Mak mana yang rasa tak mendidih bila mana bagi arahan tapi anak buat tak endah. Malah tak ambil kisah pun ada ibu katakan. Tiba-tiba rasa marah meluap-luap.

Jangan marah dahulu kerana anak kita sememangnya tak berapa faham arahan yang anda berikan. Dr Taufiq Razif kongsikan faktanya agar mak-mak tak perlu buang masa dan emosi celaru sebab nak marah anak. Lepas ni jangan marah-marah ya mama!

“Mak-Mak Sabar Dulu’ Marah Berbakul Tapi Anak Buat Tak Dengar, Rupanya Sebab Ni!


Sakit hati sangat bila anak taknak dengar arahan kan? Geram kadang dia macam tak faham faham apa kita cakap padahal dah cakap banyak kali!

Sabar dulu mak mak.

Kita kena faham dulu otak anak terbahagi kepada 2 jenis fungsi iaitu fungsi logik dan fungsi gestalt.

Ads

Otak gestalt ni cekap untuk proses :
– Sentuhan
– imej
– emosi
– ritma
– warna
– kinestetik

Otak logik pula cekap untuk proses :
– Verbal/percakapan kita
– matematik
– turutan
– tulisan
– analisis
– teknik

“Mak-Mak Sabar Dulu’ Marah Berbakul Tapi Anak Buat Tak Dengar, Rupanya Sebab Ni!

Ads

Anak umur bawah 9 tahun tak berapa cekap lagi otak logik dia. Sebab itulah dia tak dapat nak HADAM sangat percakapan dan arahan kita. Itulah kenapa muka dia blur sikit bila kita bebel. Buat penat je bebel 😅

Sebab itulah sentuhan tu banyak main peranan kalau nak bagi arahan pada anak bawah umur 9 tahun.

“Mak-Mak Sabar Dulu’ Marah Berbakul Tapi Anak Buat Tak Dengar, Rupanya Sebab Ni!

Ads

Makanya untuk bagi arahan pada anak umur tersebut, mulakan dengan sentuhan dulu ya.

Nota kaki: Nak lagi berkesan, contohkan dulu apa yang kita nak anak kita buat. Nak anak lap air, kita tunjukkan dulu cara lap air tersebut di depan mata dia. Baru anak nampak.

Menarik: Anak Kita Pun Tahu Penat, Sesekali Biarlah Anak Buat Apa Dia Suka, Biar Ada Waktunya Sendiri

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI