Menjadi seorang ibu membutuhkan emosi dan fizikal yang kuat dan jitu buat seorang perempuan. Maklum sahajalah macam-macam yang perlu dihadap untuk rutin hidup setiap hari.
Maka itu, penjagaan emosi yang betul amatlah diperlukan buat seorang wanita yang bergelar ibu. Jika kacau emosi seorang ibu maka pincanglah keluarga yang ada. Lihat sahaja kalau emosi ibu-ibu tidak stabil, ada sahaja masalah dalam rumah tangga. Cepat marah, anak menjadi mangsa, murung dan sebagainya.
Tambah pula dengan kerja yang tiada berpenghunjung. Apatah lagi buat yang berkerjaya. Kerja di rumah belum beres tambah pula tekanan di tempat kerja. Makin bertambah kekusutan yang ada.
Justeru sokongan dan bantuan suami amatlah perlu selain merawat sendiri emosi yang mungkin sudah tercalar.
Perkongsian oleh Wawa Shauqi tentang emosi ibu yang perlu dijaga ada betulnya. Jika emosi ibu itu sendiri kacau, maka ia akan memberi kesan pada seluruh keluarga.
Mak-mak ni memang kena jaga emosi.
Kalau emosi mak-mak kacau, satu keluarga pun ikut kacau.
Waktu mengandung lagi emosi dah kena jaga. Kalau kacau emosi mak, kacau juga yang di dalam rahim tu.
Bila anak dah lahir, lagilah kena jaga. Waktu tu, bukan emosi mak aje diuji. Fizikal dan mental pun akan dikerah sehabis-habisnya.
Sepanjang malam kena berjaga. Badan jadi tabung susu dan bisep jadi kantung anak yang baru.
Tenaga yang tinggal sisa tu kena guna untuk memasak, mendobi dan mengurus si anak. Bila tiba waktu mak perlu kembali bekerja, tekanan jadi makin berganda.
Kalau emosi anak aman, mak pun dapatlah aman sekejap. Kalau anak meragam, mak-mak yang dulunya kuat melaram, akan bertukar rupa jadi seram.
Kalau ‘seram’ mak tak rawat, anak-anak pun membesar ikut acuan seram tu. Kalau dari kecik anak menurut, bila dah besar, anak itulah yang akan buat orang kusut.
Kadang-kadang, emosi yang terganggu tu trigger dari masa silam. Kisah hitam lama yang belum habis terpadam. Dibiar simpan sampai tak sedar membarah dalam diam.
Rawatlah.
Mak-mak kalau dah mula rasa emosi tak terurus, rawatlah.
Kesian pada diri. Kesian pada anak dan juga suami.
Ingat zaman diri mula dicintai. Wajah penuh seri. Diri cukup dikasihi. Beri peluang pada diri. Dapatkan power Supermom kembali.
Terawat emosi, terawat juga syurga di rumah sendiri.
Bangkit mak-mak.
Love yourself and take control of the POWER..
Be the MASTER of yourself.
Stop being ENSLAVED by your surroundings.
Jadi mak-mak jika rasa emosi sedang terganggu dan kacau sebaiknya carilah cara untuk merawat. Mengadu pada Yang Maha Esa, bercerita atau menghadiri program yang khusus pastinya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila dah dirawat segala kekusutan dan emosi yang kacau bilau, barulah rumah tangga dan anak-anak juga dapat diberikan perhatian sebaiknya.
Sumber: Wawa Shauqi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI