Tahu tak mama bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan anak kita! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Itu sebahagian khasiat ayam yang baik untuk perkembangan anak kita. Jadi seawal usianya 6 bulan, perlahan-lahan campurkan sedikit ayam yang dikisar bersama bubur nasi supaya anak menerima khasiatnya untuk perkembangan otaknya.
Itu ceritanya khasiat untuk bayi, untuk kakak dan abang yang semakin membesar, mama bolehlah sediakan ayam goreng singgit yang cukup terkenal ni. Tak perlulah beli kerana kosnya agak mahal, jadi mama buatkan sahaja untuk anak-anak. Berebut anak-anak makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni. Superb!
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Ads
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit. Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Ads
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah: – 500 gram tepung bestari asli – 100 gram tepung gandum – 100 gram tepung beras
Gaul rata.
Ads
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.bNampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan memasak bubur anak mengambil masa yang agak lama. Jika tidak menyediakan stok untuk anak seminggu, pastinya setiap pagi ibu perlu bangun lebih awal untuk mempersiapkan bubur anak. Tidak mahu kelam kabut di pagi hari, ada baiknya ibu mencuba resipi bubur yang dikongsikan ini.
Tidak menyediakan bubur dari beras biasa sebaliknya, Pn Azwa Mohtar menyediakan tepung beras dahulu dan kemudiannya barulah dimasak bubur seperti biasa. Cara ini buat bubur dimasak lebih pantas dari biasa. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang mantap!
Bismillahirrahmanirrahim… Hari ni saya nak kongsikan cara untuk memudahkan dan menjimatkan masa ibu-ibu menyediakan bubur nasi untuk baby iaitu dengan membuat tepung beras sendiri. Ibu-ibu dapat sediakan bubur baby dalam 15-20 minit dah siap.
Moga ada manfaat nya info ini.
Basuh beras selawatkan niatkan yang baik untuk anak kita dan jemurkan sampai beras kering dari air. Saya lapik dengan kain bersih. Masa ni boleh buangkan mana beras yang tak elok atau bendasing yang dijumpai.
Sangai sekejap.
Kisar halus.
Dah siap! Boleh simpan stok dalam bekas kedap udara.
Sedia untuk masak bubur
Selepas tepung disediakan barulah lebih senang nak masak bubur. Setiap kali nak masak, ambil sahaja beberapa sudu ikut, banyak mana yang dikehendaki.
Sekali masak saya masukkan 2 sudu besar beras yang telah dikisar.
Bahan-bahan ini terpulang pada ibu-ibu nak masak apa untuk baby. Kalau saya, parutkan semua bahan ini. Ikan bilis tumbuk halus. Masak dengan api sederhana perlahan.
Sesekali berkreatif dengan hidangan anak pastinya buat anak makin berselera. Murtabak Mi Baby yang dipotong jejari comel antara hidangan kreatif, mudah dan sedap yang boleh diberikan untuk anak.
Paling menarik, hendak membuatnya pun cukuplah mudah. Hanya tambahkan sedikit sayuran dan protein seperti ayam dan telur dalam hidangan untuk melengkapkan nutrisinya. Jom cuba resipi ringkas dari Pn Fad Salikon ini.
Mudah je, enam langkah. Mak tak kreatif nak bentuk-bentukkan makanan. Potong-potong je mudah.
Bahan-bahan:
Mi -direbus
Ayam dan telur
Bawang merah
Bawang putih
Lobak merah
Brokoli
Stim ayam dan sayur. Rebus mi siap-siap.
Blender kesemua bahan lain kecuali mi. Gaulkan semua bahan sekaligus.
Celup telur lalu gorengkan di atas minyak panas mengikut kreativiti ibu-ibu.
Gorengkan hingga garing.
Potong memanjang ikut saiz tangan anak, senang anak nak pegang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali anak tolak nasi, apa kata anda buatkan baked potato atau Jacket Potato ini untuk anak. Anak pasti kenyang.
Tidak hanya kenyang bahkan tinggi karbohidrat malah paling sesuai sebagai kudapan untuk anak. Jom cuba resipi mudah perkongsian Pn Siti Hazneza Abdul Hamid ini.
Jacket potato atau baked potato ialah makanan jalanan di Britain semasa musim luruh dan musim sejuk. Ubi yang dibakar ialah jenis Russet kerana isinya yang gebu apabila masak dan saiznya yang besar.
Jika ditanya sayur apa yang dimakan oleh semua kanak-kanak, ubilah jawapannya. Walaupun dalam keluarga sayur-sayuran, ubi berkanji dan kaya dengan karbohidrat. Lebih kurang nasilah maknanya.
Ubi jika dibakar sahaja dikatakan makanan yang sihat. Apabila dibakar dan diletak keju macam ni, saya rasa jatuh kategori ‘sihat’.
Bahan-bahan:
Ubi kentang
1 labu bawang besar saiz kecil – dicincang halus
1 sudu makan oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk stok ayam
3 ulas bawang putih – dicincang halus
Bahan B:
1 biji telur (nampak tak sebelah kiri tu?)
3 sudu makan mayonis
2 sudu makan cuka
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu suam
Ubi kentang dibersihkan dan dicucuk-cucuk dengan garfu. Kemudian lumur dengan minyak dan garam.
Bakar dalam oven 180°C/ 350°F selama ~1 jam api atas dan bawah.
Siap dibakar.
Guna penyepit untuk pegang ubi kerana sangat panas dan belah dua setiap ubi. Pastikan belah arah lebar supaya nanti ubi yang separuh senang hendak ‘duduk.
Dengan sudu, korek bahagian tengah ubi dan ambil kesempatan ini untuk susun ubi atas dulang. Pastikan ada isi ditinggalkan ~¼ inci pada kulit ubi.
Tambahkan bahan B. Gaul rata.
Lecek sehingga halus. Jika hendak nampak hijau dan merah, boleh tambah hirisan daun bawang dan cili benggala merah yang dicincang.
Sudukan kentang lecek ke dalam kulit ubi yang disusun tadi. Letak bumbun.
Hiris keju. Akan dapat berbelang begini. Kemudian potong memendek pula.
Taburkan keju atas ubi lecek dalam kulit ubi atas dulang tadi. Bakar kembali dalam oven ~15 minit.
Rasa keju berbeza pada tahap yang berbeza. Jika mahu garing sedikit sehingga ada tompok-tompok perang pun sedap. Begini hanya cair dan meleleh sahaja. Rasanya lebih berkrim.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.