Mak-Mak Paling Struggle Kemas Beg Balik Kampung, Jangan Sampai Tertinggal Barang, Ni Tip Mudah!

Share

Bukan sejam atau dua jam, mak-mak kebiasaannya mengambil masa yang agak lama untuk mempersiapkan segala kelengkapan untuk di bawa pulang ke kampung.

Bermula dari pakaian hari raya sehinggalah pakaian harian dan buah tangan untuk di bawa pulang, semuanya dipersiapkan dengan lengkap untuk anak dan suami.

Macam mana nak mengemas cara lebih efisyen? Perkongsian tip dari Ummi ini dapat dijadikan panduan untuk mak-mak mengemas. Jom!


Tip mengemas keperluan balik kampung

Ada ke yang suka kerja packing balik kampung? Ummi jenis tak kisah dan cepat mengemas, lagi pula anak-anak dah bujang belaka.

Namun dulu Ummi pun pernah ada anak kecil dan melalui saat yang kalian lalui sekarang. Bagi mereka yang kampung halaman tak jauh mana, kalau tertinggal apa-apa, tiada masalah sangat. Kalau jauh tu, boleh nanges.

Jom baca cara mudah mem’packing’ supaya tak tertinggal barang keperluan raya di kampung. Lebih baik kita sendiri yang pack. Kita jadi lebih yakin semuanya ada.

Buat senarai barang nak dibawa balik semestinya membantu.
1. Ok jom mula. Selalu Ummi mulakan dengan pakaian kami suami isteri dulu. Macam biasa longgokan dalam bakul masing-masing. Sebelum tu tentukan dulu berapa banyak t-shirt, seluar semua nak dibawa. Ummi selalu packing untuk 3 hari je.
Walaupun balik lebih lama. Lepas 3 hari recycle balik baju yang sama lepas dibasuh.

2. Uruskan bahagian pakaian suami isteri dahulu. Tentukan berapa banyak helai untuk setiap jenis pakaian yang nak dibawa dan tulis kat situ.

3. Berbanding lipat, Ummi rasa ramai tahu trick ni. Memang tak mengecewakan. Ummi gulung baju-baju tersebut. Dalam beg , satu side suami, sebelah lagi kita, tuala masing-masing jadikan pemisah.

4. Untuk baju kurung raya Ummi gulungkan sekali satu set dengan tudung. Dan ikat getah. Begitu juga dengan baju melayu suami, gulung sekali dengan sampin / kain pelikat. Anak-anak punya beg Ummi asingkan.

5. Memandangkan ada beberapa set baju kurung dan baju melayu, Ummi asingkan masuk dalam satu beg khas. Asingkan dari pakaian harian. Nanti pagi raya boleh punggah beg ni sahaja untuk semua. Semua keperluan raya pun dalam beg raya ni juga. Songkok contohnya.

6. Untuk pakaian dalam. Ummi bahagikan dalam beg masing-masing supaya senang cari. Semua pakaian kecil-kecil letak dalam beg ni. Termasuklah handkerchief, stokin.

7. Bawa beg baju kotor masing-masing supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.

8. Bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.

9. Keperluan toiletries siapkan asing, bawa selengkapnya supaya tak de masalah tak cukup kelengkapan. Penting sangat untuk kita ibu dan wanita, set keperluan penjagaan muka, yang memerlukan alat solek, pastikan lengkap semuanya.

Jadi untuk semua, selamat packing ye. Mudah-mudahan tiada keciciran.

 

Published by
SRM