Kalau zaman dahulu, mak-mak tak kisah anak bermain kotor dan bermain pasir dan tanpa sedar, bermain menggunakan pasir boleh membantu dari sudut perkembangan bahasa dan sosial kanak-kanak. Mereka boleh berangan ketika bermain pasir selain cuba untuk tahu pelbagai perkara baru dan ia membantu mereka untuk lebih banyak berfikir dan bercakap.
Kelebihan anak-anak bermain pasir:
1. Perkembangan bahasa
Menambah kosa kata anak-anak semasa bermain. Mereka lebih mudah menerima kerana praktikal depan mata. Lebih mudah menjelaskan apa itu kasar dan lembut sewaktu bermain pasir daripada hanya sekadar menerangkannya, kan?
Contoh lain : Masukkan pasir ke DALAM bekas.
2. Perkembangan skil motor halus
+ koordinasi mata dan tangan, fokus ketika masukkan pasir ke dalam sesuatu bekas.
+ Mengasah skil pergerakan jemari halus : Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus.
3. Perkembangan motor kasar
Merangkak, berlari, melompat, mengangkat, melempar, dan meniti.
4. Perkembangan kognitif
Selain membentuk istana pasir, anak-anak juga boleh diajar membentuk huruf, nombor, membina perkataan dan sebagainya.
Jelas bermain pasir dapat menjadikan anak lebih cergas dan bijak.
5. Perkembangan sosial emosi
Apabila anak bermain dengan adik-beradik yang lain atau dengan rakan sebaya mereka. Kita dapat lihat bagaimana anak-anak bekerjasama antara satu sama lain, meluahkan perasaan semasa bermain, bertolak ansur.
Secara tidak langsung membina nilai murni dan mengajar anak memahami perasaan orang lain.
Keseronokan semasa bermain, gembira dan gelak ketawa membina emosi positif anak-anak. Mereka bebas explore dunia bermain dan melakukan eksperimen sendiri.
Sehingga anak-anak dapat mengembangkan pencapaian diri, keyakinan lebih tinggi, berani membuat keputusan, dan meningkatkan rasa ingin tahu.
6. Perkembangan aktiviti
+ Meningkatkan daya tumpuan dan fokus.
Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah pasir yang telah dibentuk supaya tidak jatuh.
+ Menajamkan daya imiginasi dan kemahiran berfirir.
Contoh : Berfikir desain terbaik untuk istana pasir sendiri.
Kredit to Nurul Nadiah Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!