Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian!
Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya.
Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Lebih buruk jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Ini bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil. Hyperemesis Gravidarum merupakan keadaan di mana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Anda muntahkan kesemua yang dimakan ataupun diminum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa.
Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. Hyperemesis Gravidarum berlaku bermula dari awal kehamilan, di antara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin sedikit berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan.
Dalam beberapa kes, Hyperemesis Gravidarum mungkin berlarutan sehingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20 peratus wanita hamil mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka. Hyperemesis Gravidarum yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan.
Jika anda mengalami Hyperemesis Gravidarum, mengubati sendiri tidak membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Walau pun muntah berlebihan yang dialami tidak memberikan kesan penurunan berat badan mendadak, sebaik-baiknya dapatkan rawatan untuk alahan mengandung.
Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan Hyperemesis Gravidarum daripada semakin buruk, di samping mengurangkan simptom-simptomnya.
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam juga berkemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
Bayi berisiko tinggi untuk lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat sepanjang kehamilan, terutama ketika trimester pertama. Dapatkan konsultasi dan preskripsi daripada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan anti-alahan ketika hamil.
Kesannya pada ibu pula lebih kepada aspek psikologi. Ibu hamil yang mengalami muntah keterlaluan memberi pengalaman sukar pada mereka. Tubuh badan lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
Keadaan sukar akibat Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mereka lebih senang bersendirian memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
Masalah Hyperemesis Gravidarum yang berlarutan dalam tempoh yang lama juga menyebabkan wanita hamil sukar untuk mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna. Aktiviti mudah dilakukan sebelum ini seperti mandi, memandu ataupun membeli barangan dapur juga seolah-olah amat sukar untuk dilakukan.
Terdapat 9 langkah yang boleh diambil wanita hamil bagi membantu melalui Hyperemesis Gravidarum iaitu: