
Siapa sangka, niat anak nak berjimat akhirnya buat si ibu sendiri terkejut besar. Seorang ibu Jeannie Soo, berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menemui duit berjumlah RM767 tersorok kemas di ruang sisi beg sekolah anak lelakinya yang berusia 13 tahun.
Menurut Jeannie, anaknya yang kini di Tingkatan 1 menerima duit belanja harian sebanyak RM15.
Tapi rupanya, sebahagian besar daripada duit tu disimpan sedikit demi sedikit hingga terkumpul hampir RM800!

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Jeannie dilihat mengeluarkan helaian duit RM1, RM5, RM10 dan RM20 bersama syiling yang anaknya kumpul sepanjang tahun ini. Katanya, dia memang tak sangka anaknya mampu simpan sebanyak tu tanpa pengetahuan sesiapa.
“Terkejut juga bila kira semua sekali, banyak betul! Tapi sekurang-kurangnya dia menyimpan, bukan membazir,” tulis Jeannie dalam kapsyen.

Jeannie juga menjelaskan bahawa duit simpanan itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama anaknya sendiri sebagai langkah awal untuk ajar anaknya cara urus kewangan sejak muda lagi.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai ibu bapa di media sosial yang kagum dengan disiplin anak kecil itu, malah ada yang berkata mereka pun patut tiru cara Jeannie didik anak supaya tahu nilai duit sejak kecil.
Sumber: Jeannie
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!












