Seorang budak perempuan mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh dibeli oleh saudaranya di sebuah kedai runcit di Patila, India.
Bagaimanapun, keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di Punjab baru-baru ini.
Semasa kejadian, kanak-kanak itu pergi ke Patiala bersama ibu-bapa untuk mengunjungi rumah saudara-mara mereka di sana.
Semasa di sana, salah seorang saudaranya membeli sebungkus coklat dari sebuah kedai runcit dan memberikan sebagai hadiah kepadanya.
Baca Juga:
Semangat Kuat! Ibu Meninggal Dunia, Bayi Lahir Secara C-zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu
“Aku Benci Raya Kali Ni.” Diasak Soalan Tak Sensitif Tentang Anak, Hati Wanita Ini Sedih & Terguris
Budak Umur 9 Tahun Pandu Kereta Gara-gara Lambat Ke Sekolah, Rempuh Kenderaan Pihak Berkuasa
Bagaimanapun, selepas memakan coklat itu, dia tiba-tiba muntah darah dan terus dibawa ke Kolej Perubatan Kristian untuk menerima rawatan lanjut.
Hasil ujian awal mendapati dia memakan coklat yang tercemar atau telah tamat tempoh sehingga menyebabkan keracunan makanan atau muntah darah.
Susulan kejadian itu, anggota dari jabatan kesihatan negeri pergi menyerbu sebuah kedai runcit terbabit dan merampas makan ringan lain yang didapati telah tamat tempoh.
Hasil soal siasat pemilik kedai itu mendapati dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai produk makanan yang tamat tempoh.
Sumber: SINAR HARIAN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perut Ditekan Bawah Digunting, Dibedah Bukan Selapis. Gugur Airmata Ebit Lew Saksikan Isteri Bersalin
Andainya lelaki bergelar suami menyaksikan bagaimana pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat, pasti air mata menitis penuh keinsafan.
Bukan sahaja mengenang kesakitan yang dialami isteri, tetapi dua lagi watak ibu dalam kehidupan seorang lelaki iaitu ibu sendiri dan ibu mertua. Tidak hairanlah rezeki seorang lelaki bergelar suami, anak atau menantu menjadi sempit jika perasaan tiga wanita ini disakiti.
Ustaz Ebit Lew, pendakwah hebat yang mempunyai tutur kata yang lembut merupakan seorang suami yang penyayang. Di dalam setiap syarahannya taraf wanita sebagai isteri, ibu diangkat menjadi sangat istimewa. Malah isterinya digelar bidadari.
Dia yang mempunyai 4 cahaya mata menceritakan pengalamannya menemani isteri bersalin. Anak pertama dilahirkan secara normal manakala anak kedua hingga keempat dilahirkan secara pembedahan caesarean. Setiap kelahiran menyaksikan gugurnya air mata beliau melihat kesakitan dan pengorbanan seorang ibu. Wanita memang berjiwa lembut tetapi sebenarnya sangat kuat.
[Artikel berkaitan: “Sakitnya Nak Dapatkan Anak, Syukur & Hargailah. Dukung & Peluk Pun Dapat Pahala,” -Ebit Lew]
Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.
Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…
[Artikel berkaitan:“Isteri Hari Ini Diuji Terlampau Sibuk. Tiada Rehat, 24 Jam Kerja & Urus Rumahtangga”-Ebit Lew]
ANAK SELAMAT LAHIR, ISTERI PENGSAN
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..
Ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…Ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita…
Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang. Maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang.
3 ANAK LAHIR SECARA PEMBEDAHAN
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Sumber: ebitlew
[Artikel berkaitan:Suami Lemah Lembut Dengan Isteri, Tanda Rahmat Dalam Keluarga. Anak Pun Rasa Disayangi]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Adik Merengek Dia Sibuk Pujuk” Asyik Melekat Dengan Adik, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Aafiyah!
Melihat gelagat Aafiyah yang begitu teruja ketika bersama adiknya membuatkan kita terhibur. Wargamaya tidak terkecuali turut terhibur dengan gelagat Aafiyah.
Mana tidaknya, riak wajahnya cukup bercahaya dan senyuman manis dan lebar dilemparkan kala memandang wajah adiknya.
Selamat pulang ke rumah selepas melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut berkongsi beberapa gambar dan video Aafiyah bersama adiknya.
Terbaru menerusi Instagramnya, Siti turut memuat naik video gelagat comel Aafiyah yang begitu teruja ketika melihat adik ada bersamanya sebaik bangun dari tidur.
Comelnya saat melihat wajah Aafiyah tersenyum lebar sebaik melihat adiknya.
“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.
“Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” kongsi Siti di kapsyennya.
Bagaikan kakak yang sudah dewasa, Aafiyah kemudian memeluk adiknya dengan penuh rasa sayang sambil memandang wajahnya. Comel sekali.
Meninjau di IG story Datuk Siti, gelagat Aafiyah yang sentiasa ‘melekat’ dengan adik membuatkan wargamaya turut terhibur dengan gelagat comelnya. Bukan hanya mahu berkongsi selimut bahkan mahu sentiasa dekat dengan adiknya.
” Adik merengek dia sibuk pujuk.
” Nak kongsi selimut adik, katanya selimut dia sebab ada tulis A,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Akak aafiyah ni so cute lah”
“Loving sister aafiyah nie. Comey sgt both siblings ni”
“Alaaa… sweetnya Kakak ni…”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, selepas melahirkan bayinya pada 19 April, sebaik dibenarkan pulang ke rumah, sudah semestinya pertemuan antara Aafiyah dan adiknya menjadi detik paling membahagiakan buat Datuk Siti sekeluarga.
Artikel berkaitan: Alhamdulillah, Saya & Anakanda Baik, Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun
Saya Percaya Kedua-Dua Anak Ini Akan Sayang & Jaga Ibunya, Sebak Luahan Datuk K
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Pernah Nyenyak Tidur Malam Hari, Ini Panduan Pastikan Anak Ekzema Selesa & Tak Garu Waktu Tidur!
Melihat anak ekzema yang tidur nyenyak dan keletihan tanpa tangisan seakan satu kelegaan buat kita sebagai ibu. Tidurnya mudah terganggu, semuanya kerana kegatalan yang dialaminya sepanjang malam.
Bagi memastikan anak kekal selesa tanpa perlu terganggu tidurnya, amalkan beberapa perkara ini ketika anda (jika punya ekzema) atau anak tidur. Tip perkongsian dari The EXzema Academy ini pasti membantu.
Betul orang cakap, tiada lagi istilah tidur nyenyak di malam hari. Tak kisahlah samada anda sendiri mempunyai masalah ekzema atau anda mempunyai anak ekzema, ia sedikit sebanyak mempengarui corak tidur harian anda.
Jadi aktiviti anda harian akan terkesan. Produktiviti anda akan terganggu. Kerja harian anda mula merosot. Betul tak? Boss mula perasan kerja anda. Anda kerap moody di rumah. OK.
Kajian menunjukkan, kesan ekzema menjadi dua kali ganda apabila menjelang malam hari. Kenapa?
Mengikut kajian, antaranya adalah,
1. Suhu badan manusia menurun, dan ini akan mengakibatkan kegatalan kepada kulit
2. Kelembapan kulit akan berkurang pada malam hari.
3. Habit manusia yang lebih suka menggaru dalam keadaan tidur, dan akan menyebabkan kegatalan lebih teruk.
Jadi apakah solusi yang sesuai untuk mengatasi masalah kegatalan, menggaru di malam hari?
Bagaimana nak elak badan secara tidak sedar menggaru, dan mengakibatkan kesan kesan luka di cadar pada keesokan harinya?
Saya sharekan beberapa tips praktikal untuk anda praktiskan setiap malam ya. Please copy down and start practicing it.
Malam ini juga!
1. Selalu menyapu kelembapan kepada kulit anda sebelum tidur.
Apa sahaja sapuan yang boleh melembapkan, make sure pilih moisturiser yang less or no chemical seperti Shea Remedy, olive oil, evoo atau sebagainya.
2. Mandi sebelum tidur.
Ini akan memastikan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan hydrated. Lembap. dan kemudian apply teknik no. 1 di atas untuk kelembapan lebih lama.
3. Gunakan wet wrap.
Jika kulit cepat sangat mengering, cuba kaedah wrap kan kulit anda. Wrapkan bahagian kulit yang bermasalah dengan kain atau bahan yang sesuai seperti tubifast sebelum anda tidur. Ini dapat mengekalkan kelembapan lebih lama untuk kulit anda.
4. Elakkan pakaian fabrik kerana ini akan menyebabkan kegatalan. Cuba pakaian yang lembut dan sejuk, seperti kain cotton.
5. Elakkan bahan bahan yang sebabkan anda alergik sebelum tidur, seperti bermain dengan binatang peliharaan, atau bermain di kawasan kawasan habuk tinggi.
6. Pakai gloves sewaktu tidur.
Ini selalu klien PEP saya akan amalkan. Membantu untuk anda dan juga babies daripada aktiviti menggaru. Menggaru tetap ada, tetapi ia tidak merosakkan kulit anda walaupun anda menggaru dalam keadaan tidur.
7. Dapatkan good sleep pattern.
Cycle tidur anda hendaklah dijaga dengan baik. Stopkan aktiviti aktiviti kurang berfaedah seperti bermain phone ketika tidur, melepak sehingga larut malam dan sebagainya.
Ubah kepada habit seperti membaca, bertenang, solat dan sebagainya sebagai persediaan anda sebelum tidur. Rehatkan minda anda.
Nak tidur pun, takkan nak bawa gosip-gossip sekali kot kan sebelum tidur? Hihi! Fikirkan.
Klien klien PEP saya sangat enjoy selepas healing journey mereka. Sekarang semua enjoy tidur yang nyenyak. Mak hepi tidur nyenyak, anak bertambah nyenyak sejak ekzema dah ditidurkan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI