Kesihatan

Mak-Mak Nak Pecahkan Telur Kena Beringat, Risau Terjejas Kesihatan Anak-Anak!

Share

Ketika hendak cepat memasak di rumah, adakalanya kita terlepas pandang. Jangan sekali-sekali memecahkan telur terus ke dalam kuali, ada baiknya mak-mak pecahkan dahulu di dalam mangkuk.

Sebab apa? Banyak kemungkinan yang dikhuatiri melibatkan telur yang tercemar dan tidak boleh digunakan lagi. Perkongsian Dr Malar Santhi ini patut jadikan panduan. Beringatlah!

Nasib baik saya jenis kalau nak masak telur, memang pecahkan dalam mangkuk dulu ✅ bukan terus pecah kat dalam kuali. ❌

Telur ni baru beli kat pasaraya dalam 3-4 hari yang lepas. Beli kat pasaraya yang harga marhaen je, bukan pasaraya elit cam Jaya Grocer ke apa.

Tapi saya pernah je beli telur, ayam kat pasaraya elit, masih ada kerosakan. So takleh nak salahkan pasaraya, sebab mereka uruskan goods dalam skala yang besar.

Pada pendapat peribadi saya, kita sebagai pengguna yang kena cakna dan berhati hati. Ni lah kelebihan masak kat rumah, kita boleh jaga kebersihan dan kualiti makanan.

Sebab tu lah kami kaum wanita kaum Mak Mak ni asyik nak menyinga je kalau kami dalam dapur. Stress level tinggi tau nak memastikan kualiti mantap.

Anyways, saya nak masak bihun goreng.. so dah cuci telur ni, pecah masuk dalam mangkuk, ni haaaaa yang keluar. Hitam dan dah berkulat. Terus rasa nak muntah.

Syukur saya tak tuang dalam kuali terus atas mihun, kalau tak rugi makanan sekuali. Syukur ini telur pertama yang saya pecah.. jadik buang yang satu ni je!

Pesanan penaja:
1) SENTIASA PECAH TELUR DALAM MANGKUK DULU ~ periksa kualiti telur dengan menyeluruh dan teliti sebelum mencampurkannya dalam bahan masakan lain.

2) CUCI CENGKERANG TELUR SEBELUM MASAK ~ ni saya ada buat video. Boleh search and tengok ye.

Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM