Mak-Mak Boleh Tarik Nafas Lega, Menteri Pendidikan Umum Sekolah Cuti Khas Pada 19 April!

Share

Ibu-ibu boleh menarik nafas lega bila mana kerajaan mengumumkan tarikh 19 April sebagai cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya nanti.

Cuti sekolah yang sepatutnya bermula pada 20 April (Khamis) ini diawalkan kepada 19 April (Rabu) ini. Pastinya memudahkan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan itu pada satu sidang media hari ini.

Menterinya berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Aidilfitri.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM.

“Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis ikrar bebas rasuah dan forum integriti di kementeriannya, pagi tadi.

Sesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM