Ramai mak-mak mudah rasa stres kalau anak jenis susah makan. Apa pun yang dihidangkan semuanya ditolak.
“Eh, susah betul nak bagi anak aku makan. Semua dia tak nak. Letih masak, dia tolak semuanya,” keluh Nisa tentang perangai anaknya yang susah makan.
Masalah si kecil tak nak makan adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai ibu. Biasanya kanak-kanak yang susah makan digelar sebagai picky eater.
IKLAN
Picky eaterbermaksud anak masih mahu makan bermacam jenis makanan, sama ada yang biasa dimakan atau yang tak pernah dimakan tapi menolak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ini ada kaitan dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.
Walaupun memilih makanan, kanak-kanak picky eater masih boleh makan sejenis makanan dari setiap kategori karbohidrat, protein, dan sayur/buah. Contohnya kalau anak tak mahu makan nasi, tapi dia masih mahu makan roti.
IKLAN
Selective eateradalah kanak-kanak yang menolak semua jenis makanan dalam kategori makanan tertentu. Contohnya dia langsung tak mahu makan makanan dalam kategori karbohidrat, sama ada nasi, roti, atau mee.
IKLAN
Sebenarnya, picky eater pada anak adalah satu perkara yang normal kerana secara umumnya semua kanak-kanak akan melalui fasa memilih makanan pada usia 2 hingga 3 tahun. Lain halnya dengan anak selective eater yang berisiko mengalami kekurangan zat dan khasiat tertentu.
Kalau anak mengalami masalah susah makan yang cenderung picky eater, maka anda perlu tahu punca utama anak mengelakkan makanan seperti tak suka tekstur, rasa, dan lain-lain.
Sekiranya anak memang ada masalah di kawasan mulutnya seperti sensori oral dan motorik oral, maka perangai picky eater itu boleh jadi adalah salah satu gejala ketidakstabilan kawasan mulut. Akibatnya, timbul reaksi si kecil jadi memilih-milih makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama memainkan peranan masing-masing dalam cara yang berbeza. Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas, mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi.
Bagaikan ada faktor chemistry antara keduanya, nyata perbezaan cara mendidik itu yang membuatkan peranan papa dan mama saling memerlukan antara satu sama lain dalam menghadapi kerenah dan perilaku anak-anak yang membesar.
Biarpun papa terkenal dengan karektor tegas dan garang namun tidak bermakna papa tidak boleh menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak. Mari kita perhatikan apakah kebiasaan karektor papa saat mendidik anak-anak.
1. Papa lebih kepada bentuk fizikal
Cara papa membina ikatan erat dengan anak iaitu dengan cara bermain dan bergurau senda. Papa gemar mendukung, menimang dan pelbagai lagi aktiviti lasak dengan anak. Kedengaran seperti kasar tetapi itulah cara papa dan ia amat disukai oleh anak-anak.
Semakin anak membesar, semakin banyak aktiviti fizikal papa lakukan bersama anak. Misalnya, bermain bola sepak, layang-layang, berbasikal dan lain-lain. Sementara, mama lebih terkenal dengan kebolehan memberikan kata-kata pujukan yang membuatkan anak berasa tenang dan bahagia.
2. Papa lebih cerewet
Waktu anak berusia bayi, papa cenderung untuk segera memujuk anak yang sedang menangis. Memujuk dengan kata-kata sayang memang kepakaran papa. Ia seakan tidak mahu si anak berasa sedih. Sementara mama pula lebih kepada sentuhan dan membelai bayi.
3. Papa hebat mengajar anak berdikari
Karektor pemimpin dalam diri seorang papa membuatkan dia gemar mendidik si anak belajar berdikari. Kadang kala cara dan sentuhannya nampak kasar dan kurang kasihan kepada si anak.
Hakikatnya papa mahu anak pandai berdikari, bijak mengendalikan emosi dan berani menerima kekalahan. Ketegasan yang ada dalam diri papa membuatkan dia kelihatan sanggup membiarkan si anak menangis kecewa dalam mempelajari sesuatu kebolehan.
Namun sebenarnya dia melakukan semua itu supaya anak membesar sebagai anak yang cekal dan berkeyakinan tinggi.
Apa pun keduanya sama diperlukan oleh anak untuk membesar sebagai insan yang cemerlang dan berjaya. Bagaimanapun bukan bermakna anak-anak yang sudah kehilangan papa sejak kecil tidak boleh membesar sebagai anak yang berjaya. Dalam situasi ini, mama perlu bijak memainkan peranan sebagai seorang papa juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anak anda cepat mengamuk, tak dengar cakap, tak boleh diusik kalau tengah main? Sebenarnya tingkah laku ini perlu diberikan rawatan oleh pakar dengan segera sebelum ia melarat dan hilang kawalan.
Biasanya ibu ayah akan menurut kemahuan anak yang mempunyai tingkah laku begitu kerana tidak mahu amukan menjadi makin teruk tetapi sebenarnya cara merawat mereka adalah dengan ketegasan dan jangan turutkan kemahuan mereka yang tak masuk akal.
Puan Liyana Raya, Occupational Therapist yang banyak mengendalikan kes kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku dan perkembangan lewat berkongsikan pengalamannya mengenai kanak-kanak ini.
TINGKAH LAKU ANAK Mohon kawal sebelum mereka hilang kawalan!
Saya faham, ramai yang takkan setuju dengan cara saya yang sangat tegas, bukan sahaja dengan anak sendiri, malah dengan kanak-kanak lain yang saya jumpa (terutama sekali yang ada masalah developmental delay + sensory processing disorder).
TAPI, TAHUKAH ANDA?
Bila mana anak anda tantrum atau mengamuk kerana selama ini kemahuan mereka diikuti, anda banyak mengalah sebab tak nak layan amukannya, dan tiba-tiba bila saya ‘mencabar’ keinginan mereka, mereka mengamuk dan terus berubah menjadi seorang yang ganas, akibat daripada sikap ibu bapa yang selama ini mengiakan saja kemahuan anak mereka. Dan saya berharap saya tidak harus disalahkan kerana tiba-tiba menaikkan kemarahan anak anda.
LET ME TELL YOU ONE THING!
Just one thing. I’m sure ramai yang takkan suka.
Tuan/Puan,
Dunia ini banyak cabarannya.
Kita mungkin boleh mengalah dengan setiap keinginan anak, tapi bolehkah nanti apabila mereka berhadapan dengan dunia luar yang penuh cabaran, orang di luar sana boleh melayani seluruh kemahuan anak anda?
TIDAK & TIDAK DAN TIDAK SAMA SEKALI!
Di sekolah, anak-anak harus dengar cakap cikgu, bukan cikgu yang dengar cakap anak, setuju?
Ketika bersosial, konsep sharing dan turn taking harus dititiberatkan.
Dah kalau saya bagi simple arahan, just a simple arahan, suruh simpan mainan saja. Anak mengamuk mcam satu bangunan boleh dengar, is it proper?
Hanya kerana saya nak share main sekali permainan yang dia mainkan, ditolaknya saya sampai saya terjatuh, is it normal?
TIDAK!
Anak-anak yang ada masalah tingkah laku di bawah harus mendapatkan rawatan segera:
1. Langsung tak boleh diusik perkara yang dia tengah khusyuk main.
2. Suka grab barang dari tangan orang lain, instead of meminta ‘nak’/ ‘i want’
3. Mengamuk yang melampau sehingga anda sendiri berasa sukar untuk bawa anak keluar ke mana-mana.
4. Tingkah laku luar kawalan di mana suka hati berlari ke sana ke mari tanpa memikirkan bahaya sekeliling.
5. Langsung tidak mahu mendengar cakap. Hanya cakap dia sahaja yg betul.
6. Selalunya memilih makan yang keterlaluan (gustatory processing disorder)
7. Tak boleh tolerate dengan benda yang dia tak suka. Yang dia tak suka, that’s it. Jangan bagi. Kalau bagi, for sure mengamuk (contohnya gunting rambut, tengok cerita tertentu dan sebagainya).
Anak-anak seperti di atas adalah common case of behavior problem (masalah tingkah laku) yang saya jumpa kebelakangan ini. Mereka harus diberikan rawatan dengan kadar segera.
Saya akan buatkan rawatan yang dikenali sebagai ‘behavior modification’. Rawatan ini memerlukan saya untuk bersikap tegas dengan perbuatan yang salah, tidak melayan kehendak anak, dan memuji melambung bila anak buat perkara yang betul.
Tapi untuk menjalankannya, ia adalah sangat sukar dan saya memohon ibu bapa supaya bersabar sebab saya nak treat anak. Kalau tak bermula dengan saya, harus dimulakan dengan siapa lagi??
Pernah ada parents menitik air mata, melihat saya bertegas dengan anak mereka sewaktu sesi terapi yang saya jalankan. Macam-macam saya jumpa.
Tapi jangan risau. Saya ada cara saya tersendiri. Usually mmg ambil masa. Tapi percayalah, it’s truly worth it. Today, ada 5 kes. Satu kes adalah kes baru, jadi belum boleh tolerate dengan cara saya. Satu lagi kes, saya dah jumpa selama 6 sesi dan alhamdulillah, hari ni, after 6 sesi, sudah boleh ikut cakap saya dan saya sangat happy. Boleh increase tahap kesukaran aktiviti. Ini yang saya suka. Ada improvement.
Bawa bersabar dengan cara saya. Dalam hati saya doa juga banyak-banyak.
Saya suka kalau perkongsian ini reach kepada lebih ramai manusia yang bergelar ibu bapa seperti anda.
Anak ada bantal atau patung untuk teman tidur itu mungkin perkara biasa. Tapi pernah atau tidak kita terfikir kenapa si kecil membutuhkan barangan sedemikian?
Perkongsian oleh Dr Redza Zainol tentang mengapa si kecil memilih untuk ada peneman bersama tatkala ditinggalkan oleh ibu ayah di rumah pengasuh atau sebagainya mungkin menjadi jawapan kepada persoalan tersebut.
Tapi kadang sampai tak lalu nak tengok bantal atau patung yang ada sebab tak pernah dibasuh. Alasannya kalau basuh anak-anak akan mengamuk dan menangis.
Tak salah kalau anak-anak nak ada bantal busuk atau patung mereka sendiri, tapi ibu ayah sendiri kena ajar mereka untuk menjaga barangan kesayangan dan bukan membiarkan sahaja warna bantal bertukar dan bercapuk. Paling penting kena selalu basuh barulah kesihatan anak-anak juga akan lebih terjamin.
ikuti perkongsian beliau:
“Pernah basuh bantal ni?” saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk. Maknya geleng saja.
Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.
Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.
Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu.
1. Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan. 2️. Hanya bersifat sementara. ️3. Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan “bantal busuk” pada usia 2-5 tahun.
Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah. Bukan tu je, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.
Ada 1 kajian dibuat, si kecil usia 3 tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/ selimut/ patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.
Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah.
Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat.
Kalau anak dah umur 5 tahun dan masih tak boleh berpisah dengan bantal/ patung/ selimut busuk, boleh cuba 5 cara ni:
1. Peluklah anak dan beri perhatian setiap hari, supaya anak tak bergantung kepada “bantal busuk” sahaja untuk dapat ketenangan.
2. Tetapkan had. Contoh: “Harini kita tinggalkan Teddy kt rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor..”
3. Minta anak tolong jaga “bantal busuk”. Contoh: “Teddy pon kena mandi barulah wangi macam adik..”
4. Jangan melekehkan “bantal busuk” anak.
5. Jangan paksa anak tinggalkan “bantal busuk”nya jika dia belum bersedia.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.