Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan seharian. Walau bagaimana pun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia akan memberi kesan buruk kepada organ dalaman tubuh. Misalnya merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Apabila hamil, tahap glukos yang tinggi akan menyebabkan pelbagai masalah pada janin seperti masalah jantung.
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita hamil, hormon-hormon yang dihasilkan akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes (GDM).
Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan seimbang tetapi tidak melakukan senaman. Jadi, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi. Senaman itu adalah jenis sederhana seperti berjalan kaki selama 30 – 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya, ya!
Soalan lain yang sering ditujukan adalah apa cara untuk mengawal pemakanan ketika mengalami GDM? Bagaimana cara untuk mengekang selera? Terdapat pelbagai taktik yang boleh dicuba. Langkah pertama adalah berjumpa dengan pakar pemakanan.
Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan, bolehlah mencuba tip berikut;
Bagaimana pula jika wanita hamil mengidam makanan manis walhal mengalami GDM? Ingat! ini bukan fenomena mengidam. Ini adalah ketagihan kepada gula. Ketagihan gula berlaku kepada individu yang hamil dan bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet, pasti akan berlaku perasaan muram atau marah. Malah ada yang moody dan tidak sedap badan. Jika mengalami masalah ini, sila jalani ujian untuk kencing manis sebelum hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah mesti dikawal sebelum hamil.
Kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos dan selera dapat dikawal. Tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung kepada janin. Penjagaan bayi yang mempunyai masalah jantung bukanlah mudah malah amat mencabar!