Anak mana yang tidak rindukan ibu dan bapanya selepas berpisah lama. Anak kedua pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lila Amina mengundang hiba orang ramai bila mana menangis tatkala melihat bapanya yang pulang dari mengerjakan umrah.
Selepas lebih dua minggu ditinggalkan, anak kedua Awal dan Scha itu seakan merajuk lantas tangisannya membuatkan ramai yang turut sayu hati.
Momen penuh hiba itu sempat dirakamkan Awal dan Scha sebaik tiba di kediaman mereka.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Awal di Instagramnya, Lila ketika itu dikendong oleh pembantu rumah mereka namun menangis sebaik disapa Awal.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” seloroh Awal menerusi kapsyennya.
Lila yang menangis terus memeluk kemas bapanya sambil menangis teresak-esak seakan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.
Ads
Bukan hanya Lila bahkan Awal juga dilihat turut bergenang air mata sambil memujuk anak kecilnya itu. Walau memujuk dengan membuka kopiah putih yang dipakainya namun pujukan itu tidak berhasil. Tangisan Lila kian berpanjangan sambil memeluk kemas ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut hiba
Bermula tahun hadapan, landskap pendidikan awal kanak-kanak di negara ini bakal melalui satu perubahan penting apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan sekolah ke sistem persekolahan.
Pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun. Perubahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.
Perkembangan ini pastinya menarik perhatian ramai ibu bapa, khususnya mereka yang sedang merancang perjalanan pendidikan anak-anak sejak usia awal.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan awal perubahan umur kemasukan sekolah ini tidak bersifat wajib. Sebaliknya, ia memberi ruang kepada ibu bapa, sekolah serta warga pendidik untuk membuat persediaan rapi sebelum dasar ini dilaksanakan sepenuhnya di peringkat nasional.
Pendekatan ini dilihat lebih fleksibel dan berempati, memandangkan tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain.
Ibu bapa masih diberikan pilihan untuk menentukan kesediaan anak, sama ada dari sudut emosi, sosial mahupun kognitif sebelum memulakan pendidikan formal.
Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pelan ini dirangka bagi membina semula sistem pendidikan negara agar lebih kukuh, relevan dan selari dengan keperluan masa depan, termasuk penambahbaikan kurikulum serta kaedah pentaksiran yang lebih menyeluruh.
Selain itu, pelan ini turut menekankan kebajikan warga pendidik sebagai tunjang utama kepada ekosistem pendidikan yang berkualiti.
Antara perubahan utama yang diumumkan di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 termasuk pelaksanaan pentaksiran berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga.
Bagi murid Tahun Empat, pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026 melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Manakala pelajar Tingkatan Tiga pula akan mula dinilai secara berpusat pada tahun 2027 dengan penambahan mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, kerajaan turut mengumumkan penyelarasan umur kemasukan sekolah ke Tahun Satu kepada enam tahun atau kategori 5+, yang dijadualkan bermula pada tahun 2027, bergantung kepada tahap kesiapsiagaan sistem pendidikan di seluruh negara.
Langkah ini bertujuan memperkukuh asas pembelajaran kanak-kanak agar mereka lebih bersedia sebelum memasuki alam pendidikan formal yang lebih mencabar.
Dalam memastikan perubahan dasar ini berjalan lancar, kebajikan guru juga tidak dipinggirkan.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi kerja naik taraf bilik guru di sekolah terlibat, dengan setiap sekolah menerima peruntukan RM100,000.
Usaha ini bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi serta profesionalisme warga pendidik.
Selain itu, kerajaan turut menetapkan bahawa semua anak warganegara Malaysia wajib mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berdasarkan kurikulum kebangsaan.
Ketetapan ini terpakai kepada semua institusi pendidikan termasuk Sekolah Agama Rakyat, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa.
Langkah ini diambil sebagai usaha memperkukuh identiti nasional dan kefahaman sejarah dalam kalangan generasi muda sejak usia awal.
Secara keseluruhan, perubahan dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.
Bagi ibu bapa, perubahan umur kemasukan sekolah ini adalah isyarat awal untuk mula merancang perjalanan pendidikan anak dengan lebih teliti, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga perkembangan emosi dan sosial mereka.
Dengan persediaan yang betul serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan guru, setiap anak berpeluang melalui fasa pendidikan awal ini dengan lebih yakin dan seimbang.
Mencari bahagia dalam rumah tangga sememangnya memerlukan usaha berterusan dari kedua belah pihak. Tidak perlu berhenti sebaliknya kasih sayang perlu disemai sentiasa, baik suami mahupun isteri. Sama-sama perlu memainkan peranan, barulah rumah tangga makin bahagia.
Dari hal sekecil-kecil perkara, semuanya perlu dilakukan dengan baik, jujur dan ikhlas hati agar pasangan sama-sama dapat merasainya. Ustaz Ebit Lew tidak terkecuali sentiasa berkongsi nasihat dan panduan buat pasangan suami isteri.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah kehidupannya bersama bidadari hatinya, isteri yang dicintai. Berkongsi satu videonya bersama isteri di dalam kereta, Ustaz Ebit Lew turut menasihati semua agar sentiasa mencari pahala malah juga berterima kasih pada bidadari hatinya kerana sentiasa menjadi penyokong kuatnya dalam menguruskan rumah tangga.
“Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang,” katanya melalui instagramnya.
Malah kata ustaz lagi, tidak sukar untuk mencari pahala dalam rumah tangga. Malah beliau sentiasa menyarankan para suami untuk memegang tangan isteri agar menjadi lebih dekat dengan kita.
“Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita,” katanya.
Rajinkan bantu isteri di rumah
Dalam pada itu, pengasas Elewsmart ini juga menyarankan agar suami sentiasa membantu isteri ketika berada di rumah. Tidak perlu memasak jika tidak pandai sebaliknya bantulah isteri pada perkara-perkara lain yang lebih mahir. Membantu menjaga anak juga dapat meringankan bebenan isteri.
“Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu Saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah.
“Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka.
Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah,” katanya lagi.
Jadi para suami, ambillah peluang untuk menambahkan pahala dalam rumah tangga. Kita pegang tangan yang halal, usap mesra agar bebanannya setiap hari rasa lega. Bantu dia ringankan bebannya. Insyaallah rumah tangga kita makin bertambah bahagia.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ibu mana yang mampu berjauhan dengan anaknya. Lagi-lagi selepas baru sahaja habis berpantang.
Bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, pengalaman pertama kalinya yang berjauhan seketika tanpa anak di sisi ternyata menguji dirinya.
Menerusi Instagram, Uyaina meluangkan masa keluar bersama dengan suami tanpa ditemani anak tersayang, Raja Urhan Raja Syahiran yang kini berusia dua bulan lebih mengakui rindukan anaknya.
Mana tidaknya, baru sahaja sampai ke restoran untuk makan, ibu cantik manis itu sudah mula teringatkan si comelnya dan gambarlah menjadi peneman setia.
“Lama tak keluar date berdua dengan Syahiran. Memandangkan @rajasyahiranmy nak outstation 2 minggu, so pantang polis kat rumah bagi pelepasan untuk keluar date berdua.
“So here’s our @burgerandlobsterklcc date yesterday. Rasa macam mula-mula date dulu pulak tapi bila sampai restoran, terus bukak phone tengok gambar Urhan. Ok tak??? Hahaha,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penampilan Uyaina selepas berpantang dipuji ramai. Malah Uyaina dilihat makin cantik jelita selepas bergelar ibu.
Walau hanya mengenakan cardigan berona biru lembut ketika keluar berdua bersama suaminya, gaya Uyaina terlihat cukup natural dan cantik.
Ramai yang memuji penampilan ibu cantik manis ini makin berseri-seri sejak bergelar ibu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).