Apabila seseorang wanita itu menyusukan bayinya, adalah normal jika selera makannya bertambah. Sekejap-sekejap pasti mencari makanan untuk dikudap. Itu adalah perkara biasa. Orang sekeliling seharusnya memahami situasi ini, terutamanya si suami. Janganlah pula dikecam asyik makan saja. Anda yang tidak merasa, pasti tidak akan faham rasa lapar itu macam mana.

Makan Banyak Macam ‘Membela’, Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah. Hanya Yang BF Akan Faham

 

Yalah, bila sudah asyik makan mungkin ada juga ibu yang risaukan penambahan berat badan. Sama ada ia okay atau boleh memberi kesan kepada kesihatannya. Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.

Artikel Menarik: [Semakin Galak Anak Menyusu, Rambut Gugur. Gigi Pun Nampak Macam ‘Jarang’ Sikit]

Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.

Makan Banyak Macam ‘Membela’, Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah. Hanya Yang BF Akan Faham

 

IKLAN

Berkenaan kebimbangan ibu-ibu yang menyusu tentang berat badan bertambah. Jika bayi sudah berusia tujuh bulan dijangkakan ibu pasti sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi daripada usia bayi enam bulan. Di samping itu ibu masih juga meneruskan penyusuan susu ibu.

Artikel Menarik: [Susukan Bayi Sambil ‘Mengopi’. Bukan Tak Boleh Buat, Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur]

Makan Banyak Macam ‘Membela’, Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah. Hanya Yang BF Akan Faham

Namun apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga akan berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi. Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.

IKLAN

Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.

Pemakanan Seimbang

Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.

Makan Banyak Macam ‘Membela’, Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah. Hanya Yang BF Akan Faham

Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.

IKLAN

Senaman

 

Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Artikel Menarik: [Jangan Anggap Diri Useless Jika Tak Mampu Susukan Anak. Anda Tetap Ibu Terhebat]

Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan ibu memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI