Pelakon, Zizie Izzete berkongsi cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas melahirkan anak perempuannya 1 Mac lalu.
Zizie, 40, berkata dia perlu kuat untuk melawan nafsu makan biarpun keadaan dalam biliknya dipenuhi dengan manisan.
Malah Zizie juga turut berpesan kepada ibu menyusu badan supaya tidak terlalu diet sehingga menyebabkan susu berkurangan dan tak berkhasiat.
“Berat naik 16 kilogram ketika hamil dan hilang hampir 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas bersalin.
“Sudah tentu diri sendiri kena kuat tak boleh ponteng terutama ketika anda ada bilik yang dipenuhi dengan coklat.
Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu berkongsi tip dan nasihat tersebut menerusi instagramnya.
Zizie melahirkan anak perempuan yang diberi nama Aalisa Belle Izette dengan berat 3.32 kilogram.
Dalam pada itu, Zizie memberitahu dia sentiasa mengawal saiz dan mengira kalori makanan yang diambil setiap hari.
Kata Zizie menyusu badan juga dapat membantu membakar lemak dalam satu hari.
Saya sentiasa berlatih untuk mengawal saiz makanan dan kalori. Menyusu badan juga banyak membantu bakar lemak.
“Jadi untuk kuruskan badan selain rawatan, saya banyak bagi susu badan dan pump untuk baby.
“Dalam masa sama badan akan bakar lebih banyak kalori dalam satu hari. Memandangkan saya melalui pembedahan dan senaman bukanlah pilihan untuk beberapa bulan awal selepas bersalin,” katanya.
Zizie juga mengakui untuk tampak lebih menawan dia perlu menurunkan lagi 10 kilogram dan berharap usahanya itu berjaya.
Sebelum ini Zizie telah mempunyai anak lelaki kembar Aada Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang kini berusia dua tahun.
Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar juga turut mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: ig Zizie Izzete & mstar