Mak sekarang VS mak zaman dahulu memang ketara sangat perbezaan terutama dari segi didikan. Cara didikan berubah mengikut zaman. Ozlynn, pelakon memuatnaik gambar bersama ibunya di instagram dengan kepsyen yang panjang.
Ozlynn menerusi akaun instagramnya menceritakan gelagat ibu-ibu bila berjumpa dan bersembang. Banyak perbezaan anatara generasi lama dan baharu.
Tak mandi lagik, cuci muka gosok gigi.. mak dtg ajak breakfast sesama.. nak bwk jumpa kenkwn dia.. nak bgtau “ ni anak aku.. dia pandai masak.. pandai jaga laki.. pandai jaga anak.. suka beranak ramai.. “ pastu kwn dia pon masok.. “anak aku pon sama Nor, pandai masak pandai jaga laki, jaga mak” kwn lagi sorg lak sampok “ halaaaaaa mcm ank dia jek yg bgs.. nih haaa anak aku rajin tlg aku kt kedai meniaga.. “ tu lah beza mak dulu2…
sume nak tunjuk n bangga psl anak.. kalau mak zaman skrg nak cite psl apa eh?? Erkkk anak aku pandai main fifa.. ehhh anak aku pandai bukak youtube sendiri…. kang sorg lagik sampok.. ehhhh anak aku 3 tahun dah ada henpon sendiri.. eh anak aku pandai nyanyi lagu kpop.. halamakkkk…. tp x semua mcm tu nyehhhhh… kannn kannn kannnn… (sambil jeling laki aku yg tgh main game ngan anak2…)
Ads
Tapi apa yang diperkatakan oleh Ozlynn ada benarnya. Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Ozlynn. Mereka turut menceritakan pengalaman mereka yang mengalami situasi sama.
Betul-betul, kawan-kawan saya pun kadang-kadang macamtu
Ads
100% Agreed
Setuju sangat ehh
Ads
Betul sangat
Anak saya tak main gadjet, kadang kesian jg, sampaikan mintak untuk pegang phone
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan orang tersayang ibarat kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata walaupun orang nampak tenang di wajah. Walaupun hati dah reda kerinduan pada orang yang pergi itu tetap kuat di hati.
Bagi seorang suami, Izrul Mat Taib yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Norehan Zainal ketika 40 hari berpantang, semua dugaan ini sangat besar lagi-lagi bayi perempuan mereka, Annur Ayesha yang masih memerlukan kasih sayang dan susu seorang ibu.
Namun takdir Allah tiada siapa mampu menolak. Hanya demam biasa sehari sebelum pemergian sebelah petangnya, keesokannya Allah ambil buat selama-lamanya selepas doktor sahkan arwah ada darah beku di jantung.
Arwah isteri dah bagi petanda awal
Menurut Izrul tarikh pemergian arwah isterinya 14 Januari lalu sepatutnya due date arwah melahirkan permata hati mereka. Namun arwah melahirkan Annur Ayesha awal di usia kandungannya 34 minggu seberat 2.3 kg dengan selamat walaupun tak cukup bulan.
“Kelahiran Annur Ayesha ini memberi sinar kebahagiaan kepada kami berdua. Masa awal kelahiran Annur Ayesha memang arwah isteri dah serahkan tugas jaga anak pada saya. Arwah selalu pesan suruh saya belajar dan ajar macam mana nak urus bayi. Dia juga kata saya kena tahu semua kerana dia dah penat dan nak berehat.
“Arwah pun sempat pesan suruh saya bawa anak pergi check up dan saya ada cakap mana boleh. Nanti semua golongan ibu je bawa bayi. Dia sempat membalas ‘habis tu macam mana ibu yang meninggal tinggalkan anaknya’?
“Memang saya tak terlintas pun dia akan tinggalkan kami buat selamanya. Setiap malam dia suruh saya tidur sebelah anak dan dia akan tidur di hujung sambil perhatikan saya menguruskan bayi.
“Arwah juga selalu cakap biarlah Ayesha rapat dengan ayah dan semua keperluan Ayesha dari A-Z saya buat. Arwah hanya ajar dari jauh saja dan macam tak nak rapat.
“Susu pun apabila arwah pam saya akan bagi dalam botol dan dia cakap terpaksa buat macam ni kerana apabila dia tiada nanti anak tak lah menangis mencari ibu apabila dah tiada. Masa tu langsung tak terfikir kata-kata itu,” kongsinya.
Izrul menambah, ketika doktor mengesahkan arwah isteri dah tiada macam tak percaya walaupun dari awal lagi doktor kata harapannya hanya 50:50.
“Kalau saya tidur, dah tak akan bangun lagi..”
Mengimbau kembali saat arwah isteri jatuh sakit, Izrul menjelaskan sebelum Allah ujinya perasaan tak sedap hati itu dah ada.
“Ini kerana setelah saya bawanya ke klinik dan makan ubat pada hari tersebut, arwah kata badan dah rasa ok sikit dan mula berpeluh. Lepas tu saya ke tempat kerja sekitar jam 2 petang dan meninggalkan di bawah pengawasan mak.
“Dalam jam 5 petang, arwah mesej beritahu “Ibu dan Ayesha rindu ayah, balik cepat”. Masa tu tergerak hati nak balik cepat dan sampai di rumah tiba-tiba mak cakap arwah rebah. Terus bawa ke hospital. Sampai di sana kuku dan mata arwah kebiruan. Doktor syak jantung.
“Sepanjang menerima rawatan di kecemasan, arwah masih sedar dan boleh bercakap tapi dalam keadaan lemah kerana doktor nak stabilkannya. Masa tu arwah nak sangat jumpa Ayesha tapi saya suruh dia rehat dulu dan tidur.
“Tapi dia kata kalau dia tidur, dia tak akan buka mata dan bangun buat selamanya,” jelasnya.
Meninggal dalam ambulans
Masa dalam ambulans untuk pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), doktor cakap harapannya 40:60. Arwah sempat pesan suruh semua ahli keluarga tunggu di HTAA.
“Waktu itu juga saya peluknya dan halalkan makan minum serta berjanji akan menjaga amanah yang ditinggalkan pada saya.
“Sampai di hospital memang arwah dah meninggal dan tak sempat jumpa anak kami buat kali terakhir dan pada tarikh sepatutnya dia melahirkan Ayesha,” katanya.
Allah uji pula Annur Ayesha sakit
Selepas beberapa hari pemergian ibu, Annur Ayesha pula sakit.
“Doktor telah mengambil air tulang belakangnya untuk mengesahkan apa penyakit anaknya.
“Kemungkinan apa yang diberitahu doktor Ayesha terdedah pada kuman dari orang ramai semasa melawat jenazah ibunya.
“Waktu itu memang ramai yang pegang dan menciumnya. Kebetulan pula dia masih bayi antibodi pun belum kuat lagi. Kini doktor terpaksa tahan wad selama 2 minggu untuk pemantauan.
“Doakan Ayesha kembali sihat seperti biasa dan saya boleh membesarkan cinta hati saya dan arwah isteri dengan sebaik mungkin,” jelasnya.
Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.
Gambar Hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu pesanan ringkas turut tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan awal kes tersebut mendapati, seorang wanita tempatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa telah menahan anaknya dan meminta wang tebusan.
“Wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan mendapati anaknya dalam keadaan selamat.
“Wanita itu serta-merta memutuskan panggilan dengan suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu Cubaan Penipuan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut.
“Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah sekirannya anda mengalami situasi tersebut.
“Hubungi balai terdekat sekiranya anda mengalami masalah dan berhadapan dengan situasi ini serta jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.
“Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” jelas beliau.
Amihizam berkata, orang ramai juga boleh melaporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.
“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” ujarnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Pertama kali nak bawa bayi menaiki kapal terbang bukan sesuatu yang mudah. Pengalaman baharu ni kadang-kadang buat si manja jadi cemas dan mulalah meragam. Sesetengah bayi akan menangis tanpa henti kerana persekitaran yang mereka tak biasa.
Keadaan dalam pesawat pun menjadi faktor kenapa anak jadi tak selesa. Dalam flight, kita berada dalam ruangan yang sempit. Kadang-kadang rasa sukar nak bernafas. Tak boleh tengok keadaan di luar. Dengan wajah-wajah orang yang tak dikenali, memang buat anak jadi takut.
Bercerita tentang pengalaman pertama bawa anak menaiki kapal terbang, seorang ibu mengambil inisiatif untuk memberikan cenderahati kepada lebih 200 orang penumpang dalam pesawat tersebut.
Risau anaknya merengek dan membuat bising, ibu tersebut memberikan bungkusan plastik berisi gula-gula, chewing gum serta penyumbat telinga. Terdapat juga satu nota pendek yang memberitahu tentang situasi anak kecilnya.
“Hello, nama saya Jun Woo. Saya berusia 4 bulan. Ini adalah penerbangan pertama saya ke Amerika. Saya bersama ibu dan nenek. Saya sedikit gugup dan takut. Ini kali pertama, jadi perasaan ini normal. Saya risau saya akan menangis dan buat anda semua rasa terganggu. Saya cuba bertenang tapi saya tak janji takkan menangis. Sila gunakan jika tangisan saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda..”
Bukan mudah nak bawa bayi berusia empat bulan menaiki pesawat dalam satu tempoh masa sehingga 10 jam. Perjalanan dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat tidaklah dekat. Bagus usaha ibu ini dan semoga mereka selamat tiba ke destinasi.
Tahniah juga kepada penumpang-penumpang lain kerana memahami situasi ibu dan anak ini!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.