tahun dan 14 tahun selama enam tahun. Hasilnya mendapati bahawa wanita muda yang mempunyai ibu bapa (biasanya ibu) yang sentiasa mengingatkan anak tentang tugasan, sekolah, dan tanggungjawab, anak lebih cenderung untuk masuk ke kolej dan mempunyai pekerjaan (bergaji tinggi).
Untuk anak mempunyai masalah disiplin dan berkahwin pada usia remaja juga kurang. Mengongkong tidak semestinya datang dalam bentuk yang anda fikirkan, tetapi mempunyai lebih banyak hubungan dengan menetapkan harapan yang konsisten sebagai orang tua. Salah satu perkara yang ditemui semasa kajian dilakukan yang mungkin mengejutkan anda adalah kanak-kanak sebenarnya sedang mendengar apa yang anda “bebelkan” walaupun anda menganggap mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ketua kajian, Ericka G. Rascon-Ramirez mengatakan tak kira apapun, ibu bapa yang akan tetap mempengaruhi keputusan.
“Dalam banyak kes, kami melakukan apa yang kami percaya adalah lebih mudah bagi kami, walaupun ini adalah terhadap kehendak ibu bapa kami. Tetapi tidak kira betapa kerasnya kami cuba menghindari cadangan ibu bapa kami, kemungkinan besar mereka akhirnya mempengaruhi, dengan cara yang lebih halus, pilihan yang kami anggap sangat peribadi. “
Ia seolah-olah apa yang dicipta oleh ibu bapa menjadi piawaian dalam minda anak-anak mereka. Tindak balas remaja biasa yang kami terima bertindak hanya sebagai topeng bagi mereka. Mereka sebenarnya tak suka dengar ibu membebel, tetapi sebenarnya bebelan mak tetap menjadi!
Penyelidik juga mendapati bahawa perempuan yang bukan pelajar terbaik tetapi mempunyai ibu yang ketat atau “megongkong” dapat mengurangkan kadar kehamilan remaja sebanyak 4%, yang agak tinggi (walaupun jatuh) di Britain dan Amerika Syarikat.
Disaat kita mungkin merasa seperti kita tidak dihormati, atau sombong, kadang-kadang kita seperti tergiang suara ibu sendiri (atau bapa) mengingatkan kita tentang apa yang perlu dilakukan atau apa yang tidak boleh dilakukan. Betul tak?
Cuma sebagai ibu bapa, elakkan daripada merenung kesilapan anak anda. Bantulah anak anda untuk Berjaya.
Dalam kehidupan anda sendiri, adakah anda percaya penemuan kajian ini benar? Adakah ibu anda membesarkan anda seperti ini? Adakah anda seorang ibu bapa yang “memaksa” dalam membesarkan anak perempuan?
Sumber: TipHero
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI