Secara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing? Tahukah anda jangkitan cacing boleh akibatkan anemia dan ganggu tumbesaran anak. Ibu-ibu jangan ambil lewa je. Kalau boleh bagi ubat cacing ikut waktu.
Sekarang ini, bila kita mengambil ubat cacing, cacing tidak keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.
Berikut merupakan perkongsian nota ringkas mengenai jangkitan cacing.
1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman dan tangan anda. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva menetas dalam usus anda.
2. Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia, kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah imun dan kebersihan tak dijaga.
3. Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1 tahun 6 bulan. Ubat Albendazole/Mebendazole yang hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing dan cacing kehilangan tenaga dan mati.
4. Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
Ads
5. Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain-lain binatang peliharaan.
TANDA-TANDA ADA INFEKSI CACING
* Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Menggesir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru-paru.
CARA-CARA ELAK JANGKITAN CACING
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum makan.
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Namun, wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing!
Ads
KESAN SAMPINGAN INFEKSI CACING
1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung. Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
4. Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Jadi jangan pandang acuh tak acuh. Bahaya jangkitan cacing ni. Sekian, semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Abdul Rahim Nor
Ads
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
—————————————————————————- Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan terdapat tompokan kelabu atau biru kehijauan pada bayi. Ia biasanya terjadi pada bahagian punggung, paha, bahu atau belakang bayi.
Ramai yang menyangka ia adalah tanda lahir, tak kurang juga menganggap ia menyakitkan bayi dan menyamakan ia sebagai lebam. Malah turut wujud pelbagai mitos mengenai tompok ini dengan mengatakan ia adalah disebabkan kenan atau ludah jin!
Pemikiran ini perlu diperbetulkan. Perkongsian daripada Dr Khairul Faizie ini memberikan info sebenar tompok yang dinamakan mongolian spot ini.
MONGOLIAN SPOTS
Pernah nampak kulit baby baru lahir ada tompokan / tanda lahir ( birthmark) warna biru kehijauan?
Tompokan ini banyak menimbulkan mitos dalam masyarakat kita, hingga ke hari ini. Ada yang kata:
-kulit baby kotor sebab baby dah berak kat dalam rahim sebelum lahir – tompok kena ludah dengan jin ! – kenan / mak baby tu minat sangat kat Incredible Hulk masa ngandung – baby kena dera / terjatuh masa dilahirkan, so ada kesan lebam !
Well….kita rungkai kan mitos ni.
SELALU TERJADI PADA BAYI BERKULIT GELAP
Kesan tompokan biru / kehijauan yang biasa terjadi pada kulit baby baru lahir tu nama nya MONGOLIAN SPOTS.
Mongolian spots ni paling biasa ditemui pada baby yang kulitnya agak gelap.( dark skinned babies).
Tompokan ini wujud kerana wujudnya sel sel Melanocytes di lapisan Dermis kulit ( Lihat gambar). Anatomi: — Kulit manusia lapisan paling atas ialah Epidermis. Dalam keadaan biasa, sel Melanocytes ini terletak di lapisan epidermis. Fungsi sel ini ialah hasilkan pigment melanin, yang mana melanin akan beri warna kulit.
Semasa proses tumbesaran baby dalam rahim, ada antara sel Melanocytes ini yang tak sampai bergerak ke lapisan Epidermis. Ia terperangkap di lapisan dermis. Sel ini hasilkan melanin di lapisan dermis ( proses dipanggil Dermal Melanocytosis), yang akan menghasilkan tompokan Mongolian spots ini.
TIDAK SAKIT & BUKAN KESAN DERA
Mongolian spots boleh bersaiz kecil, atau ada yang tompokan besar. Warnanya biru kehijauan, ianya rata / flat ( tidak timbul).
Ianya tak sakit bila ditekan ( ada yang salah anggap ianya kesan lebam sebab jatuh / kena dera ).
Mongolian spots selalu ditemui di kawasan belakang badan baby baru lahir, dan juga di kawasan sekitar punggung.
IA TIDAK BERBAHAYA
Ianya tak berbahaya, tak menjangkit, tak ada kaitan dengan sebarang penyakit lain. Ianya tak perlu rawatan, tak payah di sapu apa apa krim. Biarkan aja.
Mongolian spots akan hilang sendiri apabila baby membesar masuk umur 4- 6 tahun. Tompokan yang besar mungkin ambil masa lebih lama untuk hilang.
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.
TURUN 4.5KG KURANGKAN RISIKO DIABETES 40%
Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua.
BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).
PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.
Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.
BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
RISIKO KEPADA IBU
Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang bolehmengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
Kelahiran secara induksi.
Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Komplikasi bius.
Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
RISIKO KEPADA BAYI
Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
Kelahiran secara pramatang.
Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
Kematian neonatal.
Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama yang nak kurus boleh cuba resipi kurus cara Rozita Che Wan atau Che Ta ini. Ia mengunakan bahan semula jadi iaitu buah-buahan. Nak tahu cara penyediaannya?
Siapa tidak kenal selebriti mama ini yang kini meniti usia 40-an tapi masih kekal anggun dan langsing. Che Ta yang sudah mempunyai dua anak remaja dan seorang anak kecil mendedahkan resipi kurus beliau.
Ibu kepada Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19 dan Aaisyah Dhia Rana, 4 ini cukup menjaga penampilannya dan dikenali sebagai selebriti yang sentiasa tampil anggun.
KONGSI RESIPI JUS
Che Ta dalam video yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi cara penyediaan jus buah-buahan yang dikatakan sebagai rahsia kurus beliau. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Antara bahan yang digunakan oleh Che Ta ialah;
Epal hijau
Beri hitam
Kurma
Delima
Asam keping
Sedikit air
Cara-cara
Asam keping direbus bersama sedikit air.
Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar bersama air dan kisarkan.
Kemudian masukkan air rebusan asam keping.
Sambung kisarkan semua bahan sehingga halus dan sedia untuk di minum.
Menurut Che Ta dalam video tersebut, kurma memberikan tenaga manakala asam keping membuang lemak. Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Katanya lagi, jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.